Tuesday, February 11, 2014

A tribute to BT71

Assalamualaikum and hi.

It seems that my friends are going to leave Malaysia soon. I mean, I left them 7 months ago when I departed to Australia and they kept on nagging that they had a very long so called school holiday. Ta-da ! It's all over now. What do you expect. Time DO flies and without realizing it, you are already at the end of the precious non-class period. Haa.

So, a classmate requested that I should write something for them since I said that I miss those bunch of eccentric kids. Let's get started I suppose. Oh, I'm going to mix the usage of English and my mother-tongue for this activity.

Let's start with the class president, no?

Azim, a boy from Kelantan. Well, I could still remember the first day of the class. There was no teacher around and he came up with this idea.

"Weh, jom taaruf." 

Sitting in front of his line, I grinned. Well actually I was having conversation with the boys at that moment though I didn't know their name yet. Why? Because he's Kelantanese, I lived in Terengganu so you can tell, Ini Pantai Timur. Hahahahaha. Plus Azrul was in our class at that moment - before the class re-shuffled. That's how everything started. Ah. Almost three years since that day. Then, he was appointed as the class representative, should I say our class president? He absorbed all the tense and pressure being a leader, never once he complained to the class. But I know what he felt when being scolded by the teachers when the other kids didn't submit their assignments on time. Throughout the two years being together, except for IBE class, we got along very well. It's like you can tell him any problems that you have and he will be there, listening and sometimes give solutions. Most of the times, we did stupid things together. I mean, he will do and I just sit and eat popcorn. Remember what you did in WISPI 1 when we couldn't solve the problem and finish our Math IA as soon as possible? Ashmeer and Jazz jadi saksi ! Well Azim, we know what we've been through and I am definitely sure you'll be a great teacher, and YB one day. InsyaALLAH. Just keep being you the way we know you. Whenever you have any problem just talk to someone. Kalau nak cakap kat aku, telefon je lah. Aussie - NZ tak jauh mana pun. Skype pun ada. Boleh je nak joyah. Teehee. So long my friend :)


Let's move to our mama. Ahaks.

Ok macam ni cerita dia. First impression aku kat budak ni tak elok. Sebab awal-awal dah kena marah dengan dia. HAHAHAHAHAHAHA. And I was like, apahal doh marah aku bukan aku buat salah. Tapi cakap dalam hati je lah. Lepas tu sambung kerja. As time passed by, first impression tu boleh la masuk tong sampah. Sebenarnya dia tak garang pun. Baik aje orangnya. Dah tu MPP pulak. So, boleh kata semua kerja kat kolej tu untuk bahagian students dia yang handle. Power kan? Kekadang aku la kena teman pergi bilik Encik Rahman. Dah tu, satu team netball. WA-GA masa tournament. Haa, sekarang cakap macam mana tak rapat? Bila pindah dari Beranang, bilik aku ke bilik dia boleh lompat-lompat je. Bukan jauh sangat. Kekadang aku lepak bilik dia, kekadang dia lepak bilik aku. Tapi sebenarnya first time aku lepak bilik dia masa sem 1, duduk blok Balkis lagi. Masa tu bilik jauh kena jalan sikit. Tahu apa kitorang buat? Tengok Selena Gomez ! Apa tajuk movie tu... Monte Carlo ! Haaaa. Tapi Tiha ni ada ciri-ciri keibuan la. Sebab tu satu kelas panggil dia mama. Kalau aku malas nak makan, nanti dia paksa. Tolong tapau ke. Paling teruk tolong suapkan. Ada ciri-ciri dah tu. Paling best hari-hari dia tinggalkan buah atas meja aku. Rasa disayangi tak? Wiwiwiwi. Okay kawan-kawan, dia single lagi. Kalau nak masuk line, boleh tinggalkan nombor telefon. Eh. So Tiha, there's too many things kalau nak cerita kat sini, sampai esok kang tak siap. We know each other very well, all the best in New Zealand. I know you will be an awesome Chemistry teacher. Tolonglah buat anak murid jatuh cinta kat subjek tu. Jangan jadi macam aku. Oh, by the way, tengok sikit Pekan tu jangan bior dia buat perangai tak bernonoh. Buek malu yo.


Next is our second mom, Wan.

Alah, ini awek sudah fly maa itu hari. Tapi tak apa. Since it's a dedication to my beloved classmates, you are included *peace

This one girl perangai pun boleh la masuk kategori ibu-ibu. Kalau budak lain perangai tak matang entah apa-apa, yang ni kira cool je. Know what, aku asyik kena ayat ni dengan dia, "Nadi, kau ni kan ....bla bla bla..." Nampak tak. Well, one thing I like most about her is her smile. Sweet and with the dimples, it becomes sweeter. Very intelligent girl. Tapi bab berjoyah, hmm, kalau dah nama BT 71 tu, sama je la semua tang kaki nyembang. Hahaha. Reaksi Wan waktu joyah paling best nak tengok. Bila tetiba dia teringat sesuatu pasal seseorang. Kahkahkah. Entah la kenapa Wan punya tak boleh nak panjang macam Tiha, sebab Wan sentiasa cool depan aku kot, tak boleh nak bahan banyak-banyak. Hiks. Tapi bila jumpa, masyaAllah. Macam hari tu kat Seremban. Teehee. I love you babeyh.


Then proceeds to Ms A'isyah Hishamuddin,

This girl was my roommate in KMS and now my housemate here in Melbourne. Panjang betul jodoh. Kihkih. Ini antara manusia yang penyabar pernah aku jumpa. Seriously. I just don't know how she can put up with me since I am really super duper annoying - for almost three years and still counting ! Masa kat Beranang pun still roommate. Nak cakap macam mana? Hai la Ecah. She's very hardworking that sometimes I feel like slapping my own face sebab pemalas sangat. Haha. It's good to have someone that is opposite to you so that you can change in a good way. Thanks for the memories and everything you've taught me and I'm looking forward these few years we'll be together. Ahaks.


Maryam, Mary-Am, Mary-Ann,

Macam-macam nama budak ni. Sabor je lah. Ini lagi seorang housemate di Melbourne. This girl, I witnessed how she transformed from a shy, very shy girl into a talkactive one. *geleng kepala* She was in the same orientation group with me in KMS. It's very hard to hear her voice back then. But, the longer you stay with her, the more friendly she will be. Hypothesis is accepted. Sekarang ni siap dah bahan-bahan aku bagai. Hmmm. Tapi mestilah aku lagi terer nak bahan balik. Yam je pun. Kihkih. Ok, Maryam ni pun tengah cari calon sebab abang-abang dia 3 orang semua dah selamat. Berminat? Sila PM. Wiwiwiwi. Ok Yam, gurau je. Mohon balik Melbourne, jangan nak lama-lama sangat duduk rumah tu.


This one girl, most of my first time so far are done with her.

Kalau baca entri lama, ada pasal pergi jalan ke Kluang lepas tu lepak rumah dia. Masa tu first time naik kereta api, makan Tutti Frutti, pergi Kluang, etc.

Sekarang kat Melbourne pun sama, first time pergi Sydney, naik feri, naik kereta api 2 tingkat, jalan kaki malam-malam tanpa tujuan alih-alih jumpa universiti, and I'm looking forward for every upcoming first times that we will go through. Aicehh ayat aku. Seriously, jangan sebab nama dia Puteri, yu olls nak pandang dia ayu-ayu gitu, haih, hati waja kot. Bakal suami nanti, tolong tempah tiket pergi Macchu Picchu sebagai hantaran. Kbye.

So Puteri, keep your chin up, stay princess and I know you'll do well in Zoology - Biotechnology, ah mana-manalah :) Bunjilaka forever, err, I mean, Yukkurrukurru, err whatever.


The only guy in UK - Ashmeer

Yang ini. Mula-mula aku ingat dia anak Cina. Sekali nama Ashmeer bin Anuar. Ini lagi seorang yang boleh sabar dengan perangai aku. Lagi pula semua kelas sama dengan aku. Math, English, Econs, berpisah tiada. Hahaha. Gila game, anime, tapi genius. Bayangkan Math tu dia boleh selamba badak je tidur dalam kelas. Aku dengan Azim perhati je. Tapi seronok kalau usik dia. Dan sampai bila-bila tak boleh lupa Azim ajar Ashmeer cakap bahasa Kelantan. Kata Azim, "macam mat saleh cakap Melayu." Hahaha. All in all Ash, thanks for being my tutor and taught me those subjects that I really dislike and layan all my stories instead of studying. 

Ada satu masa lab tu, dia angkat botol reagent then ada makhluk yang dia tak berapa nak suka kat situ. Kalau orang lain la, aku rasa dah terlepas botol tu dan pecah. Tapi Ash ni boleh slow-slow letak balik botol atas meja. Tapi muka dia tak payah cakap lah. Satu kelas tengok. Bravo Ash ! Katanya, dia fikir, kalau lepaskan nanti botol pecah, habis la reagent. See? Masa-masa genting pun sempat lagi fikir. 

Just wait for us in United Kingdom, one day insyaALLAH we will visit you there. Behave naaaa. Tak ada Azim nak pantau :p


Kalau nak sembang pasal all girls school, boleh ajak Huda ! Jyeah.

Ini sama la dengan aku, asal sekolah semua perempuan. Lepas tu dengan budak lelaki selamba je nyembang macam dengan kawan-kawan perempuan. I feel you, Huda. Kalau Huda ni, dia punya hi-5 tu paling power. Tak ramai yang tahan. Sampai merah tangan. Sheesh rindu la nak buat lagi Huda oii. Tapi kalau bab cerita, dia punya ke-beriyer-an pun keluar. Perghhh. Sampai kadang-kadang aku boleh bayang. Dengan mimik muka semua, kalau masuk pertandingan bercerita ada harapan nak menang ! And she loves sports shoes. Jangan harap nak nampak dia pakai heels. Dan jangan gatal-gatal nak suruh. Ada makan penampo. Yang ini pun lagi seorang boleh melt tengok dia senyum, I mean sengih. Dan pelbagai tragedi semasa lab Chem yang kita cuba sorok daripada cikgu. Kehkehkeh. Sekarang mana boleh dah nak main-main dalam lab macam tu. Maw kena potong markah. Take care in Wellington and tolong tengok-tengokkan sekali Adni and Dayah :)


Here you go, our QUEENsland buddy, mihihihi.

Tango the HAWT. Kalau tengok dia pun korang tahu dia memang hawt. Dengan jadi Hamida nya. Double the hawt. Kampung dia kat Kelantan, jadi kalau nyembang dengan orang Kelantan atau Terengganu, secara automatik loghat Kelantan dia keluar. Haaa. Apa orang kata, fleksibel. Aku rasa dalam ramai classmates aku, dia seorang je yang panggil aku Nadia secara constantly. Tak pernah rasanya dia panggil aku Nadi. Aku suka tengok kalau dia buat presentation. Tak tahu kenapa. Tapi best. Cara dia cakap kot. Tang birthday dia ni, kalau ingat absolute temperature, ingat la bila birthday dia. Ada sekali tu sengaja kitorang tak nak wish, dah sedih la tu konon. Kehkehkehkeh. Okay Tango, stay hawt, and pastikan plan Easter break berjalan lancar *wink*


Azree, yang ini seorang je terlepas ke US. Dalam ramai-ramai budak KMS tu, kira wow lah kan *tepuk tangan*

Kalau tanya apa aku paling ingat pasal dia? Aku akan jawab , COMEL. Okay class, anda semua tahu kan? Bagus. Dan cerita tentang Manja, kucing dia. Senang cerita buka la topik pasal kucing, sampai esok pagi pun dia boleh layan. Budak pandai. Manjang 7 result dia. Memang layak la ke US. Sekali sekala kirim la postcard kat we ollz. Hee. Dan tak tahu kenapa, aku ada instinct satu hari nanti dia akan jadi professor yang hebat.


Kalau nak sambung bab budak suka kucing dalam kelas aku, next in line is Farah. Yang ini sampai ke profile picture ke poster calon MPP semua ada gambar kucing. Haaa nampak tak? Orang kata orang suka kucing ni penyayang. Farah ni pendiam sampai kadang-kadang aku serba salah nak cakap banyak dengan dia. Tapi bila dah group IRP sama, dia selalu la jugak ajar aku. Lepas tu bila aku tak faham, aku buat muka dah tu ngengada stress la lapar la, Farah ni  layankan aje. Dia cuba juga terangkan sampai aku faham. Sorry Farahhhhh. Kadang-kadang aku terpaksa cakap aku faham sebab kesian tengok dia susah-payah nak terangkan. Sobs. Keep those determination that you have and you'll pass with flying colours, insyaALLAH.


Kalau nak berkenalan dengan budak Terengganu dalam kelas aku, selain aku la, pergi cari budak nama Ira. Yang ini awal-awal tu pendiam. Tapi sekali dia buka mulut, aduh saliha. Menusuk kalbu dia punya bahan tu. Aku pernah kena. Sekali. Sampai mati aku ingat. Hahahaha. Jangan memain. Orang kata diam-diam ubi berisi. Tak gitu, Ira? Ira ni okay je takde nak buat perangai pelik-pelik macam bebudak kelas aku yang lain. Ya Allah syukur. Kalau tak ada cikgu, jarang la dia nak buka halaqah belakang kelas. Biasanya duduk kat meja, baca buku. Atau sekadar usya halaqah dari jauh. Wiwiwi. Mung duk Queensland tu molek la ngan Tango. Jangan nok berparti pah malang-malang ngat.


Mail, senang je kan nama dia. Pendiam tapi ada masa dia cakap banyak. Lepas tu boleh tahan kalau dia bahan. Apa yang aku pasti, Mail ni diam-diam dia pun, dia perhati apa yang berlaku. Sebab aku pernah kena, jadi aku tahu. Dan cuba borak dengan dia. Aku boleh kata dia a man with wisdom. Sudut pandangan dia lain daripada orang lain. Tak sama. Sebab tu kadang-kadang aku saja-saja nak pergi borak dengan dia. Seronok nak dengar orang yang fikir tak sama macam apa kita fikir. Kadang-kadang nasihat yang dia bagi tu berguna. Ahh, serious aku tak jumpa lagi Mail kedua. Sebab ni seorang je yang aku kenal. Dan ini budak sangat pandai photography. Gambar dia semua ada feel. Walaupun kadang-kadang tu takdelah korang pose beriyer sangat, tapi orang kata kalau sampai dekat tangan yang pandai, semua pun boleh jadi cantik. Wherever you are now, I wish you all the best and I'll always remember you.


Adni, lagi seorang budak sekolah semua perempuan. Yang ini pun tak banyak cakap, jadi aku rasa macam precious gila bila-bila dia tegur aku tanya itu ini. Ahhhh Adni why so comel. Kalau cakap dengan aku, mesti cakap dalam loghat Kelantan, aku rasa bebudak Kelantan kelas aku semua sembang dengan aku dalam loghat diorang. Ishhh tak ada lah nak nampak Adni buat perangai pepelik. Paling-paling pun dia gelak sopan-sopan je tengok kitorang punya pe'el. Adni nanti kat Welli, ada apa-apa cari Huda taw. Nadi dah tak ada nak tolong tengok-tengok kan. Sobs *kesat air mata* Fefeeling macam ibu mithali la pulak. Buang tebiat.



Shine bright like a diamond. Okay nama kawan aku ni bukan Rihanna. Nama dia Intan. Cuba la buat apa-apa yang menyakitkan hati, confirm dia tak marah. Dia siap iya kan. Sampai kadang-kadang aku fed up nak buat apa-apa dah. Tak berhasil langsung. Punyalah baik si Intan ni, bila aku mintak maggi, bukan datang peket, datang yang dah siap punya. Tsk. Terharu betul. Aku ingat lagi pernah ada meeting kat bilik aku, Intan ni dengan baik hatinya buatkan Ruski untuk semua orang yang tengah bermesyuarat tu. Padahal kalau ikutkan, dia tak terlibat pun. Dua kali buat pulak tu sebab semua kebulur lepas tu tak cukup la satu round. Dan makan ramai-ramai kan seronok :)

Aku tak boleh lupa kes pindah sekejap Intan. Cerita dia sebenarnya aku sedih la sebab bilik sebelah dah tak cukup korum. Tengok katil kosong je kan. Alih-alih balik. And I don't think our journey will be as great as we had if you weren't there. Kalau dah lepas jadi cikgu tadika, lepas ni boleh up jadi cikgu sekolah la pulak kan, Cikgu Intan?


Asyik sembang dalam loghat Kelantan, kadang-kadang nak jugak sembang dalam loghat sendiri. Hah memang aku cari mamat ni la. Tapi dia suka benor buat perangai yang entah apa-apa entah. Ya Allah kenapalah ada member macam ni. Tapi bagus jugak, terhibur la sikit. Kalau nak bilang cerita pasal dia ni, tak terbilang dah. Oh, first impression eh, memandangkan dia second intake, masa tu masuk kelas tunduk je. Tengok muka boleh tahan la macho, macam gangster pun ada. Tapi aku kan jenis suka tegur orang, bila dapat sembang baru tahu dia dulu sekolah kat Terengganu. Yes, ada geng ! Tapi tu lah, mula-mula pemalu yang amat, nak angkat muka pun payah. Lepas sebulan? Tak payah cakap. Dah terserlah true colour. Macam-macam benda dan istilah dia boleh bagi tapi tak pandai nak mengelak kalau dah kantoi. Habuan dia, bahan beramai-ramai la. Si Pekan ni tak suka makan ikan, bila Cikgu Juriah cakap pasal telur ikan tembakul dia boleh jawab, "Tapi cikgu, saya tak makan ikan." Aduh sakit perut la aku gelak. Wehh lain kali jom lepak Kuantan lepas tu bebila drive pergi Seremban. Macam dedulu. Ceh padahal baru sekali. Selamatlah kat NZ tu ye Zairi. Ajim ada, Salam ada, Tiha ada. Jangan nak buat perangai kat depan mat saleh. Jangan malukan Pantai Timur. Kehkeh.


Next, patah balik pergi Kelantan. Ada lagi 2 orang awek sana belum selesai ni. Amal, orang kata dia garang. Tapi aku rasa memang dia macam tu. Entah lah. Sebab dah 2 tahun kot menghadap muka dia. Kihkihkih. Kalau nak nampak dia datang bilik aku senang je. Sama ada nak ada exam Econs atau dah sampai masa makan. Haaa. Sebab aku tak nak pergi bilik dia. Mesti timing aku tu akan kecewa je. Dia tengah tidur la, tak ada kat bilik la. Dia ni kalau bab explain benda mesti detail sedetail-detailnya. Hmmm dah ada dah gaya cikgu tu. Cuma Amal, be confident lepas ni. Jangan gelabah itik sangat. Cheerio !


And Dayah, kawan baik la dia dengan Amal ni. Dayah ni kalau tipu pun kadang-kadang dia percaya tapi lepas tu nanti bila kantoi korang tipu, lepas tu nanti dia buat muka musykil. Tapi hati dia baik sebenarnya. Wiwiwiwiwi. Dayah ni yang paling teruk kena prank call dengan aku. Sampai tak nak angkat telefon dah. Terpaksalah aku call guna number sendiri lepas tu mengaku aku buat prank call. Teehee sorry Dayah, gurau-gurau sayang :p duduk Wellington tu jangan nok galok sangat deh, duk molek, blajo sungguh. Bereh?


Last guy in the class, Syahiran. Tapi dia gedik masa first day kelas perkenalkan diri lepas tu cakap macam ni, "Panggil Syahi. Comel sikit. Hmm tak kisah la nak panggil apa pun. Tapi jangan panggil Syah." Haa, gedik gedik pun power main sukan. Dah la mula-mula tu aku tak percaya dia main badminton. Haha. Serious. So Syahi, behave in Melbourne, capai apa-apa yang ko nak capai. Sebenarnya banyak dah post aku pasal kau jadi malas nak tulis pepanjang kat sini ;p but, bestfriend stays.


And last but not least, my buddy ! Jazzmin Zurich anak Paris. Okay aku suka nama unik dia sebab rasa macam travel pergi macam-macam tempat. Kelas aku dulu, dua orang je budak perempuan yang buat Math HL. Jadi most of the time aku dengan Jazz lah. Sampai WISPI pun sama-sama conquer. Wiwiwiwi. Satu-satunya budak dari Malaysia Timur dalam kelas, tapi tu tak jadi masalah pun. Kadang-kadang study sampai punyalah lapar, abang Lahuma juga kitorang tuju. Lepas tu lepak belakang WISPI. Nak-nak masa practice oral English. Hahaha. Dah la gelabah semua sebab kena awal sehari. Tapi selalunya tak lapar pun tapi nak jugak pergi Lahuma sebab nasi lemak dia sedap, burger dia sedap. Omnomnomnom. Jazz selalu cakap, "saya tak pernah jumpa orang macam awak ni." Reaksi aku? Sengih je lah. Ahhh Jazz, kamu tunggu sa di NZ. Kalau sa pergi, kita buat macam apa kita rancang tu, okay. Tengok-tengokkan Ajim dan Pekan. Wish you good luck !



Ahh, there goes my sepatah dua kata untuk korang semua. Jangan terasa la kalau ada yang panjang, ada yang pendek. Buat on one go ni :) Selamat maju jaya, jaga diri, jaga agama, walau di mana anda semua berada. Jangan lupa ibu ayah, tanah air, amanah rakyat, orang-orang yang pernah wujud dalam hidup korang.

Serious, aku rindu nak belajar sekelas dengan korang semua. 



Nah, moments :')




Pizza hut






and our last day of IRP









Yang paling tua, paling gila kuasa, paling gila duit,

nadi