Tuesday, January 25, 2011

of lower form history and math

aku tengah syok2 tengok tv, iyolah, cerita loghat Nogori Sombilan kan, tetiba adik aku datang sambil menghulurkan kertas peperiksaannya - Sejarah dan Matematik

"Tolong check-kan. Right guna pensel ni ha"

Aku terkebil-kebil pandang dia, tapi tangan gatal terima kertas-kertas tu. OHHHH!!

Mari semak Sejarah ....

Aku dah lupa, kebanyakkannya -.- Deym! Sebab dah lama tinggal alam menengah rendah punya kes. Adoyy laa. Nampak sangat kena join adik aku buka buku teks Sejarah tingkatan 1,2 dan 3.

Okayyy, it's Math time :D

"Tahu tak, lupa nak bawak kalkulator tadi"

"Abis tu, cmner kira? Pakai jari? Tak cukup jari tangan bukak stoking kira guna jari kaki? =.= "

"Tak laaahhh... Kira la... Tapi banyak la tak tahu"

"Bak mai kalkulator"

"Takde"

" =.= Kat almari tu haaa..berlambak2 aku susun"

Kira punya kira, sambil tengok tv dan adik aku tengah SMS ngan kawan dia - soalan bocor untuk PAI.

Haishh, kalau tak dpt jawab gak ni, tak tahu la.

Tiba2 teringat zaman sekolah dulu - ye la, aku kan pasca-SPM, mana2 pergi dalam pencil case tu mesti ada kalkulator, tak kira la kelas apa2 pun. HAHAHA, paling tak tahan, bengkel Sejarah dengan RMC, benda tu tetap ada dalam pencil case aku. Nak kira tahun ke cik kak oi?? Ntah, rasa tak complete je kalau tak bawa :D Pergi ceramah driving suatu ketika dulu, aku dah nak bawa tapi hasrat murni tu terpaksa dilupakan, iya lah, nak kira apa? SETAKAT dengar ceramah bukan nak kira berapa boleh speed atas jalan raya XD

"Nah. Dah siap"

"BIAR BETUL??"

"Betul la."





Dan aku terus sambung projek tengok ceghito kek tv tu haa.


petunjuk: adik
: aku

No comments: