Sunday, October 21, 2012

Bola oh bola


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? :D Teehee.

Ok, malas nak membebel mukadimah panjang2. Ceritanya bermula apabila aku dan 2 orang kawan nak pergi ke Perpustakaan Awam Seremban. Nak cari rujukan untuk Extended Essay kami. Yeah, serious case here. Dan, memandangkan kami tiada berkereta di kolej, hanya teksi lah nadi penyambung nyawa kami. Boleh nak jalan kaki, tapi tapi, keadaan cuaca yang tidak menentu, bahaya juga. Apatah lagi laptop dalam beg setiap seorang daripada kami.

Semasa dalam perjalanan, tiba2 pak cik teksi itu bersuara, "eh, malam ni bola kan?" Sekadar untuk memecah kesunyian antara kami. "Ha'ah" sepatah yang dijawab. Aku di tengah-tengah, kiri kanan budak Kelantan. Aku tak tahu kenapa, mood nak bercakap kurang pada petang tadi. Agak kasihan pada pak cik itu. Lantas beliau meneruskan bicara,


"Awak semua pernah pergi tengok bola?"


"Tak pak cik, dalam TV je."


"Minat bola?"


"Tak minat," jawab rakanku di sebelah. Aku tersengih. Nak kata aku minat, tak lah sampai obses, biasa-biasa sahaja. Taklah sampai fanatik kepada satu-satu pasukan.


"Dulu-dulu, saya suka juga tengok bola ni. Beli tiket semua. Tapi lama-lama saya fikir, rugi je. Kita penat-penat beli tiket, sorak-sorak, kalau menang, duit, tanah, habuan semua dapat kepada pemain. Yang penyokong ni? Apa pun tak dapat. Kalau kalah, lagi lah. Rugi je. Duit pun habis."


Oh, ada betulnya juga di situ. Satu sudut pandangan baru, sudut pandangan yang tak pernah aku lalui. Biasa tengok bola depan kaca televisyen. Itupun dalam rumah. Tanpa keriuhan, hiruk pikuk manusia yang memenuhi stadium.


"Pernah sekali saya pergi tengok di stadium. Orang atas baling mercun ke bawah, meletup betul-betul tepi telinga kawan saya. Pergh, berdosing", sambung beliau. "Nak tengok tu, tengok je lah. Tak payah sampai nak baling-baling mercun".


Aku terus diam. Hanya mampu senyum, tanda aku mendengar setiap butir bicara beliau.


Terus teringat cerita Ali kepadaku suatu masa dahulu. Dia ke Stadium Paroi menonton perlawanan bola sepak, antara Negeri Sembilan dan... ah, tak ingat pasukan apa lawannya itu. Ketika seronok menyokong, tiba-tiba seorang budak, dalam lingkungan usia 16 tahun terjatuh dari bahagian atas stadium. Jatuh pula berhampiran dengan tempat duduk dia dan rakan-rakan. Ngeri juga apabila cuba membayangkan.


Malam nanti Kelantan lawan ATM. Agak2, siapa yang menang? Adakah insiden bakar dan baling mercun akan berulang? Tepuk dada, tanya iman.



p/s: tahniah pasukan Red Warriors kerana menjadi juara dalam perlawanan semalam, walaupun drama swasta tetap berulang. You know what I mean.






No comments: