Awhhh, lamanya tak menjenguk daerah ni. Hikhik. Ehh, dah baru la blogger.com ni. Banyak cerita nak dikongsi tapi semua panjang, maka akan saya pendekkan. Heh heh.
2 minggu yang lepas, perasaan tak tenang tu masih menguasai diri, boleh la ye rujuk post2 yang sebelum ni. Sampai tak tahu apa yang perlu dibuat, apa yang perlu didahulukan, semua jadi huru hara. Pergi latihan bola jaring pun hari tak tenteram. Maka hari Khamis tu masa tengah dinner lepas training, tetiba je rasa nak melarikan diri dari kolej itu membuak-buak. Haaa. Terus tanya captain yang makan depan aku. Katanya, balik lah. Latihan esok dia boleh tolong cover. Bila fikir2 balik, tak sempat dah aku nak beli tiket nak balik malam tu juga, lagipun ada kelas Tasawwuf di surau. Tak apa. Esok ada. Jumaat tapi tak ada kelas. Untung jadi budak IB ni :3
Hari Jumaat tu, masa tengah jalan nak pergi kelas, telefon berbunyi. Cikgu Adha suruh jadi M.C untuk majlis bersama-sama delegates dari Indonesia. Ayyy, dah la emosi celaru. Terima je lah. Tak tenteram aku sepanjang majlis tu. Asyik tengok jam pada laptop depan aku. Haha. Bas pukul 10.30 pagi. 10.35 pagi baru majlis habis. Aduyaii. Tak nak balik malam, terus aku ajak Zairi merangkap classmate mulut tak ada insurans aku pergi Stesen Putra. Kebetulan dia pun nak balik, turun di Kuantan. Sampai pukul 1.30 petang, tiket yang ada pukul 3.45 petang. Tak nak ! Naik LRT pergi Puduraya. Dalam pukul 2.15 petang sampai. Terus beli tiket 2.30 petang. Haha. Determine gila cari tiket sebab tak nak sampai lambat. Sampai di Kuantan, adik yang jemput. Sebab balik ni pun senyap2. Beberapa orang je yang tahu. Punyalah ibu terkejut. Kehkeh. Collegemates semua mcm risau bila tahu aku bukan di kolej :') Tapi ada seorang manusia ni memang terer betul -.- boleh teka kat mana aku berada dengan tepat. Siap bagi sebab lagi. Kembar aku pun tak tahu aku ke mana. Aku cuma katakan, aku pergi mencari ketenangan. Cewahhh. Kemudian berkajang SMS aku terima daripada budak2 kolej. Hehe. Thanks ! Dan aku tanya la kembar aku, nak apa2 tak dari Terengganu, dan dia balas,
" semangat kau yang dulu. Tu je. "
Terharu aku bila baca :')
Ok dah, kemudian semangat aku telah kembali selepas beristirahat di rumah, keh keh. Khamis minggu depannya aku dan atlet2 KMS pergi ke Kulim. Karnival Sukan MARA atau lebih dikenali sebagai KASUKMA ! First time jejak Kedah, tapi Kulim ni dekat2 dengan Penang. Tak nampak la sawah padi indah terbentang luas :( Tak apa. Lain kali la jalan2 Kedah. Hewhew. Bas gerak hari Rabu, 10.30 malam, sampai sana Khamis dalam 5.00 pagi. Skip to the activities. Ada sukan badminton, catur, ping pong, bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, petanque, bowling dan tennis. Tahniah buat atlet2 KMS dengan keputusan :
catur (P) - emas
catur (L) - perak
badminton - gangsa
tennis - gangsa
Banyak lah cerita di sebalik KASUKMA ke-5 ni, tapi semua tu dah jadi lipatan sejarah. Kecewa sebab bola jaring tak menang? Haha, agak lah. Ditambah dengan kecederaan yang aku alami. Kihkih. Tak apa, bukan rezeki kami :) Oh, tak dilupa muka seorang demi seorang yang sunburn. Haha. Semua kulit tanned ala-ala mat salleh berjemur tepi pantai. Paling penting, aku dapat rasakan semangat kolej tu. Awwww ! Ok, dah penat aku bebel. Nah tengok gambar. Ni sikit je. Nanti kalau dah dapat banyak2, insyaALLAH aku letak.
dua atlet catur yang menang emas :D bukan yang pegang bendera dan sepanduk tu
some of the boys
some of the girls
till then, toodles !
No comments:
Post a Comment