Hari ni 31 Ogos 2011, bermakna hari ni ulang tahun hari kemederkaan
Kenapa potong nama Malaysia tu?
Oh, berbalik kepada sejarah penubuhan Malaysia, sewaktu laungan keramat MERDEKA sebanyak tujuh kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 54 tahun yang lalu, Sabah dan Sarawak masih lagi belum menjadi sebahagian daripada negara kita. Ingat tu. Kita bergabung pada 16 September 1963 dan hari tersebut telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia oleh Y.A.B Perdana menteri kita pada tahun lalu dan dijadikan cuti umum senegara ;D
Dewasa ini, kita sering terbaca atau terdengar atau terlihat atau apa-apa yang sewaktu dengannya tentang cubaan beberapa pihak untuk menggugat ketenteramaan dan keharmonian rakyat di negara kita. Jati diri kita haruslah kukuh dan berpeganglah kepada Rukun Negara yang 5 prinsipnya itu, insyaALLAH kita mampu untuk kekal bebas walaupun hakikatnya, minda sesetengah rakyat kita masih dibelunggu pemikiran penjajah. Tepuk dada, tanya iman, tak perlulah saya menaip dengan lebih panjang lebar tentang hal ini. Kita semua sedia maklum.
Bunyi macam serius je kan? Haha, sebab saya menekankan perihal kemerdekaan di sini dan kita sepatutnya menghargai kemakmuran yang dikecapi ini. Datuk nenek kita semua telah melalui zaman perit sebelum kemerdekaan dan sudah tentu mereka tidak mahu hal ini berulang kambali kepada mereka atau setidak-tidaknya kepada anak cucu mereka. Saya pernah mendengar atuk bercerita tentang kehidupannya semasa zaman penjajahan Jepun. Sungguh, perit, kamu tahu? Yang mendengar ini pun takut, apatah lagi yang melalui. Jadi, saya menyeru kepada anak bangsa, cintailah negara kita, Malaysia dan pertahankan kedamaian ini (: kerana kita ANAK MALAYSIA!
Ok done with the merdeka part, now it's raya.
Hee, raya raya raya. Semua orang ternanti2 akan kehadiran Syawal terutama budak-budak kecik sebab diorang boleh pergi beraya, kumpul duit raya banyak2, nanti boleh lawan dengan sepupu, dengan kawan sekelas, duit raya sapa lagi banyak. Ummph, seronoknya zaman kanak-kanak :')
Raya tahun ni, raya pertama sebagai budak kolej, raya pertama sebagai bukan lagi budak sekolah. Tapi tapi sambutannya sama je. Cuma mungkin kurang keseronokkan mengutip duit raya, lebih kepada keseronokkan nak jumpa saudara-mara dan kawan-kawan setelah merantau di negeri orang untuk menuntut ilmu. Dalam pada kita berseronok menyambut kehadiran Syawal, ingatlah akan kesusahan saudara kita di luar sana, yang Syawalnya tiada makanan untuk dijamah, yang Syawalnya dihujani peluru, yang Syawalnya merupakan Syawal berdarah. Maka, marilah sama-sama kita berganding bahu, agar Syawal kita akan sentiasa makmur, agar anak-anak kita dan generasi yang akan datang dapat merasai Syawal sebagaimana yang kita rasai :)
Salam aidilfitri dalam kemerdekaan, maaf zahir dan batin.
love,
ilhamnadia
No comments:
Post a Comment