Saturday, October 6, 2012

Kantoi

Eh, rasa macam baru je update blog, haha, suka hati aku lah, blog aku. Okay, bak kata Cikgu Adha, mulalah nak meroyan.

Apa khabar anda, anda, dan anda hari ini? :)

Ehem, terharu rasanya bila ada yang menjadikan blog aku sebagai rujukan nak buat karangan Bahasa Inggeris, padahal ayat aku guna semua terabur-terabur bersepah, sesedap rasa sesuka hati je nak tulis. Terima kasih ye *tunduk gaya pelakon teater selepas buat persembahan*

Sebenarnya, aku boleh katakan hari ini HARI KANTOI PALING TERUK pernah aku alami dalam hidup aku. HAHA- sakit dah perut kalau nak gelak lepas tu taip HAHA tu panjang-panjang. Ehem, menggunakan CAPS LOCK pada perkataan yang nak di highlight, sekalung apresiasi ditujukan kepada hamba ALLAH yang menjadikan blog aku sebagai rujukan itu. Idea highlight ini diambil sempena Writing Assignment beliau :D Silalah terasa dan terharu. Hewhewhew.

Apa yang aku kantoi? Cerita bermula apabila Zairi SMS aku tentang kekantoian aku, waktu tu aku dah tidur. Haa, memang aku baca sejam selepas tu sebab terjaga. Aku ingatkan kantoi dengan Zairi je, bukan dengan orang yang aku tujukan post-post sebelum ni. Sangkaan aku meleset, rupanya dia yang mengkantoikan aku kepada Zairi. Heh. Blame the writing assignment or else I won't be caught red handed ! *tak nak mengaku salah sendiri, nak salahkan benda lain*

Sebab nak tengok macam mana format blog, dan beliau teringat bahawasanya aku ada sebuah blog yang cantik cun melecun lagi meletupsss, oh, hiperbola pula, maka dia membuka link blog ini. Dan poof ! Segala tulisan aku yang dah masuk arkib ni menjadi bahan bacaan beliau. Sabar je lah. Segan aku memang dah tahap dewa lah bak kata peminat-peminat komik Pedang Setiawan. Fuhh. Nasib baik member.

Kemudian beliau minta tolong periksa grammar dan edit sikit essay beliau. Maka, laptop beliau yang berjenama ACER tu di bawah kekuasaan aku. Muahahaha *sila masukkan gaya gelak watak jahat dari mana-mana filem* Tapi disebabkan aku baik, aku tak godeh laptop beliau sebagaimana beliau menggodeh isi perut laptop aku ! Oh, kesian LENOVO beta T-T Dan aku rasa mungkin beliau boleh dapat six-packs sebab gelakkan aku kaw-kaw. Sheesh. Dah kantoi blog, kantoi folder pulak. Lepas ni memang, aku kena kosongkan folder daripada sebarang perkara yang membolehkan budak-budak ni jadikan bahan untuk kenakan aku. Bahaya. Dah kau jangan nak hebah macam stesen radio apa kau gelakkan aku tadi.

Aku tak kisah sangat pun kena gelak, takat budak-budak ni, dah lali, dah kebal dah. Tak payah nak pakai bulletproof jacket semua. Kalau kantoi depan crush, apa aku rasa? Well, sincerely saying, aku tak ada crush-mrush ni. Haa :D Semua itu telah menjadi lipatan sejarah. Baik Lahuma, Ali Ketopi, Hanaoka Seishu, Salim Alwan, Abbas Hillu, Hamida *eh?* Syed Hasan mahupun Syed Hairi. Sekarang tinggal Izham Basyeer seorang sahaja :) Itu pun nak minta putus tahun depan :D

Oh, memandangkan dah terang-terangan kantoi, Syahiran, memang aku tuju post yang kali ini untuk kau ! Puas hati? :D

*A woman on search for everything*


:p





not Elizabeth Gilbert,
'cause I'm
ilhamnadia 

No comments: