Walaupun begitu, matanya tidak pernah lari daripada memerhatikan keadaan sekitar. Dia perlu waspada kerana dia tahu bahawa bahaya akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Dia memang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada sebarang ketika.
Jangkaannya tepat. Musuhnya kali ini bukan sembarangan musuh. 5 ekor makhluk muncul daripada sungai itu, mereka kelihatan seperti manusia, namun bersisik dan bersirip. Namun, nasibnya baik kerana dia hanya perlu bertarung dengan salah seorang daripada mereka.
Mereka ialah adik beradik English B. Dan si gadis memilih untuk bertarung dengan anak ke-2 kerana dia berasa dia mampu untuk menang. Jangkaannya meleset. Apalah sangat pedang perak miliknya untuk bertarung dengan makhluk air, dan sudah tentu mempunyai kelebihan di tebing sungai itu.
Makhluk itu terus menerus menghentam si gadis dengan bola-bola air pada kelajuan maksimum. Dan makhluk itu juga tidak lut dek pedang peraknya. Usahanya sia-sia. Dia berhenti menyerang kerana tidak mahu membazirkan tenaganya. Lantas si gadis berlari ke dalam hutan diikuti makhluk air #2 itu.
Sumber air sudah jauh, makhluk itu semakin lemah. Si gadis melumurkan tanah pada pedang peraknya dan
ZAPP!!
Dia membelah makhluk itu. Dengan mencemarkan kesucian air yang membentuk makhluk itu, dia tahu dia telah menang. Makhluk itu menjadi titisan-titisan air dan menyerap masuk ke dalam bumi. Si gadis kembali ke tebing sungai dan kesemua makhluk air itu telah lenyap daripada pandangan. Dia kembali ke tempat rehatnya tadi dan tertidur.
No comments:
Post a Comment