Semalam dah cerita pasal kelas Math, hari ni kelas Chem, atau Kimia. Seperti biasa, Khamis, hari eksperimen sedunia, maksud aku, hari eksperimen BT71.
Seperti biasa, satu group, 3 orang. Byebye Ashmeer. Haaa. Tetiap minggu kitorg 'bye' dia. Sayang bonar ehhh kat sorg lg budak group yang selalu kena pindah meja lain ni xD
Eksperimen kali ni, kitorg dah baca siap bincang pun malam tadi. Cewahhh, advance la konon. Siap siaga dah nak ber-eksperimen ni.
Mula-mula, kena sediakan standard solution. Cikgu cakap, sape terlebih air sikit pun, kena buat balik. Maka dengan penuh hati2 dan telitinya kami membuat standard solution agar tak terlebih daripada garisan yang sedia wujud kat volumetric flask tu. Yess, hampirrrrr berjaya. Sikit lagi. Sikit lagi. Tambah distilled water sikitttttt je lagi.
**tambah distilled water**
setitik, dua titik....
**muka terkejut pucat toreh tak berdarah**
WHAT!!!!!!!!!!!!! TERLEBIH. Sikit je pulak tu T^T sobssssss. Sikit sangattt. Tapi nak buat macam mana, buang, cuci volumetric flask, buat solution baru. Tsk. Tsk. Dugaan betul.
Apabila siap standard solution, maka Huda pergi lah melakukan kerja menimbang2 KHP dan aku serta A'isyah menyediakan alatan untuk titration. Ohohoho. Huda datang dan kitorg pun men-titrate lah KHP dan NaOH itu. Kat whiteboard cikgu bagi contoh dalam 42.5ml baru tukar pink dan kitorg punya....
18ml
=___=
Biar betul ni. Takkanlah, ish ish, pusing belakang, tanya group Ashmeer, tanya group Jazz, tanya group Dayah, semuanya dlm lingkungan 40ml baru dapat warna pink. Apa masalahnya pulak ni. Ekspresi muka yang cuak campur nak nangis sebab pelik sangat daripada orang lain. Maka, Ashmeer pun datang melawat tempat kejadian dan bertanyakan itu ini. Katanya, "Kalau bukan sebab KHP ni, standard solution tu la yang salah."
Uhhh, apa?? Tak nak dah buat standard solution tu lagi sekali. Ok ok. Try titrate lagi sekali. Kena lah pergi timbang lagi KHP.
"Eh, mana KHP kita?" Huda tanya.
Pelik. Tadi ada. Oh lupa, Azree dah 'culik' tadi. Haha.
"Cikgu, tak boleh guna pun penimbang ni," Tiha bgtaw. Apa pulak masalah kali ni. Ler, takde elektrik. Macam mana nak guna ELECTRONIC balance kalau, kalau, takde elektrik. Mungkin kita guna penimbang yang macam ni?
Ok masalah penimbang telah dapat diselesaikan. Terima kasih pak cik lab sebab bg kitorg guna bilik dia nak timbang2. Maka nak cairkan KHP, kena tambah distilled water, awww, yang ni kesian kat A'isyah. Sampai 2 kali tertumpah air. Huhu. Kena sukat balik apa semua. Fuhhh. Setelah berjaya menyiapkan KHP solution, nak titrate. Basmallah. Peluh jantan menitik, tapi muka masih tegang, resah dan gelisah, NaOH solution dalam burette sedang turun meluncur masuk ke dalam conical flask itu. 18ml dan terus swirl, warna masih colourless, sehinggalah 44.6ml. Alhamdulillah. We did it!! Okay, kena ulang lg 3 kali. Teruskannnn ;D Titrate kali ke-2, Huda ngan A'isyah handle, aku pergi main timbang2. Emm, kenapa dah 48ml tapi warna tak tukar2 ni?
"A'isyah, letak tak phenolphthalein tadi?"
"..................................."
2 saat.
"Macam tak je"
HAHAHAHAHAHA, no wonder la tak tukar2.
Sebab kitorg ni eksperimen macam entah hape2 kan, maka berlakulah aktiviti nak cover daripada cikgu, sorg berdiri depan meja, bertentangan dengan segala alatan eksperimen. Haha. Tak senonoh la anak2 dara ni xD
Lepas tu kan, sebab dah lambat, maka sorang2 kelam-kabut. Apparatus pulak boleh tak cukup. Berlakulah aktiviti pinjam-meminjam daripada meja Ashmeer. Trimas bro! Cikgu ada cakap, titration ni sorang je yang buat at a time, jangan lebih2. Gilir-gilir. Tapi tapi, hahaha, terkantoi jugak akhirnya group kitorg 2 orang buat titration serentak.
Orang lain sume tengah buat HCl+NaOH tapi kitorg ni KHP lagi. Tak habis2. Maka, aktiviti melarutkan KHP berlansung dengan begitu aggresive sekali, keadaan conical flask itu di-shake dan di-swirl. Haha. Hilang ayu macam mula2 start eksperimen.
Yeah. Dah siap. Jom buat HCl punya eksperimen. Huda pun tuang la solution dalam beaker. Asal botol solution ni kecik semacam. Hmmm, tengok label.
P.H.E.N.O.L.P.H.T.H.A.L.E.I.N.
DANG!
DANG!
Sepantas kilat beliau menuang balik cecair itu ke dalam botol asalnya dan iya, sekali lagi terkantoi dengan cikgu.
So, kitorg kena siapkan jugak eksperimen ni tak kira macam mana pun, lantak la cikgu dah suruh kemas2, kitorg buat cepat2. Huh. Gelabah kau. Dan kitorg la group terakhir sekali siap buat eksperimen, time tu memang lab dah kosong, dalam pukul 2.40petang. Lepas tu, gerak pergi DS dengan Jazz, Puteri, Amalina, Ira, Dayah, Huda dan A'isyah, tapi time jalan dari academic block ke hostel block menuruni bukit itu, bercerita sambil tergelak-gelak tak peduli orang lalu lalang dah, sampai sakit perut, sampai penat, sampai nak makan pun tak larat. Pengalaman kan ;')
No comments:
Post a Comment