Duduk Seremban dengan Kemaman memang la berbeza, sangat-sangat. Serius. Kat Seremban tu aura rajin nak belajar ada lah jugak, kalau nak banding dengan duduk rumah, makan tido makan tido je la jawapannya.
Lepas tu, ada seorang mamat ni, dia macam dah buntu kan tak tahu nak buat apa kat rumah, jadi dia buat keputusan nak mengupdate blog dia yang dah macam, err, bersawang dan berdebu setebal 14 inci tu.
Dan aku pun,
YAY!!
**tabur confetti**
Setelah menimbal balik dan perasaan gembiranya, aku rasa kali ni nak tulis pasal mamat tu. Haha. Be ready ya dude!
Aku kenal NAMA dia sebelum masuk kolej, ye lah, zaman moden macam ni, apa, hampir semua remaja macam kami ni mesti ada Fesbuk. Ok bukan remaja je, meliputi lah kanak2 bawah umur, golongan makcik pakcik, pegawai atasan ke bawahan ke, malah menteri pun ada Fesbuk. So, kenal gitu-gitu je lah.
Masa hari pendaftaran tu dah nampak dah dia, weehuu, sebab dia pakai kemeja warna pink :D Bukan nak cakap dia lembut ke hapa, dia tough okay, lelaki sejati gitu. Aww. Aku nak cakap, pink suits him. Betul. Tak semua lelaki boleh pakai warna merah jambu. Mungkin anda yang tidak sesuai itu kelihatan seperti seorang gay atau seorang yang lembut, maksud aku, tahap sotong. Oh boys, jangan terasa. Ni pandangan saya sahaja :)
Maka bila dah sekolej tu, dia ni boleh dikategorikan sebagai antara budak lelaki yang baik dengan aku la. Baik jugak dengan kawan-kawan aku yang berdua itu, Diyana dan Alia. Kalau nak mintak tolong apa-apa, mesti dia akan hulurkan bantuan. Ok girls out there, ni sesuai la nak buat calon suami. **tolong promote**
Betul, kadang-kadang aku sampai rasa bersalah nak mintak tolong dengan dia sebab baik sangat, tak pernah cakap TAK bila kitorg mintak tolong.
Lagi, dia ni peminat tegar Banana Kaya Domino's Pizza. Kalau tak dapat pizza pun tak apa, janji dapat Banana Kaya. Dan sebab dia yang introduce makanan ni kat roommate aku, sampai sekarang roommate aku pun boleh tahan la minat benda ni. Aku dah lama tahu tentang kewujudan Banana Kaya, dari zaman sekolah menengah dulu.
Selain itu, mamat ni aktif bersukan. Yeah betul. Dia wakil kolej untuk bola sepak dan futsal. Terer la tu kan sampai boleh wakil kolej. Dan dia ada main rugby, baru berjinak2. Tapi boleh pulak accident masa tengah main, biasa lah tu, nama pun rugby. Hmm, ada orang pernah cakap kat aku, lelaki main bola sepak macho, hensem blaa..bla.. tapi kalau dia main rugby, taraf dia lagi up !! Betul ke? Aku tengok pemain2 bola sepak Malaysia tu ramai je peminat. **Eh, apa kaitan**
Cukup lah aku bebel sampai sini. Apa-apa pun, aku bangga kenal dia :) Pendebat unggul, suatu ketika dahulu. Semoga berjaya mencapai apa-apa yang diidamkan. Amin.
Meet my one and only twin,
ILHAM NASHARUDDIN
kakak,
ilhamnadia
No comments:
Post a Comment