Sunday, January 12, 2014

Banjir besar di Kemaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm, lama dah aku peram entry ni. Dari tahun lepas lagi. Dari aku masih di bumi Malaysia sehinggalah kembali ke Melbourne. Beribu batu aku berhijrah membawa entry yang tak sudah ni.

Mungkin agak ketinggalan sikit kalau ikut garis masa, ye lah, benda dah berlaku tahun 2013, tapi 2014 baru nak post. Ada aku kesah?

Maaflah kalau gaya penyampaian macam tak berapa nak ikut piawaian sebab aku dah lama bebenor tak menulis panjang lebar gini.

Ehem.

Begini ceritanya Pak Jabit.

4 Disember 2013, 3.30 pagi

    Obviously aku tengah tidur la waktu gini. Aku bukan spesies burung hantu, berjaga malam. Tetiba adik aku ketuk tingkap dari luar. Dia kata air dah naik sampai buku lali di luar rumah. Terkejut la jugak sebab tahun lepas yang banjir teruk tu air kat luar pagar je. Tapi aku rilek, chill, ikut hati nak je sambung tidur. Tapi paras air makin naik dan mula masuk ikut bilik air. Ye lah, dah situ sambung kat longkang, kan? Bila nak berwudhu’ untuk Subuh, air dah tak ada ! Bekalan air dah terputus. Air dah mula masuk dapur dan kami angkat la apa-apa yang patut, letak di tempat yang lebih tinggi. Peti sejuk kami naikkan atas 2 batu bata, mesin basuh letak atas meja makan, bahan-bahan masakan yang kering semua naikkan setingkat dalam kabinet dapur. Kereta dah parking di tepi jalan besar. Lepas tu waklek kat rumah sebab menjangkakan air tak naik tinggi mana. Bila dalam rumah dah sampai paras lutut, ibu ajak kosongkan rumah. Rupa-rupanya di luar rumah dah paras paha. Terkejut mak !! Redah je la air bah tu. Arus memang kuat macam redah sungai. Waktu keluar tu memang bawa baju je. Takat sepasang seorang. Tak ada bawa benda lain. Sebab tak pernah jadi mangsa banjir jadi tak ada pengalaman apa yang perlu dibawa dan kami jangkakan air memang paras tu je. Takkan naik dah.


Pak cik ni pun rilek je keluar rumah bawak anak dengan payung je

     Bila tiba di jalan besar, penuh kereta sampai ke jalan seberang pun. Sampai jammed. Tak pernah hayat aku sesak macam tu kat jalan ni. Jadi pergilah ke pusat pemindahan. Tak ada pilihan lain. Yes, I am officially a mangsa banjir. Waktu tu tak ramai lagi orang di situ jadi dapat la pilih kelas mana nak lepak. Aherherher. Ibu dan 2 adik aku nak pergi tengok rumah. Ambil kunci rumah saudara yang kami baru terfikir boleh nak menumpang duduk di situ. Sambil tu boleh la nak selamatkan barang-barang lain. Aku stay di sekolah. Bosan wa cakap sama lu. Taktahu nak buat apa. Mati kutu. Tandas dia memang aku reject awal-awal. Bau macam formalin. Sampai melekat kat baju. Aduh la. Dah tak tahu sangat nak buat apa, aku pun sembang la dengan mangsa banjir yang lain. Tanya rumah kat mana, air paras mana. Ini penting ! At least boleh agak air kat rumah aku tinggi mana. Kemudian ada satu lori askar datang. Penuh mangsa banjir dalam tu. Fuhh. Kemudian mak cik yang aku sembang tadi cakap ada lagi satu lori askar bawa orang dari Kijal, kejap lagi sampai. Eh eh sardin la kejap lagi sekolah tu. Kitorang dah siap-siap susun kerusi buat katil. Memori zaman sekolah rendah betul ni. Penat tapi tak boleh nak lelapkan mata. Maka, kami lepak di luar kelas. Tengok siapa lagi yang datang, usha kereta jenis apa dari atas. Kemudian, mak aku telefon suruh turun. Jadi, selamat tinggal sekolah !

Oh, malam tu bekalan elektrik terputus. Satu bandar. Tak. Sampai Kerteh sana. Ye, walaupun tak banjir. Satu Kemaman. Blackout.

Lagi parah, line telefon tak ada. Macam mana nak call sini sana? Memang tak dapat la jawapannya. SMS pun ikut nasib.

5 Disember 2013

     Aku bangun pagi-pagi nak teman mak aku pergi hospital. Sebab jatuh tangga. Aku ikut dengan harapan hospital ada la air. Tapi jangkaan aku meleset. Hospital pun tak ada air. Tak tipu. Serious. Dengan bahagian kecemasan tu lengang je. Semua dah ke pusat pemindahan. Tinggal yang on duty je.

   Dengar cerita, Jambatan Limbong runtuh. Jambatan tu tengah-tengah bandar. Kalau runtuh, maksudnya boleh tembus ikut satu jalan lagi tapi jalan tu confirm dah tenggelam. Tetiap tahun pun banjir situ. Dan pintu sempadan Pahang-Terengganu pun dah tenggelam. I mean, really tenggelam. Tayar lori tu tenggelam. Maknanya lori memang tak lepas dah nak lalu. Kalau dah lori tak boleh lalu, apatah lagi kereta, motosikal, basikal, pejalan kaki. Eh.

Serious bro. Ada yang try nak redah tapi terpaksa patah balik. Atau nyawa melayang. Pilih.

Sebab tu orang kata, ada yang sampai tak makan 3 hari. First hand experience. Aku dah rasa. Tapi aku ada la jugak makan maggi. Tu pun 2 bungkus share 5 orang. Kenyang tak kenyang belakang cerita. Kalau dah jalan masuk pun terputus, macam mana bekalan nak sampai?

Yang ngengada tanya kenapa tak pindah awal-awal, ni jawapan dia. Sebab kitorang tak jangka teruk macam ni. Dan kitorang tak tahu akan jadi macam ni. Kalau tahu siang-siang ye senang boleh je pindah terus. Ramai-ramai menumpang rumah saudara-saudari. Boleh?

6 Disember 2013

Yang aku ingat, Subuh tu dah ada air balik. Tapi keruh. Takat buat mandi lepas la. 3 hari woi tak mandi. Apa kejadahnya. Kalau nak minum, nak masak nasi guna air mineral. Alhamdulillah dapat cari kedai yang ada stok air mineral berkotak-kotak.
     
7 Disember 2013, 6.59 pagi

     Alhamdulillah bekalan eletrik dah disambung semula semalam pukul 9.30. Boleh la nak cas telefon yang kebanyakkannya dah habis bateri. Smartphone memang out. Nasib baik ada telefon cikai-cikai murah-murah macam Nokia. Bertahan juga bateri 3 hari tak cas. Lepas tu balik rumah nak tengok air paras mana. Kalau air makin surut boleh la nak buang lumpur sebelum kering. Kalau tak lagi parah nak membersih. Dah la dua buah rumah nak kena bersihkan.

8 Disember 2013, 10.25 malam

Semalam bersihkan rumah dari 9.50 pagi – 5.30 petang. Bersihkan lumpur yang penuh dalam rumah je. Barang habis semua rosak. Berpandukan tanda pada dinding, air naik setinggi pingang manusia dewasa, dalam rumah. Luar paras dada. Air dalam rumah dah tak ada tapi kat laman ada lagi. Longkang penuh air.

9 Disember 2013

Hari ni pergi sambung misi membersih dan membuang barang2. Penat makkk. Dua hari punya kerja tak siap2 lagi. Baru satu rumah. Satu lagi belum usik pun. Air dah kering sepenuhnya. Jalan kat paya yang semalam tenggelam pun dah kelihatan. Longkang pun dah kosong. 


*****


Begitulah sedikit sebanyak flashback aku tentang banjir hari tu. Sebenarnya panjang lagi tapi aku dah cut banyak bahagian takut nanti korang semua malas tak larat nak baca.

Tapi yelah, banjir ni memang la bagi pengalaman baru kat aku. Selain jadi mangsa banjir, aku dapat naik bot, selamatkan orang, naik lori bomba, lori okay yang tinggi macam lori askar tu, pergi bandar pakai kain batik dengan terompah pun rilek je. Okay memang la macam selekeh tapi aku pedulik hapa. Bukan warga Kemaman kenal aku. Hewhew.

Dan sebab banjir aku dapat naik lori tanah, lepas tu ikut je la kutip sampah sebab banjir, pergi pusat pelupusan sampah semua. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni.


Tak percaya?


Nah tengok ni.


Pak Mat drebar lori

Tu dia sampah-sarap banjir naaaa

Macam ni la dia kaut sampah depan rumah

Percaya? Bagus.


Kata orang, setiap benda yang berlaku tu ada hikmahnya, ye dak?


Walaupun aku kena nganjing balik konon-konon summer vacation sekali dapat banjir.


Secara jujurnya, aku boleh bayang macam mana mangsa tsunami kat Jepun tu hidup. Tanpa elektrik, air, makanan, talian komunikasi.


Pasal bantuan mangsa banjir aku tak nak sentuh.


Lagipun, sampai sekarang masih ada bantuan yang dihulurkan.


*****

Sekalung apresiasi saya tujukan buat semua pihak yang telah membantu mangsa-mangsa banjir sama ada secara langsung atau tidak, dan anda yang tidak henti-henti bertanya khabar serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami. Budi baik tuan dan puan hanya Allah yang mampu membalas.

:)




mangsa banjir besar,
Ilham Nadia
Melbourne