Sunday, October 27, 2013

Bebelan



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 



Lamanya tak menulis kat sini. Hasrat itu ada tapi masa amat mencemburui. Biasalah, budak baru nak kenal hidup di alam universiti. Cehh poyo. Sebenarnya dari hari tu bercadang nak cerita tentang cuti musim bunga yang lepas. 



Tapi, hmm, tak apalah. Tengok je lah gambar kat Facebook tu. Satu benda yang agak menyesal adalah tak bawa diari datang Melbourne. Ish. Sebab? Aku suka menulis. Dan manusia itu pelupa. Bila nak ingat balik memang tak boleh nak ingat. Kadang-kadang itu macam terapi. Boleh la nak gelak-gelak bila baca balik pada masa akan datang. Gitu.



Ohh, busy nya sekarang. Pejam celik pejam celik, dah nak habis satu sem. Dah nak hadapi peperiksaan. Dah nak habis 2013. Dah nak masuk 21. Ahhh.



Dan dah mula pilih subjek ke arah major.



Doakan kemudahan urusan dan kejayaan kami di bumi Melbourne. Terima kasih. 



Nak cendera mata dari Aussie? Cakaplah, jangan segan :) InsyaALLAH ada.