Saturday, September 10, 2011

sentimental.

A : Rajinnya pompuan ni update blog dia.

B : Baguslah kan daripada terbiar beberapa bulan sampai bersawang lelabah, bersarang tikus, tempat lipas membiak, han..

Woyy, agak2 aa nak cakap weh =_= Ni apa kejadah cakap blog aku tempat tikus bersarang, paling tak tahan lipas membiak. Weh, jangan weh. Bukan lipas. Tolong. **muka tak puas hati**

Okayy, jom kembali kepada topik hari ini, atau lebih bagus dikatakan sebagai, apa saya buat hari ini.

A&B : Yekk, gila nak attention tulis apa dia buat dalam blog. Boooooo!!!

Hmm, lantak la. Nak tulis jugak.

Hari ni hari Sabtu, ye, semua orang tahu hari ni hari Sabtu, jadi pergilah ke Jaya Jusco Seremban 2 tu, macam yang telah dirancang beberapa hari lamanya. Strategi itu perlu, macam nak perang jugak.

Jadi berpusing-pusinglah membuang masa di sana, mencari apa2 yang diperlukan, dalam lingkungan bajet yang disediakan. Dan kaki ini pun melangkah ke MPH Bookstore yang terkenal itu. Keliling pusing kedai buku tu kan, maka menapak ke bahagian komik, ok ni perkara wajib aku kalau pergi MPH. Saje je nak tengok2, tak berhasrat nak beli pun. Tetibe mata aku menangkap satu judul, yang telah sekian lama aku cari, ya, buku itu berada di atas rak, bersama-sama komik yang lain. Tersengih2 sorang2 aku kat situ, lantak la budak sebelah tu nak pandang aku macam, ey, apahal akak ni sengih sorang2, sewel ke. Maka, aku pun terus amek dan pegang buku tu, sambil mata masih melilau melihat komik yang lain. Setelah puas mencuci mata, baru lah aku pilih komik yang se-judul dengan yang aku pegang tadi, mestilah aku cari yang elok, yang hujung tak terkelepet, yang masih bersampul plastik, err, okay semua masih dalam plastik.

First time aku baca komik ni masa Form3, masa tu dah nak dekat trial ke dah nak dekat PMR aku tak ingat sangat, tapi macam tu lah. Aku rasa nak dekat PMR, kot. Then aku ternampak kawan aku, si Rasyed, ye, dia perempuan, meja sebelah kiri aku dalam kelas waktu ni, dia tengah baca komik ni. Dan aku pun lantas mem-book after. Aku ni memang hantu komik, aku mengaku. Biarlah ribut taufan PMR nak melanda pun, komik tetap on. So, aku pun baca la bila sampai turn aku, gelak sorang2, sampai budak2 kelas aku pun pernah cakap, "Ilham ni kalau baca komik, sampai gelak2. Kitorg pun tak paham."

Bila dah habis baca, aku tak nak la rasa bahagia happy sorang2 kan, sambil melihat classmates aku tension belajar dan juga tension dengar aku gelak2 tak study nak PMR, so aku pass kat ketua kelas aku time tu, Azin Rosli si hotstuff. Minah ni memang la bab menyenget kepala lebih kurang aku. Sekarang ni dah ada 2 orang yang rasa bahagia gembira dalam kelas aku.


[Azin si hotstuff, penat aku godeh pendrive aku cari muka dia ni masa zaman muda mudi dulu]





Jadi selaku ketua kelas, dia pun memainkan peranan untuk mem-promote buku ini kepada ahli kelas yang lain. Lalu dengan penuh berkaliber, beliau menconteng papan putih pada waktu prep malam itu,




Anda stress?
Anda ingin melepaskan tekanan?
Bacalah *tett* nama buku terpaksa di-censored kan agar menjadi lebih suspens
Kami dah baca, terbukti berkesan

Kan ilham? :)




Maka berlumba-lumbalah orang yang nak membacanya, menanti dan terus menanti, menunggu penuh kesabaran, bila dapat tu, kemain happy. Rasa macam, dunia ini ana yang punyaaaaaa.




muka surat 1,






muka surat 2,




.
.
.
.
.
.
.




habis sebuku




"Wehhhhhh, aku makin stress taw tak baca buku ni. Arghhh."

Haha. Itu antara komen yang kami terima. Rupanya, tak semua orang boleh terima lawak bangang macam tu. Dah la takde dialog, sekadar lukisan semata-mata. Oops maaf, ada dialog, tetapi hanya pada muka surat tertentu, itu pun 1 muka surat 1 sahaja dialognya. Jadi untuk yang jarang membaca komik, mereka mungkin tidak biasa.

Tapi ada juga kes sampai boleh actionkan balik apa yang terjadi dalam komik tu. Ok ini lawak. Hahaha. Untuk yang memahami, memang gelak terbahak2 lah.

Dan sedar tak sedar, rupa-rupanya, dah 3 tahun aku meninggalkan alam Form3, dan kini aku dah meninggalkan pun alam persekolahan. Juga mereka, Hermanas0610, yang sentiasa bersama-sama berjuang tika itu :')




Dan ini dia bukunya,



[Go Go Cha Cha Street karya Zint]


:D



No comments: