Friday, December 30, 2011

I've been tagged and now I'm tagging you!




Since he is now officially a SPM leaver, he did this random tagging questions and dragged me into this matter. Well, since I've been tagged, I must answer his super random questions - 11 all of them -__- SPM questions were much much easier to answer compared to these! Seriously ;p

Here we go.


ABOUT ME


I'm no beauty queen, I'm just the handsome me. Ordinary girl. Not so tall, not so short, average height. Currently in love with Seremban :)

THE QUESTIONS 

Your favourite artist or celebrity. Why? 

To be frank, I don't have this special liking into artist or celebrity. Let me think, I would prefer Yasin. His songs are great, with all those Arabic rhythm, sound so catchy :) 

Sweet moment with him/her. Why?

I don't have any boyfriend. So I assume this him/her is my friend. Well, I don't know to choose who as all of them are sweet :x

Your idols. 5 reasons why?

Idols? Mean that I have to list more than one. 

Well, of course as a Muslim, our prophet Muhammad S.A.W is a must. He is the most perfect person ever exist on this world.

Tun Mahathir Mohamad. He is a wise man full of wisdom I could say.

I don't know what else to say. Escaping from another 3 reasons.

Who is me to you?

A SBP junior. Haha. Little bro. Unofficially adopted one. HAHA.

Have you ever talk to someone that you hate most? How you handle it?

I have one. We talked once but only a few words on phone. How I handled it? You don't have to know.

Your future in 5 years.

5 more years I'll be 23. At that time, I am studying my Degree in Biotechnology there, in Australia. Maybe I already have a fiancee, I don't know. About getting married at 23, maybe I can't, still in contract with MARA. Allah knows everything. May my life is long enough to survive 5 more years and more, if Allah wills :)

5 words to describe yourselves.

I'm extraordinary, chatter-box, happy-go-lucky, kind. These were what my set-mates wrote about me when I was in form 5. Not to forget, I always claim that I am HANDSOME !

Shafiq Zulkifli is a........ (Not more than 12 words)

full of spirit, high-level curiosity, well-mannered when addressing me as Kak :)

Have you fall in love. How?

I have a crush, but never fall in love with any person.

Favourite movie. Give link.

Catch Me if You Can. Sorry, I don't have the link.

Person you hate most in Facebook. Give link.

I don't have any person that I hate in my friend list. Simplified, I don't hate people :)


**********

Fuhh, alhamdulillah that I managed to answer all these superb tricky mind exploding questionS. Thank you so much for tagging me Shafiq Zulkifli !

My questions :                                                                                   
                                                                                                         
1. How would you describe yourself?                                                    
2. Someone or something you miss the most from your childhood.Why? 
3. If you can ask for 3 wishes, what are they?                                       
4. Places that you want to visit.                                                           
5. What is the main reason for you to blog?                                          
6. Are you in love with someone?                                                         
7. When is the happiest moment you ever had?                                    
8. Yourself in the future                                                                  .   
9. Describe your dream house.                                                           
10. What is your first impression about me?                                        
11.How do you feel being tagged in these randomly asked questions?   
                                                                                                        

Haha, it's hard to think these 11 questions. How the teachers can set up so many question papers that full with questions, different from one year to another.

So, here are the 11 lucky names :)

4. Yaya
10. Ju-On
11. Aqib

Well, good luck to answer those highlighted questions and hit me back when you finish answering. HAHA.

Monday, December 26, 2011

Ziarah

Semalam aku pergi ziarah kubur arwah Pak Long. Ni first time aku pergi kubur beliau selepas 8 tahun beliau dijemput Ilahi. Masa sampai tu, kena la baca tulisan kat batu nisan tu satu per satu sebab tak pernah sampai kan. Ye aku taw tak elok baca nama kat batu nisan sebab boleh buat kita lupa, tapi dah terdesak kan.

Dan bila dah jumpa kubur Pak Long, kitorg cabut2 rumput, bersihkan kubur, pastu duduk la nak baca doa, yaasin. Waktu tu, hati aku rasa sebak sangat. Aku dengar suara ibu bergetar baca yaasin. Ye lah, tu kan abang dia.

Terus aku teringat balik, aku pernah termimpi arwah Pak Long kira2 tiga minggu lepas. Dalam mimpi tu aku pergi rumah dia, tapi aku pun tak tahu tu rumah kat mana, sebab sebelum ni tak pernah pulak aku sampai tempat tu. Esoknya aku cerita kat nenek sebab aku ada kat rumah nenek waktu tu. Dia kata, arwah Pak Long datang melawat sebab dia tak cakap apa2 dgn aku, dia tengok je. Wallahualam.

Pak Long meninggal masa aku darjah 4. Aku memang ingat tarikh dia meninggal dan semalam kat batu nisan dia, betul la tarikh yang aku ingat selama ni. Kawasan tanah perkuburan yang sunyi tu memang mendatangkan keinsafan. Betul, aku tak tipu. Aku rasa kesian dekat orang2 yang dah meninggal tu. Ada orang pernah ziarah kubur dia tak? Ada orang mendoakan kesejahteraan dia tak? Habis kalau dah sampai masa aku nanti, agak2 macam mana? Ada ke orang nak ziarah kubur aku? Doakan kesejahteraan aku? Cukup ke amal ibadat aku?

Jadi, kepada anda anda dan anda yang membaca post ni, sama2 lah kita tengok balik diri kita, cukup bersediakah kita untuh menghadap Yang Maha Esa kalau kita dipanggil pulang oleh-Nya? Setiap yang bernyawa pasti akan mati, cuma kita je tak tahu bila. Malam ni? Esok? Lusa? Tahun depan? Masa muda? Bila dah tua? Hanya Allah yang tahu.

Monday, December 19, 2011

sembang kencang :')

Haha. Lama tak merepek. Hari ni aku kena listkan semua hours yang kitorg dah kutip masa sketsa hari tu. Lepas tu, adalah sedikit ketidakpastian yang terjadi gara-gara aku tak catat, tapi alhamdulillah Allah pemudahkan segala urusan.

Dengan pertolongan budak2 sketsa, aku berjaya mendapatkan confirmation tentang maklumat yang tak pasti tu. Dan untuk lebih kepastian, aku periksa semula Skype aku.

Bagus juga ada Skype ni. Kadang2 boleh tolong refresh balik memori indah macam aku ni ha :D Tapi kadang2, benda2 tu la yang buat kita sedih, kan?

Ye lah, bila aku periksa balik, banyaknya aku sembang ngan kawan2 aku ni, sampai pagi buta. Whoa. Tak sangka. Heh. Tapi bila mengenangkan, sekarang ni, aku tak bertegur pun dengan kawan2 aku tu, ye lah, mentang2 cuti, semua sibuk dengan keluarga sendiri. Aku pun sama. Tapi lagi perit bila dah jadi macam rutin kau sembang dengan kawan2 kau kat Skype, lepas tu kau pun macam tertunggu-tunggu setiap hari, bila diorang nak tegur kau macam biasa? Padahal diorg online je. Korang setia menunggu biarlah berjam-jam pun, tapi last2 tengok2 kawan2 korang tu dah offline, tanpa tegur korang macam kat kolej.

Atau, aku yang perlu tegur diorang dulu? Memang tak la kan. Aku segan :x Orang yang biasa aku tegur dulu tu orang yang rapat gila dengan aku, atau orang yang aku baik ngan aku kat kolej. Haha.  Biasa2 pun diorg tegur aku dulu kat Skype. Tak apa lah. Mungkin kitorg akan sembang kencang balik bila cuti sem dah habis kot. I hope so :) InsyaALLAH.

Tuesday, December 6, 2011

Mari kenal dia :D

Ok. Cuti sem dah mula. Err, maksud aku dah beberapa hari jugak la melepak kat rumah ni :3 

Duduk Seremban dengan Kemaman memang la berbeza, sangat-sangat. Serius. Kat Seremban tu aura rajin nak belajar ada lah jugak, kalau nak banding dengan duduk rumah, makan tido makan tido je la jawapannya.

Lepas tu, ada seorang mamat ni, dia macam dah buntu kan tak tahu nak buat apa kat rumah, jadi dia buat keputusan nak mengupdate blog dia yang dah macam, err, bersawang dan berdebu setebal 14 inci tu.

Dan aku pun, 



YAY!!
**tabur confetti**




Setelah menimbal balik dan perasaan gembiranya, aku rasa kali ni nak tulis pasal mamat tu. Haha. Be ready ya dude!

Aku kenal NAMA dia sebelum masuk kolej, ye lah, zaman moden macam ni, apa, hampir semua remaja macam kami ni mesti ada Fesbuk. Ok bukan remaja je, meliputi lah kanak2 bawah umur, golongan makcik pakcik, pegawai atasan ke bawahan ke, malah menteri pun ada Fesbuk. So, kenal gitu-gitu je lah.

Masa hari pendaftaran tu dah nampak dah dia, weehuu, sebab dia pakai kemeja warna pink :D Bukan nak cakap dia lembut ke hapa, dia tough okay, lelaki sejati gitu. Aww. Aku nak cakap, pink suits him. Betul. Tak semua lelaki boleh pakai warna merah jambu. Mungkin anda yang tidak sesuai itu kelihatan seperti seorang gay atau seorang yang lembut, maksud aku, tahap sotong. Oh boys, jangan terasa. Ni pandangan saya sahaja :)

Maka bila dah sekolej tu, dia ni boleh dikategorikan sebagai antara budak lelaki yang baik dengan aku la. Baik jugak dengan kawan-kawan aku yang berdua itu, Diyana dan Alia. Kalau nak mintak tolong apa-apa, mesti dia akan hulurkan bantuan. Ok girls out there, ni sesuai la nak buat calon suami. **tolong promote** 
Betul, kadang-kadang aku sampai rasa bersalah nak mintak tolong dengan dia sebab baik sangat, tak pernah cakap TAK bila kitorg mintak tolong.

Lagi, dia ni peminat tegar Banana Kaya Domino's Pizza. Kalau tak dapat pizza pun tak apa, janji dapat Banana Kaya. Dan sebab dia yang introduce makanan ni kat roommate aku, sampai sekarang roommate aku pun boleh tahan la minat benda ni. Aku dah lama tahu tentang kewujudan Banana Kaya, dari zaman sekolah menengah dulu.

Selain itu, mamat ni aktif bersukan. Yeah betul. Dia wakil kolej untuk bola sepak dan futsal. Terer la tu kan sampai boleh wakil kolej. Dan dia ada main rugby, baru berjinak2. Tapi boleh pulak accident masa tengah main, biasa lah tu, nama pun rugby. Hmm, ada orang pernah cakap kat aku, lelaki main bola sepak macho, hensem blaa..bla.. tapi kalau dia main rugby, taraf dia lagi up !! Betul ke? Aku tengok pemain2 bola sepak Malaysia tu ramai je peminat. **Eh, apa kaitan**

Cukup lah aku bebel sampai sini. Apa-apa pun, aku bangga kenal dia :) Pendebat unggul, suatu ketika dahulu.  Semoga berjaya mencapai apa-apa yang diidamkan. Amin.





Meet my one and only twin, 


ILHAM NASHARUDDIN








kakak,
ilhamnadia

Saturday, December 3, 2011

#9

Lengkaplah pertualangan si gadis berbaju perak untuk memanjat menara itu setelah mengalahkan penjaga menara English B yang merupakan tuan kepada raksasa air 5 beradik itu. Dan sang putera telah selamat kembali ke pangkuan raja.

Friday, December 2, 2011

#8


Ah, terlambat sehari. 
Si gadis terlalu leka menonton wayang pacak di sebuah perkampungan selepas pertarungan 45 minit dengan Ular berkepala 3 Econs generasi pertama.


Wednesday, November 30, 2011

#7



Pertarungan si gadis hari ini :) Agak mudah. Ada ketika dia terluka juga. 
Konsentrasinya agak terganggu tatkala bunyi-bunyi bingit itu muncul.

Tuesday, November 29, 2011

#6

Perisai perak si gadis rosak teruk dalam pertarungannya pada kali ini.

Ternyata Chemistry HL merupakan  pahlawan gelap paling kuat antara kesemua pahlawan gelap.

Hampir si gadis tersungkur namun dia perlu bangkit untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Dia tidak perlu menoleh lagi, kerana masa semakin suntuk.

Sunday, November 27, 2011

Ai di Beijing














salam maal hijrah :)

selamat hari lahir juga buat Nadzirah Mohd Zaidi.

best kan hadiah hari jadi, pergi Beijing xD

Saturday, November 26, 2011

spring







nice huh? Subhanallah :)


pictures were taken somewhere in Seremban.


Yeah, in my homeland Malaysia.



Friday, November 25, 2011

#5

Matahari semakin menampakkan dirinya. Pengembaraan si gadis diteruskan dengan melalui  hutan yang sungguh tenteram. Langsung tidak menakutkan dirinya. Menyusuri denai sehingga tiba di tebing sungai, si gadis lantas berehat, melepaskan penat dan lelah.

Walaupun begitu, matanya tidak pernah lari daripada memerhatikan keadaan sekitar. Dia perlu waspada kerana dia tahu bahawa bahaya akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Dia memang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada sebarang ketika.

Jangkaannya tepat. Musuhnya kali ini bukan sembarangan musuh. 5 ekor makhluk muncul daripada sungai itu, mereka kelihatan seperti manusia, namun bersisik dan bersirip. Namun, nasibnya baik kerana dia hanya perlu bertarung dengan salah seorang daripada mereka.

Mereka ialah adik beradik English B. Dan si gadis memilih untuk bertarung dengan anak ke-2 kerana dia berasa dia mampu untuk menang. Jangkaannya meleset. Apalah sangat pedang perak miliknya untuk bertarung dengan makhluk air, dan sudah tentu mempunyai kelebihan di tebing sungai itu.

Makhluk itu terus menerus menghentam si gadis dengan bola-bola air pada kelajuan maksimum. Dan makhluk itu juga tidak lut dek pedang peraknya. Usahanya sia-sia. Dia berhenti menyerang kerana tidak mahu membazirkan tenaganya. Lantas si gadis berlari ke dalam hutan diikuti makhluk air #2 itu.

Sumber air sudah jauh, makhluk itu semakin lemah. Si gadis melumurkan tanah pada pedang peraknya dan


ZAPP!!


Dia membelah makhluk itu. Dengan mencemarkan kesucian air yang membentuk makhluk itu, dia tahu dia telah menang. Makhluk itu menjadi titisan-titisan air dan menyerap masuk ke dalam bumi. Si gadis kembali ke tebing sungai dan kesemua makhluk air itu telah lenyap daripada pandangan. Dia kembali ke tempat rehatnya tadi dan tertidur.

Thursday, November 24, 2011

a new fresh look

Well, hi hello everybody. These past few days I've been posting about the journey of a girl in a silver shining armor . It is quite imaginary as I posted about a real life story in fairy tale way. It sounds cool, isn't it? To have you yourself as the main character, dangerous monster ahead, prince of illusion, adventurous journey, and so on.

Well, I change my blog header and layout. Sometimes we do need a new fresh look, or else it will be boring. I repeat, sometimes. What is the significant of putting footwear and strawberry sundae as header and what's with the layout?

What I want to express is that, this life is REAL. Standing on your feet, walking on the earth, migrating from one place to another. You're not a ghost that floating all the way wherever you go. Strawberry sundae is a complementary thing(s) that will exert positive externalities to you. Oops, I sound so Economics there. Well, we do need things that make ourselves happy in order to lead a better life, resulting in unregrettable self satisfaction.

Guess where on earth is that place in my layout? Hmm, hmm, keep guessing people. I'm waiting :D

Amsterdam? Bingo! I give you 5 marks for that. Why Amsterdam? I am planning to go there someday in the future, insyaALLAH. You can read one of my previous posts about where I want to go, if and only if you still don't believe this. Teehee. People say that we must have a target and ALWAYS put the target in front of our eyes so that we can see it everyday, always trying very hard to achieve the target.

All in all, I like the new face of my blog. How about you?


p/s: happy birthday to you dear best friend :) Proud to be the first to wish through phone call

#4

Sememangnya dari dahulu lagi si gadis telah mencintai Biology, 

dan tadi,

ketika bertarung dengan si kembar Biology HL

dia mampu tersenyum kerana baginya,

dia ibarat sedang berjumpa dengan kekasih hatinya.

Namun, apakah dia mampu untuk mendapatkan 7 bintang daripada si kembar itu,

dia hanya mampu berdoa dan berserah kepada Tuhan yang Maha Esa.

Wednesday, November 23, 2011

#3

Hari ini tiada musuh yang menghalang perjalanan si gadis berbaju perak :)

Dia bergembira bersamaa rakan-rakannya, menimba lebih ilmu, selok-belok untuk menumpaskan lawan yang akan datang kerana dia tahu, lawannya selepas ini ialah, pahlawan gelap berkembar, Biology HL



Tuesday, November 22, 2011

#2

Kesatria hitam Math HL. 

Antara kesatria tertinggi darjat dalam kerajaan ini. Namun, tiga kesatria tertinggi telah berpaling tadah pada raja dan mula menentang. Dalam diam mereka berpakat dengan ahli sihir untuk menculik putera mahkota. Inilah antara musuh yang mencabar si gadis dalam misi menyelamatkan sang putera. Pertarungan sengit berlaku selama satu jam setengah dan si gadis hampir-hampir kecundang, namun dia telah memasang tekad untuk mencapai impiannya. Terkedu si gadis pada awal pertemuan mereka kerana wajah kesatria hitam ini tidak ubah seperti sahabat lamanya, Add Math yang merupakan adik kepada kesatria pembelot gagah itu.

Monday, November 21, 2011

#1

si gadis cilik berjaya melepasi halangan hari pertama;



ranjau Malay A1

ular berselirat Econs generasi ke 2



Semoga ketemu Putera ke-7 :)

:)

Sunday, November 20, 2011

Perwira Berbaju Perak

Malam minggu itu sungguh pekat hitamnya, gelita tanpa bintang dan bulan bersinaran seperti pertengahan taqwim qamari. Dan dalam kegelapan itu, seorang gadis kecil, kecil pada saiz tubuhnya namun tidak pada jiwanya, sedang berusaha menyiapkan perisai perak, seperti lagenda, kerana dia ingin menjadi seorang perwira yang memakai perisai perak yang berkilau, dan menempa nama sebagai seorang lagenda di bumi itu.

Dia tahu, onak dan ranjau yang bakal dihadapinya bukan mudah, tidak semudah menangis seperti anak kecil yang mahukan sesuatu daripada ibu bapanya, kerana itu adalah senjata mereka. Si gadis tahu bahawa pedangnya harus tajam, lebih tajam daripada kata-kata perwira yang kecundang yang mempertikaikan usahanya dan pedang peraknya itu mampu membelah segala yang menghalang pertualangannya untuk menyelamatkan sang putera. Sang putera yang telah lama berada di puncak menara itu, dipenuhi belukar dan juga ahli sihir yang kejam.

Kekuasaan dan kehebatan si ahli sihir juga perlu ditangkis kerana dia tahu ramai yang telah kecundang di tangan wanita itu, pulang hampa. Oleh itu, zirah peraknya ini perlu kukuh, sekukuh berlian, seteguh karang di lautan. Dia harus bertahan agar impiannya menjadi suatu kenyataan, kenyataan yang manis, kenyataan yang menggembirakan hati sekalian rakyat jelata, lebih-lebih lagi sang raja di istana.

Si gadis mendongak ke langit, matanya berkilauan penuh cahaya, berharap agar usahanya tidak akan sia-sia, kerana dia punya keyakinan bahawa dia mampu, mampu untuk menewaskan segala anasir yang akan menghalang jalannya untuk menyelamatkan sang putera. Dan semoga harapan yang menggunung itu berjaya menjadi sebuah kenyataan yang paling manis, semanis madu lebah tualang.

p/s: Kisah ini merupakan satu perlambangan oleh penulis sempena peperiksaan Bahasa Melayu esok.

Sunday, November 13, 2011

Badai Semalam

Yesterday I went to watch the theater entitled Badai Semalam. It was an adaptation from a famous novel with the same title written by Khadijah Hashim. The story line really touched my heart,on how a girl called Mazni endured those obstacles and marrying other man, not the man she loved. And the props, the stage, they were awesome ! Congratulations to the actors and actress, the director and the team. Not to forget, the author herself :)

By the way, it was my first time watching theater at Istana Budaya :D and I will watch another theater some other day, insyaALLAH

Monday, November 7, 2011

sesak

dalam bas.
telefon bimbit kekurangan kredit.
sejuk.
rasa nak pergi tandas.
tapi jalan sesak.
lapar.
nasib baik laptop ada bateri.
nasib baik bawa broadband.
boleh order kat kawan2 yang dah sampai kolej.

I wanna go to

Someone asked me which place in the world I want to go most. So, here you go.

5. Malaysia

I know this is my motherland yet I don't travel all around it yet. There are several places in Malaysia I would like to go :)


4. Japan

Yeah, I've been there once, and I want to go there again. I am really in love with Japan, for its culture, for its uniqueness, for the people. Of course, to visit my foster parent there in Hokkaido is in the list!


3. Amsterdam, the Netherlands

A place, full with tulips, after all not the flowers that I look forward, it's the windmill. Through the pictures, I can see the classic between modern architecture, the water canals are awesome, I guess, yeah, they must be!

2. Granada, Spain

The main reason is, yes, Alhambra. It is the most renowned building of the Andalusian Islamic historical legacy. And, I want to witness the greatness of Andalusia!

1. Makkah

It's my, the Muslims qiblat. :')

Saturday, October 22, 2011

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Dalil di atas : Surah al-Maidah, ayat 88.

Eheh. Lama tak update. Takdelah lama sangat, seminggu je pun. Tapi adalah orang tu cakap dah bosan baca post sama. Hahahaha, silalah terasa ;p

Nak cerita apa ya, hmmm, okay lah, HALAL FESTIVAL 2011@HALFEST yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Kalau nak diikutkan, ni kali ke-3 lah aku menjejakkan kaki kat PWTC ni. Whoaaa. Baru 3 kali, rilek aa, lain ah kalau aku ni menteri, memang tak wajar la angka tiga tu kan. Hihi.

Malas nak cerita panjang2, tapi kitorg bertolak dari kolej pukul 2 petang, sampai kolej pukul 10 malam. Haaaa, lama tak? Lama kan.

Festival ni dijalankan oleh pihak MARA, wooo, nak sokong anak bumiputera supaya menjadi seorang usahawan Islam yang berjaya, memartabatkan produk2 halal kepada seluruh pelosok dunia. Dan makanan kat sini semua sedap2, serius, hampir semua tester aku makan, aku minum. Hehehe, kenyang beb. Dan, terjumpa la artis2 yang selalu tengok dalam TV tu haa, takdelah nak bangga or berlagak sangat, tengok la dengan mata sendiri muka depa tu pakai make-up tebal ke tak tebal. Hahaha.

Dan peristiwa aku takleh lupa apabila aku dengan kawan aku, Ira kena mata ke atas, tangan ke dada dengan abang yang jual kek lapis Sarawak. Hahaha, ngeng sungguh. Dan juga hampir menitis air mata pergi booth kerajaan Terengganu dan rasa keropok lekor losong :'( Nampak sangat dah ekstrem rindu nak balik rumah. Pastu melepas gian cakap loghat Terengganu dengan abang jual murtabak kecik kat sebelah booth keropok tu. Hahahaha, terbaekk.

Kan nak pergi PWTC tu lalu SeSeRi kan, takpelah tengok SeSeRi je, tapak lama SSP gak, boleh la lepas rindu sikit2. Huaaaa, nak balik sekolah.


 Haa, tengok. Shila ngan Norish Karman.

Chef Zam, dan di luar PWTC waktu malam :D

Ira depan bangunan UMNO, pastu gambar dlm PWTC, ni seniors, depan bangunan UMNO

Bangunan UMNO ni lawa malam2. Semua orang teruja nak bergambar. Haha. Tapi aku perasan benda lain.


 Ceng!


Ceng!


Ceng!



Lu pikir la sendiri apa bendanya

Eheh.



Tapi poei HALFEST ni, den tolah mengorbankan Kem Romaja Ad-din yang sompat den follow soparuh hari + soparuh hari = 1 hari yo. Ni namonyo opportunity cost yang den bolaja kek dalam Econs tu haaa.

Friday, October 14, 2011

A untuk Aur





Dia bukan enau, dia ibarat aur.
Gurauan itu, tidak baginya,
Dia menuntut janji itu, dikota,
Perlu berjuang, dua tahun lagi,
Sama-sama, bagaikan terpatri,
Tujuan, haluan yang sehala,
Walau ada kala berbeza etika,
Bumi itu bakal kaki melangkahi.


InsyaALLAH.


Terima kasih, wahai Aur ;)

Sunday, October 9, 2011

Having their everyday panorama

Heyy guys. I'm finally in Seremban again, after staying for 4 days and 3 nights in Banting.

How was Banting?

Well, it's a nice place, yet I prefer KMS more. The room is smaller, the corridor is smaller, no balcony, bad internet connection, I can hardly SKYPE-ing or at least FB or Twitter. But, the food there : awesome, I mean the dining hall, NOT the cafe a.k.a. KFC by the students there. And the co-op is big, enormous, having all the stuff needed by the students. It is a must I think as KMB is in the middle of palm oil plantations.

Well, to make it easier, here are the result of the competition :

  • Bunting : 1st place
  • Paper fashion show : 1st runner up
  • Deklamasi sajak : 1st runner up
  • Pantun : 1st runner up
  • Sketch : 2nd runner up**
  • Colours of Malaysia : 4th place
  • Composing patriotic song : 5th place
  • Singing (duet) : I don't know
  • Video multimedia : Not participated [ last minute notice ]
We also participated in Fun Debate and the Aerobic :D

OVERALL : 2ND RUNNER UP

not bad; as we didn't participated in the video multimedia competition

congratulation guys! I'm proud of you <3


and I met Nadz, yeah, almost cried in the hall. See, how I miss my girls badly.

Not to forget Sudin, the one who welcoming us upon our arrival there. Haha. Thanks for the meal that day and also the cake.

Do enjoy some of the pictures there (:




Our prep room tagging 


Sketch girls during aerobic session


The sketch girls :)

Hihihi, the owner wasn't there. I don't know who's the owner btw

Sunset.

With Sudin, please ignore the height difference

Nadzira :D


and I finally met some of my FB friends there. 

Wednesday, October 5, 2011

sasarkan pada bulan

Ohkay, lambat sikit la post kali ni, maksud saya, lambat dari tarikh yang sepatutnya ditulis. Nak buat macam mana, saya ada komitmen lain ;)

Kepada Wan Muhammad Ashraf, jaga diri elok2 kat Mesir sana, bawak balik Malaysia gelaran DR. tu!

Dan kepada murid2 tingkatan 3 tahun ini, selamat maju jaya~

Tak larat nak tulis panjang2 la kali ni. Lain kali okeh ;D




p/s: tahniah la encik Piki sebab ramai orang undi jadi batchleader ALevel. Banggo den xD

Thursday, September 29, 2011

be strong, Allah is there for you (:

" Aku g dulu. Love u . "

I received it on 28th September 2011, 10.46 a.m.. From a special person to me. Indeed, too special. We have been knowing each other for 10 years and this time, she's leaving me for good. To a different land, too distinct from our hometown.

Take care there, all the best in your study. May Allah bless you always, and forever. Just to let you know, even you're not reading this.

I LOVE YOU EVEN MORE  :')

Tuesday, September 27, 2011

Bad dream yet a reality

It's mere her. Typical her. No changes, even a bit from that she. That she from long time ago. Not so strong. Not so moderate. She even worse than that. And this time, it happens again, the nightmare from the past. Come back, approaching her. Even becoming more, more evil, haunting her life. Evil nightmare that will make her nights long, as long as the time is stopped.


Have you ever feel a bulk in your heart, as if it is stopping the flow of your blood, it annoys her, much. It just her, that her, always failing about expressing her sadness to other. It's against her principle - to show the emotion of sorrow, that she makes when she's still pure, still innocent, like the falling snow. Up till now, she fails. Fail. And keep failing. On that particular field. Somebody, please, teach her, so that, she will no longer feel that the world is going to tear apart, whenever she doesn't achieve her mission, whenever somebody breaks her heart. When she feel that she needs a shoulder to cry on, please be one.


I beg. Please. For her sake. For the continuation of her journey. It's still long to go.

Monday, September 26, 2011

bringing it back to the streets

Well, heyyo people. Haha. Mood streetfest, jalanan kan xD

 Showdown2011 Street Festival 
 Date : 24th September 2011 
 Venue: Old Wing Car Park, One Utama 

Upon reading this long time ago, I mean, not that long until it took a year. It's about, a month maybe. Or less. I forgot. But the thing that I could remember was that, I was very very very wanting to go there, to meet 'em. 

So, up to then, I knew this guy named Ali Zainal, and I told him that I AM interested in this kind of field, to watch 'em performing the arts, the street arts - from the street dance to the breakdancing. And, to be frank, he IS also interested in this. Yeah, now I got a partner in crime! Last week, we went to watch the Wakaka Crew but too bad we missed it. Haha. Ok, cut that part, enough of it. 

Continuing my journey to the StreetFest, at first, I was thinking about going there alone, since nobody's going to accompany me there. He told me that he couldn't make it, stucked in his college. Then Ro came to the rescue :) Since Piki was very worried about me going there alone. Haha, thanks a lot for being worry, you guys!

We took the KTM Komuter to KL Central and then the LRT, lastly by taxi, just like what Piki taught - route to the OU. Then, there, I was standing , the place where the 8TV ran the event. Still not much people were there but yes, on the main stage, I could see, clearly, Dennis Yin as the MC and Chris Ooi as one of the judges, judging the all style dance competition, and then did some show for the crowd together with Jackson Boogie J and Sheena Cruz. I did record the moves of the judges but yeah, I ain't that tall, so the video, you can imagine, what had happened, when you're shorter than the person in front of you, and you couldn't see the screen of your phone while recording.

Then, Ro and I walked around the area of the car park and OU, watching the kids practicing the b-boy moves for the competition, the men doing graffiti, bicycle stunt, the booth, taking some pictures and of course, I bought souvenir, a limited edition t-shirt for myself (: and yeah, one for my friend. After that, we went back home as I was informed by the 8TV worker that the crews will only come at night. It's great already for me to  rub my eyeballs upon seeing both Dennis and Chris, but I hope that some other day, I will meet HMC Phlow, my favourite crew, especially Fareez. One day, insyaALLAH.



The graffiti artists and Ro

The t-shirt :D
crazy me

and last but not least,


the main stage, my favourite spot xD

Sunday, September 18, 2011

my shining sapphires

 Being thousand miles away from my own so-called home, I get the opportunity to meet various kinds of human, all over my country, gathering in one place. And there, where I meet them, becoming their acquaintance at first, then a friend indeed. Among all of them, I, today, am going to write about these two, amazing, awesome, irreplaceable friends of mine, whom I start to know during my stay here, during my 2-year-college-life.


She's Ro, for short. An engineering student. I start to know her during the first week I'm here, yeah, we're in the same group after all. I love her enthusiasm while she's talking, looking into her deep black iris, sparkles you could see, like a diamond, her eyes are. Whatta high spirit girl. Whenever I have something to spill about - this is the term I often use, not sure what's the real term in English - I will definitely tell her, yes, whenever I go out, I'll call her, and inform her what I am currently doing outside the campus. In case, something bad happen, IN CASE, I say. At least there's somebody has the current information about me, just to say, how much I put my worthy trust in her. I know, she will find a way, she will.







This is Arif. Arep, that's what most people call him but I'm excluded.  Piki, sounds cuter, that what's he said, once upon a time, yeah, definitely I'm referring to what name I call this guy. I find pleasure while talking, chatting with him, I do. As for me, he is very very very amazing in his own way, no doubt at all. He's like having a bulb that will light up with a PING! sound whenever he has the chance to make fun of either me or Ro, but most of the time, I win :3 not to forget his partner-in-crime, Sudin. He's an engineering student too, meaning that one day I will see a famous electronical engineer that contribute a lot to my beloved nation, and I can proudly tell people around me, " that's my friend ", I hope. insya-ALLAH c: And I like when he smiles, it looks like he's stretching all his cheek muscles, and yeah, it looks so pure, so natural. Like he is smiling with all his heart, sincerely from the bottom of it.




There you go, may this friendship last forever, even when we're not together anymore, across the continents, separated by the seven seas. I treasure both of you, locked safely in the chamber of my heart. I heart you guys :') Thanks for always being there for me.

Saturday, September 17, 2011

when continents merge in a hall

Heyya peeps. Currently I'm not okay, yeah, truly not okay. But, never mind, I'll write as I've been planning to write this long time ago. Don't get influenced by my problem. Just read okay :)

Last Tuesday, our college had successfully carry out the International Raya Celebration after doing the preparations for about 2 weeks. It was awesome, I do agree. All students - the IBians and A-levelians were involved in this programme, not one was excluded. What I can see here was that both boys and girls worked really hard, together, staying up until 2 p.m. or more, preparing everything for their respective country just to ensure that this long-awaited-day will become a blast and unforgettable one.

I don't want to write much, because a picture paints thousand words. What if there are more than one? 



Enjoy :)






the Citrawarna parade



the performances

.
.
.


and here comes the FASHION SHOW;



some of my friends <3



so, 

can you imagine how superb the day was?



and yeah,

 I'm looking forward for next year IRC Day and also other occasions that involves both IB and A-level students


till then, good night;
ilhamnadia

p/s: thanks to Ali Zainal(:

Saturday, September 10, 2011

sentimental.

A : Rajinnya pompuan ni update blog dia.

B : Baguslah kan daripada terbiar beberapa bulan sampai bersawang lelabah, bersarang tikus, tempat lipas membiak, han..

Woyy, agak2 aa nak cakap weh =_= Ni apa kejadah cakap blog aku tempat tikus bersarang, paling tak tahan lipas membiak. Weh, jangan weh. Bukan lipas. Tolong. **muka tak puas hati**

Okayy, jom kembali kepada topik hari ini, atau lebih bagus dikatakan sebagai, apa saya buat hari ini.

A&B : Yekk, gila nak attention tulis apa dia buat dalam blog. Boooooo!!!

Hmm, lantak la. Nak tulis jugak.

Hari ni hari Sabtu, ye, semua orang tahu hari ni hari Sabtu, jadi pergilah ke Jaya Jusco Seremban 2 tu, macam yang telah dirancang beberapa hari lamanya. Strategi itu perlu, macam nak perang jugak.

Jadi berpusing-pusinglah membuang masa di sana, mencari apa2 yang diperlukan, dalam lingkungan bajet yang disediakan. Dan kaki ini pun melangkah ke MPH Bookstore yang terkenal itu. Keliling pusing kedai buku tu kan, maka menapak ke bahagian komik, ok ni perkara wajib aku kalau pergi MPH. Saje je nak tengok2, tak berhasrat nak beli pun. Tetibe mata aku menangkap satu judul, yang telah sekian lama aku cari, ya, buku itu berada di atas rak, bersama-sama komik yang lain. Tersengih2 sorang2 aku kat situ, lantak la budak sebelah tu nak pandang aku macam, ey, apahal akak ni sengih sorang2, sewel ke. Maka, aku pun terus amek dan pegang buku tu, sambil mata masih melilau melihat komik yang lain. Setelah puas mencuci mata, baru lah aku pilih komik yang se-judul dengan yang aku pegang tadi, mestilah aku cari yang elok, yang hujung tak terkelepet, yang masih bersampul plastik, err, okay semua masih dalam plastik.

First time aku baca komik ni masa Form3, masa tu dah nak dekat trial ke dah nak dekat PMR aku tak ingat sangat, tapi macam tu lah. Aku rasa nak dekat PMR, kot. Then aku ternampak kawan aku, si Rasyed, ye, dia perempuan, meja sebelah kiri aku dalam kelas waktu ni, dia tengah baca komik ni. Dan aku pun lantas mem-book after. Aku ni memang hantu komik, aku mengaku. Biarlah ribut taufan PMR nak melanda pun, komik tetap on. So, aku pun baca la bila sampai turn aku, gelak sorang2, sampai budak2 kelas aku pun pernah cakap, "Ilham ni kalau baca komik, sampai gelak2. Kitorg pun tak paham."

Bila dah habis baca, aku tak nak la rasa bahagia happy sorang2 kan, sambil melihat classmates aku tension belajar dan juga tension dengar aku gelak2 tak study nak PMR, so aku pass kat ketua kelas aku time tu, Azin Rosli si hotstuff. Minah ni memang la bab menyenget kepala lebih kurang aku. Sekarang ni dah ada 2 orang yang rasa bahagia gembira dalam kelas aku.


[Azin si hotstuff, penat aku godeh pendrive aku cari muka dia ni masa zaman muda mudi dulu]





Jadi selaku ketua kelas, dia pun memainkan peranan untuk mem-promote buku ini kepada ahli kelas yang lain. Lalu dengan penuh berkaliber, beliau menconteng papan putih pada waktu prep malam itu,




Anda stress?
Anda ingin melepaskan tekanan?
Bacalah *tett* nama buku terpaksa di-censored kan agar menjadi lebih suspens
Kami dah baca, terbukti berkesan

Kan ilham? :)




Maka berlumba-lumbalah orang yang nak membacanya, menanti dan terus menanti, menunggu penuh kesabaran, bila dapat tu, kemain happy. Rasa macam, dunia ini ana yang punyaaaaaa.




muka surat 1,






muka surat 2,




.
.
.
.
.
.
.




habis sebuku




"Wehhhhhh, aku makin stress taw tak baca buku ni. Arghhh."

Haha. Itu antara komen yang kami terima. Rupanya, tak semua orang boleh terima lawak bangang macam tu. Dah la takde dialog, sekadar lukisan semata-mata. Oops maaf, ada dialog, tetapi hanya pada muka surat tertentu, itu pun 1 muka surat 1 sahaja dialognya. Jadi untuk yang jarang membaca komik, mereka mungkin tidak biasa.

Tapi ada juga kes sampai boleh actionkan balik apa yang terjadi dalam komik tu. Ok ini lawak. Hahaha. Untuk yang memahami, memang gelak terbahak2 lah.

Dan sedar tak sedar, rupa-rupanya, dah 3 tahun aku meninggalkan alam Form3, dan kini aku dah meninggalkan pun alam persekolahan. Juga mereka, Hermanas0610, yang sentiasa bersama-sama berjuang tika itu :')




Dan ini dia bukunya,



[Go Go Cha Cha Street karya Zint]


:D