Sunday, September 15, 2013

50 hari pertama


Assalamualaikum dan hai :D

Ehem, lama tak menjengah ke sini. Bukan tak nak, tapi masa tak mengizinkan. Jadi, setelah sebulan lebih tanpa berita, hari ni kita cerita sikit pasal Melbourne. Yeap, alhamdulillah, dah 50 hari bermukim di Melbourne, Australia. Cakap pun dah ala-ala orang sini, sikit la. Ihiks.

Sekarang dah masuk musim bunga, dah panas sikit. Masa datang hari tu masih lagi musim sejuk. Bayangkan, dari Malaysia yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, tiba-tiba terus masuk suhu bawah 10 darjah celcius! Sejuk! Sangat. Tambah pula tengah berpuasa. Fuhh. Dan angin kat sini memang tak tahan. Aku panggil angin puaka. Angin dari arah kutub selatan, mana boleh nak lawan. Sekarang ni walaupun dah musim bunga, tapi kalau ada angin puaka tu, tak tahan jugak.

Paling seronok? Haha, tengok pokok-pokok dah mula berdaun dan berbunga :D Kalau nak dibandingkan masa musim sejuk, kebanyakkan pokok tinggal ranting. Sekarang rasa meriah sikit :) Subhanallah. Bila nampak pucuk mula tumbuh, hati rasa gembira - tak terkata !

Maka, apabila sudah bergelar seorang mahasiswi, banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Apa yang dapat saya katakan, IB banyak membantu. Hewhew. Serious, tak tipu. Apabila dah di negara orang, maka perlulah menjelajah setiap pelusuk kawasan. Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Bayangkan baru 2 minggu di Melbourne, sudah hafal nama-nama jalan dan lokasi, apatah lagi berkunjung ke tempat-tempat menarik. Sampai orang tempatan pun terkejut. 

Oh, gambar? Nah gambar pemandangan di University of Melbourne semasa musim sejuk :)



Musim sejuk, bila panas sikit mesti ada yang duduk-duduk macam ni. 
Apatah lagi sekarang dah mula musim bunga. Hampir semua taman ada 'penunggu'.


South Lawn; tempat kegiatan sosial pelajar di sini


Antara bangunan universiti. Kadang-kadang terasa seperti dalam filem Harry Potter
Ye lah, bangunan semua klasik, 
sebab uni ni universiti kedua tertua di Australia.



University Square, luar kampus, depan South Gate.
Pokok-pokok ni dah mula berdaun sekarang :D

Panorama biasa di Melbourne apabila hari Ahad untuk melihat ramai pasangan pengantin berkahwin. Haha. Dan, dan apa yang menarik ialah, 

LIMOUSINE !!

Di Malaysia, limousine hanya pada nama, bukan kereta yang panjang tuuuu.

 :)

Dan Melbourne ni berdekatan dengan pantai. Kalau dah gitu, mestilah ada sungai, ye dak? Sungai ni nama dia Yarra River. Merentas Melbourne. Tapi dekat kawasan city, sungai ni ada waterfront. Biasalah tu kan. Tapi memang cantik bila malam-malam. Oh, dan lagi satu benda menarik ialah, ada api besar yang keluar sekali setiap sejam. Tak tahulah apa nama dia, tapi budak-budak kat sini panggil 'Hell Fire'.


 Ada dalam 2-3 jambatan menyeberangi Yarra River sepanjang Waterfront ni.


Kapal :D Tapi tak tahu boleh naik ke tak.

Macam yang dinyatakan tadi, Melbourne ni dekat dengan pantai. 
Yang famous ada dua, St Kilda Beach dan Brighton Beach

Well, dua-dua aku dah pergi :3


St Kilda Beach memang tenang, aku lagi suka pantai ni daripada Brighton Beach. Dan pantai ni ada banyak jeti sebab dia menghadap laut lepas. Boleh la kalau nak pergi lepak kat hujung jeti tu sambil tengok matahari terbenam. Hari tu pergi tapi tak nampak la sebab tengah musim sejuk. Terlupa pula. Mungkin bila musim panas boleh cuba lagi sekali.

Dan, ada satu jeti kat pantai ni boleh tengok penguin berenang bila Maghrib. Tapi aku tak jumpa lagi jeti yang mana satu. Tak apa, nanti cuti boleh pergi cari. Heh!


 Bila dah atas jeti, macam ni la pemandangan bila berpaling ke arah daratan :)

Oh, dan Brighton Beach, ala pantai yang terkenal dengan rumah warna-warni tu. 


*Gambar ihsan Encik Google*
Ni. 

Pernah tengok?

Tapi pantai yang ni jauh sikit la dari bandar kalau dibandingkan dengan St. Kilda.


Nampak beza dia?

Haha, jangan risau. Alhamdulillah tahap ketercapaian kat sini tinggi. Boleh pergi mana-mana sama ada nak jalan kaki atau naik trem atau kereta api. Pilih la mana-mana yang suka. Kalau nak pandu kereta tu, kena belajar dulu dari senior atau kawan. Jangan risau, lesen memandu Malaysia laku kat sini. Cuma cara pemanduan di sini agak pelik. Terutama apabila nak masuk simpang dari lampu isyarat.

Selain pantai, aku dah jugak la jejak beberapa tempat menarik kat sini. Tempat tumpuan pelancong. Acewahh. Boleh kata setiap hujung minggu keluar pergi cari tempat menarik. Mujur jalan kaki pun boleh sampai, kalau tak, habis duit.

Antaranya? Muzium ! Haha. Masuk kena bayar, tapi hari tu datang setengah jam sebelum tutup, jadi masuk percuma. Rasa macam tak percaya tapi itulah realiti.




Oh, antara pengangkutan awam yang lain kat Melbourne ni, semestinya bas. Jangan samakan dengan RapidKL. Pliz. Sebab ada suburb yang trem tak lalu apatah lagi train, maka bolehlah pergi dengan bas. Macam hari tu aku nak pergi The Collingwood's Children Farm, naik bas :) Sistem pengangkutan awam kat sini senang, semua guna kad yang sama - Myki. Jadi topup je kad tu. Tak payah pening-pening.



Masa dalam perjalanan ke sana, ternampak pula mural ni. Nampak macam betul kan? Oh, sini bersepah graffiti. Dah la cantik, kebanyakkannya lah. Memang sini freedom of speech tu betul-betul la.

Oh, mungkin setakat ni dulu aku sempat nak merepek. Kerja mahasiswi belajar, bukan tulis blog. Esok ada Mid Sem Test. Maka haruslah menelaah sedikit sebanyak :) Doakan kami.





p/s: tak sabar nak cuti spring !









With love from Melbourne,
nadi