Assalamualaikum dan salam sejahtera ;D
Berjaya jugak akhirnya menekan enter pada URL www.blogger.com setelah beberapa kali hajat itu terpaksa dibatalkan pasa saat-saat akhir ><
Jadi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita memanfaatkan baki lagi 13 hari dengan sebaik-baiknya sebelum melangkah ke bulan Syawal.
Entry kali ini, nak kongsi
Eh, eh, aku tak skodeng la orang mandi, takde kelas awww -.- Ok ok joking. Tak buat la kerja tak senonoh macam tu.
Siapa pembunuh yang dimaksudkan? :O
JENG! JENG! JENG!
Teruskan baca. Saje je nak buat saspens ;p
Sila ambil segala syampu, sabun mandi, ubat gigi, pencuci muka, pencuci lantai, eh, yang tu tak payah dan check bahagian ingredients nya. Wujud atau tidak perkataan ini - SODIUM LAURYL SULPHATE (SLS) atau SODIUM LAURETH SULFATE (SLES).
Jika ya, sila baling benda itu sejauh mungkin tapi jangan tuang ke dalam sungai kerana anda akan menyebabkan pencemaran air.
Kenapa?
KENAPA ??????????????????
SLS dan SLES ini adalah ester kepasa Asid Sulfurik a.k.a Sulphuric Acid, yang kita semua tahu apabila Asid Sulfurik bergabung dengan hujan maka terhasil lah hujan asid yang akan menghakis bangunan kan? Sama lah dengan SLS dan SLES sebab mak dia tu asid maka mestilah anak-anak dia ni ada waris sifat2 menghakis tu jugak - inheritance ;D
SLS ni ada nama lain, Sulfuric acid monododecyl ester sodium salt dan si SLES ni biasanya contaminated with dioxane, sejenis bahan yang bersifat carcinogen - menyumbang kepada kanser. SLES ni kurang mengakibatkan kegatalan berbanding SLS tapi SLES tak dapat di-metabolis oleh hati dan kesannya mempunyai jangka masa yang lebih panjang.
Dah tahu bahaya, kenapa nak guna jugak bahan2 ni dalam syampu dan seangkatan dengannya? Senang je, sebab MURAH, maka kos penghasilan dan pembuatan dapat dikurangkan.
Nak tahu lebih lanjut tentang SLS dan SLES ni, boleh la pergi ke website http://www.natural-health-information-centre.com/sodium-lauryl-sulfate.html atau Google je :)
p/s: Sekali-sekala, gunakan internet tu untuk cari maklumat demi
kebaikan sejagat, jangan asyik nak fesbuk je ^^
No comments:
Post a Comment