Saturday, September 3, 2011

2 months to go peeps!

Hee, ada adik mintak tolong tuliskan pasal benda ni, dan elok jugakkan kongsi2 pengalaman ni kan. Cewahh.

SPM kan tetiap tahun dalam bulan November baru start sebab September tu UPSR dah tempah, Oktober pulak hak milik kekal PMR. Jadi untuk anda anda anda yang bakal amek SPM ni, tak payah la susah hati. Sekarang ni baru September, confirm sure pasti ada lagi 2 bulan, kan. Time time macam ni mesti budak2 darjah 6 yang tak senang duduk, gelabah. Heh.

Weyy cik kak, kitorg ni lagi 2 bulan nak SPM, 2 bulannnnn taww takkk??

Rilek2, aku pun pernah SPM la.

Mari baca cerita aku. Haha. Ni based-on pengalaman aku sebagai seorang budak SBP la.

Kalau dah bulan September ni kan, confirm2 la korang sume dah jawab trial SPM kan, so amek balik kertas trial korang tu, bincang2 ngan cikgu, and try buat balik soalan yang korang salah or tak boleh nak jawab masa exam tanpa merujuk mana2 buku or skema jawapan. Bila dah siap baru semak.

Lepas tu kan, rajin2 kan lah diri korang untuk buat soalan trial negeri2 lain. Kalau cikgu tak fotostatkan untuk korg, korang carik sendiri. Alaaaa, sekarang ni zaman internet lah, click je, nanti keluar haaa, so, ni antara websitenya ;D


Oh ya, ade jugak dengar2 cerita ada sekolah yang cikgu dia dah susunkan soalan trial negeri mana yang anak murid dia patut buat and kalau cuba2 nak buat trial negeri lain nanti cikgu marah kan, sebenarnya, korang try je. At least korang taw mcm mana ragam soalan negeri lain tu.

Dan, kitorg beruntung sebab cikgu dah tolong reso-kan semua soalan trial untuk kitorg :') Thanks teachers.


Nanti, akan ada beberapa students yang terpilih untuk Kem Perfect Score ikut zon, jadi, sesiapa yang terpilih ni, tolong sangat2, manfaatkan sebaik2nya peluang ni sebab korang ni tengah menanggung amanah, balik sekolah nanti korang kena curahkan apa yang korang dapat daripada kem tu kepada kawan2 batch korang. Dan nanti akan ada kem ni peringkat sekolah. Yang aku taw, program ni berkesan, seriously, tapi atas diri korang jugak, kalau korang manfaatkan, insyaALLAH memang dapat la nak topup sini sana yang korang tak yakin lagi tu.


Dan waktu macam ni kan, SEPATUTNYA, sepatutnyalah kan, korang dah tak payah nak belek buku teks Biology tu daripada Form4 muka depan sekali. Facts tu dah ada dalam kepala otak, cuma belek untuk confirmation je. Tapi kalau belum cukup yakin, please please please, start baca balik dari sekarang. Jangan seminggu lagi nak SPM baru terhegeh-hegeh nak bukak buku dan baca!! Itu memang namanya, letak tali gantung ke leher sendiri, saje je tempah maut.


Hmm, apa lagi. Oh, time time macam ni jugak la, korang patutnya dah ada study group tapi yang ni ikut keselesaan la. Macam aku dulu, memang takde study group, tapi certain things tu bincang dengan classmates or dormmates pun boleh. Lagi santai and senang sebab tak payah nak jumpa buat gathering kat mana2. Tapi ni ikut keselesaan la, nak buat ke tak nak ke. Kalau nak buatlah kan, jangan ramai2 dalam satu group tu sebab nanti confirm korang tak belajar. Borak je lebih.

Paling penting, kalau tak faham any soalan, concept, way to solve ke hapa ke, pergi tanya cikgu or mana2 kawan yang boleh solvekan soalan tu. Tanya sampai paham! Jangan nak tangguh2, nanti makin parah, lagi teruk. 2 bulan tu tak lama, pejam celik pejam celik dah nak SPM pun.

Past year questions, lupa nak cakap, selain daripada buat trial negeri2 lain, try jugak buat soalan SPM yang dah lepas. Alaaaa, buku dia ada jual kat kedai buku. Tak mahal pun. And cuba la jawab sebab tu soalan SPM yang SEBENARRRRR and try jawab dalam tempoh masa yang dah ditetapkan. Kita tengok, how ready are you?


Soalan spot, perincian, apa lagi nama dia, dan yang seangkatan dengannya, tolong la jangan percaya 100%. Seriously, cuba korang bayangkan, korang study and concentrate soalan2 spot ni je, bahagian lain korang abaikan - study kurang la maksudnya atau tak study langsung, and tup tup dalam SPM yang korang duk tumpu bagai nak rak ni tak keluar langsung or keluar pun ciput je, takat anak2 soalan, tak ke frust?  Masa tu korang boleh tawakkal je, doa banyak2. Nak menangis air mata darah pun tak guna dah.

Lagi, lagi, masa2 macam ni tak payah la nak carik pasal dengan sesape, junior ke, cikgu ke, pak cik dewan makan ke, tukang kebun ke, parents ke, sesape je la. Minta ampun minta maaf la daripada semua orang yang korang kenal, lagi2 yang banyak tolong korang, yang ajar korang, yang support korang, dan kalau korang pernah ragging junior, minta maaf jugak! Tak payah nak bajet sangat. Kalau diorang tak puas hati ngan korang, maw diorang doa tak elok, naya weh, ingat sikit, antara doa yang dimakbulkan oleh Allah ialah doa orang-orang yang teraniaya. Senang cerita, hati maw bersih maaa xD


see? SPM itu PENTING!!


Walau macam mana pun cuaknya korang dengan SPM tu, enjoy la life korang as form five students, sebab korang akan rindukan saat2 sebagai form five ni. Macam aku sekarang.




Setakat ni, tu je kot. Kalau ada tips2 pun, lagi 2 bulan lah eh? Hee. Good luck kids! Kalau nak apa2, just PM me through my FB account, nadia nain. Thank you ;D

No comments: