Wednesday, January 26, 2011

itu kamu!

Jika masa boleh diundur, memang lah aku nak undur balik, nak pergi bulan November tahun lepas.

Oi cik kak, SPM kot.

Haha, tak kisah la SPM ke tak, tapi aku nak habiskan masa dengan mereka, nak buat balik semua benda gila yang pernah dibuat dulu kala, di kamar terhujung tingkat teratas blok terakhir :D

Menakutkan bukan? Dengan lampu koridor yang memang awal2 dah innalillah, bertambahlah keseraman itu tatkala malam menjelma. HAHA.

Apa kejadah dah ala2 cerita hantu ni kak?

Hek elehh, kecoh laaa.. okay okay, ceritanya bermula kira2 setahun lalu. Siapa sangka yang setahun mampu merapatkan jurang antara kita, cewahhhh, puitis habis ayat XD

Terlalu banyak cerita kalau nak tulis sampai tak mampu nak ditulis agaknya jadi aku tulis apa-apa yang aku rasa pasal budak2 pandai tapi macam tak cukup akal semacam je ni.


JOM TRI
VIA :D


Cik adik manis kat sebelah ni nama dia Aisyah. Tua 4 hari daripada aku. Memang manis persis gadis melayu terakhir. Cehh, jangan ngada2 cakap aku nak puji dia melambung-lambung sebab dia kawan aku. Ini satu kenyataan !! Kalau cerita lawak, jangan harap boleh tengok minah ni ketawa terbahak2 macam orang kena rasuk. Habis kuat pun dia sengih nampak gigi je. Tak ke sopan namanya? Nak tengok dia marah? Tunggu la seratus tahun pun, memang takkan la. Geram-geram pun dia cakap elok2, luah kat kawan2 dia ni haa. Tapi kalau dia geram, selalunya dia nangis. Ayy ayy, sejuk mata memandang lah cik adik ni. Tak pernah lagi aku tengok dia pakai yang ntah apa2. Mesti cukup kain punyaaa :D Oooopsie, isu sensitif tu. Sebab tu la dia ni ada ramai peminat, okay, jangan salah faham, maksudnya, disukai oleh junior, tak gitu cik Aisyah sayang?



Haaa, yang sebelah ni cik Nurul. Sangatlah kuat makan tapi keding tahap petala langit ketujuh. Macam mana? Orang Sabah ni memang kurus2 dan lawa2 kan? **angguk** Dia ni jiran sebelah katil si Aisyah tu haa. Kalau Aisyah ketua biro kerohanian, minah ni pulak ketua biro kebajikan. WHOAAA, apa kes ketua biro katil sebelah- menyebelah ni? Lahhh, lantak la nak katil mana2 pun. Suka hati kot, kan? kan? kan? Apa yang paling aku suka pasal cik Nurul ni? Haa, betul betul. SEAWEED !! Sedap sampai menjilat jari, terbaik dari ladang fresh dari kilang punya seaweed. Sentiasa ditunggu-tunggu. Okay Nurul, tu salah satu. Aku suka kau sebab kau ialah KAU!! Dia ni sangat sangat sangat suka Domino's Pizza Classified Chicken dan JUSTIN BIEBER. Aku paling tak tahan tengok dia ni merengek-rengek nak makan Domino's pizza punya pasal. Hahaha. Dia ni antara partner projek aku tatkala bosan pada malam-malam yang esok tiada kertas SPM terutama malam minggu. Sampai kena tengking. Oh awek, maaf sangat, sebab aku tak pernah tengok dia buat macam tu. Tak sangka kau orang pertama dan ya, dia PUAN NURUL aku :D


Kita gerak pergi katil sebelah pulak. Haa, inilah si penghuni katil sebelah Nurul. Anis Zafirah a.k.a baby, tuan tanah eh... bukan.. ketua kamar atau lebih dikenali sebagai dorm leader. Hahaha. Dia ni dah 2 tahun sama dorm dengan aku. Tak berkembang betulkan kita ni, duduk kat tempat sama je. Hahaha. Dia ni sangat la disayangi oleh keluarga, anak bongsu la katakan. Tapi budak dorm sayang dia lebih2 lagi :D Ayat poyo..heee
Dalam sehari, kalau tak nampak dia ni baca buku, memang dunia rasa nak kiamat. Oh. Biar betul?? Betul. Budak ni tahan mata sampai pukul 3 pagi semata-mata nak baca buku. Haa, bukan baca novel atau komik - ouch - tapi baca buku rujukan segala tu ha. Aku tabik spring la kat kau babe! Dia ni boleh dikategorikan penyuluh hidup budak2 dorm, ye la, dah nama dorm leader, sebab lampu berjasa dia tu ^_^ Dia ni partner in crime aku untuk projek gala malam SPM macam si Nurul tu juga. Haha, senang ceghita dia ni best partner aku untuk semua benda selain si Nurul dengan si Aisyah tu. Kadang2 dia macam cerewet tapi biasa lah tu, dia kan ketua kamar berjaya dan berkaliber serta berdedikasi. Cik Anis ini antara yang selalu muncul dengan makanan tatkala satu dorm tu kelaparan. Sebab? Ayah dia melawat :) Terima kasih uncle ^________________^





Katil kat belakang tu didiami oleh Dayah Asri. Cik adik ni memang garang. Haaa.. satu dorm tak berapa faham budak ni kecuali pasangan sensitif dia, siapa lagi kalu bukan orang sebelah katil, cik NABA. Dia ni hantu komik, lebih kurang aku laa...kalau ada koleksi komik yang dipinjam, memang saling berkongsi-kongsian. Lepas tu komen ramai2. Dia ni penolong dorm leader. Memang sengaja lantik dia, sebab dia ni kuat bebel kalau tak puas hati, barulah semua orang nak dengar cakap, kan? Awal2 dulu memang selalu gaduh dengan aku, ye la, mana pernah aku sekelas atau sedorm dengan budak ni sebelum ni, orang Inggeris cakap, first time maaa. Tapi lama2, okaylah :) Dia ni memang berani tahap tak ingat. Naik komuter, LRT seorang diri? Tak payah cakap, tu memang kerja dia. Kadang2 cuak bila tengok budak ni emosi semacam, boleh terbalik dunia kot.



Katil tengah2 memang milik sejati si Afiqah, tapi lebih terkenal dengan panggilan NABA. Nak ikut abang dialah katanya, haha. Budak ni memang jarang ada kat dalam bilik. Selalu lesap. Katil tu kira macam tempat persinggahan dia la. Dorm macam hotel, balik letak barang, tukar baju, dah keluar balik. Minah ni memang kuat belajar dan selalu cakap dia tu gemuk. Ayy, tak faham aku. Hello cik adik, awak tu dah cukup kurus, dah lawa dah, tak perlu diet2 lagi. Satu yang aku tabik budak ni, dia memang sangat2 jaga kecantikkan. Memang la orang cakap cantik tu tak kekal. Maksud aku kat sini ialah hari2 sapu losyen, patah-patahkan jari sampai bunyi KTUP KTAP macam makan tulang ayam tu? Minta maaf minta ampun, dia memang tak pernah buat. Serious, aku tak tipu.


Si Zunikha; tuan empunya katil hujung tepi loker. Haa.. pernah ada adegan tarik katil sebab banjir kat katil cik adik ni. Kasihan~ Dia ni pasangan sweet si Nurul tu. Baju memang kongsi sebab saiz badan sama. Haha, boleh la jumpa t-shirt Nurul dalam loker Zue dan sebaliknya >_<
Cik adik ni merupakan tukang sponsor susu kat aku. Sebab? Dia memang tak minum susu yang berkotak-kotak mak dia bawa. Adehhh. Aku suka baring2 atas katil dia ni sebab tepi tingkap&bawah kipas. Berangin seyhh.. ey ey, katil aku bawah kipas jugak okayh. Saja nak tukar angin, konon -.-




[Zue, NABA, Dayah, Baby]

[Zue&NABA]


Beralih kepada jiran sebelah katil aku, Afifah Hanum a.k.a Pai. Tapi aku panggil dia mantan. Ye, kami MANTAN!! Dia ni penggila seekor arnab bernama Mashi Maro. Hohohoho, aku suka betul kacau dia dengan Mashi dia ni. Tak boleh tidur malam minah ni kalau takda benda alah ni. Dan sempena hari jadi dia baru2 ni, dia dapat yang BESARRR PUNYAAAA... memang terbaikk laa. Dia ni banyak sama dengan aku, hanya beberapa orang je tahu apa maksud aku kat sini. Kan Pai kan? Aku ingat lagi makan dalam gelap dekat tengah-tengah padang masa orang bagi award MAJAKA. Orang sibuk2 tengah padang, kitorg boleh pergi makan. Lapar ohh, dah la hujan merenjis2. Dia ni kuat baca novel, bahasa Inggeris la yang aku pasti. Dan peminat koleksi Twilight. Aku membaca cerita pontianak pelik ni pun sebab setahun aku tengok buku tu atas meja budak ni dan aku begitu nak tahu, best sangat ke sampai dia dan Nurul tergila2 cerita ni? Dan pada aku, biasa je cerita ni. Hehehe.. peminat Twilight, jangan hentam aku!



Dan ini cik adik katil paling depan dalam baris aku. Cik mek molek dari Kelantan yang bernama Liyana. Suara dia semahal emas, mana taknya, susah betul nak dengar dia ni bercakap. Diam-diam ubi berisi ni :) Dan dia ni boleh jadi ikon untuk iklan yang menunjukkan sikap kerajinan. Tersangatlah rajin sehingga tak boleh nampak bila dia nak bersenang lenang macam aku -.- Ada je masa senggang pergi basuh baju. Tak payah susah2 keliling hostel 4 tingkat tu semata-mata nak cari budak ni sebab dah boleh agak kat mana dia ada. Kalau ada gotong-royong asrama, orang lain setakat sapu lantai bagi hilang habuk tapi dia pergi lap tingkap. Kena la tolong kan, nak tunjuk kat junior yang lalu-lalang betapa rajinnya akak-akak yang menghuni kat situ. Aichehhh... Kerajinan tahap maksimum apabila dia akan suruh budak2 yang tengah berehat tak buat apa2 tu pergi hadap buku dan ya, aku salah seorang mangsa. Jangan harap boleh tengok dia ni pegang komik atau novel kecuali Konserto Terakhir dan yang seangkatan. Padan la kerja rumah selalu siap. Tabik ^___________^



DAN



Khalida Hussin !!

Tuan puteri Penghulu Bendahari. Bukan budak dorm aku tapi dia ni mama bajik dan selalu la melepak kat dorm aku. Senang cerita, dorm aku ni dorm kedua dia. Haa, tak gitu? Dia ni sangatlah luar alam punya kegilaan. Kalau tak kenal dia, memang takut la nak tegur kan. Ye la, top5 kan. Tapi bila dah rapat, baru tahu yang si awek ni sebenarnya hati suci macam salji. Betul ke perumpamaan aku? Tak kisah laa. Dia ni banyak la join kerja2 jahat aku. Ooops, dah terkantoi. Sila abaikan. Takde lah jahat mana, setakat cubaan merampas Mashi si Pai tu, memekak dalam tandas - aku tahu junior semua pasang telinga dengar pastu gossip - nyanyi Mamma Mia dalam dorm, jadi * dan kenakan kawan aku yang sekolah kat Perak tu. Hahaha.


setahun hidup dengan budak2 ni memang mengajar aku macam2. Terima kasih daun keladi ya cik adik cantik sekalian. Saya amat terhutang budi dengan anda semua.

dan sebab itu lah,

SAYA BENCI ANDA SEMUA

BIG L!


okay, saya tipu.

saya sayang budak2 ni sangat-sangat.

Dan jangan lupa segala istilah antara kita ;')

moreh, tingkap >_____<









yang menyayangimu,












Nur Ilham Nadia binti Nain

7 comments:

khalida said...

weh,buat lah pasal aku gak! :D

nadi said...

sabar cik adik. tadi belum siap. baca lah sekarang ^_^

Anonymous said...

love da text about me..hahaha
ingat laa..tu kngan taw jgn dilupakan..
kelly of course laa ko ad..hehehe..
btw,nadia nain u're the best writer..
good job.
thanks for everything.

nadi said...

anonymous yang aku tahu sape,
thanks for da comment :)

and i'll never forget ya <3

Anonymous said...

yela..ikut ckap mnah nie.aq copy pste blek la..haha..
wow ilham..mntap seyh..siap ade bckgrond KTUP KTAP lg 2..hahaha
ilham trbaek!!

nadi said...

hahahaha, sengal oh kauuu..
terima kasih :)

Anonymous said...

ilham..ak sdey.. T_T t;haru...tp ayt2 poyo ko tu mmg ak tabik spring abes la...HAHAHAHHA syg ko..