Sunday, October 21, 2012

Bola oh bola


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? :D Teehee.

Ok, malas nak membebel mukadimah panjang2. Ceritanya bermula apabila aku dan 2 orang kawan nak pergi ke Perpustakaan Awam Seremban. Nak cari rujukan untuk Extended Essay kami. Yeah, serious case here. Dan, memandangkan kami tiada berkereta di kolej, hanya teksi lah nadi penyambung nyawa kami. Boleh nak jalan kaki, tapi tapi, keadaan cuaca yang tidak menentu, bahaya juga. Apatah lagi laptop dalam beg setiap seorang daripada kami.

Semasa dalam perjalanan, tiba2 pak cik teksi itu bersuara, "eh, malam ni bola kan?" Sekadar untuk memecah kesunyian antara kami. "Ha'ah" sepatah yang dijawab. Aku di tengah-tengah, kiri kanan budak Kelantan. Aku tak tahu kenapa, mood nak bercakap kurang pada petang tadi. Agak kasihan pada pak cik itu. Lantas beliau meneruskan bicara,


"Awak semua pernah pergi tengok bola?"


"Tak pak cik, dalam TV je."


"Minat bola?"


"Tak minat," jawab rakanku di sebelah. Aku tersengih. Nak kata aku minat, tak lah sampai obses, biasa-biasa sahaja. Taklah sampai fanatik kepada satu-satu pasukan.


"Dulu-dulu, saya suka juga tengok bola ni. Beli tiket semua. Tapi lama-lama saya fikir, rugi je. Kita penat-penat beli tiket, sorak-sorak, kalau menang, duit, tanah, habuan semua dapat kepada pemain. Yang penyokong ni? Apa pun tak dapat. Kalau kalah, lagi lah. Rugi je. Duit pun habis."


Oh, ada betulnya juga di situ. Satu sudut pandangan baru, sudut pandangan yang tak pernah aku lalui. Biasa tengok bola depan kaca televisyen. Itupun dalam rumah. Tanpa keriuhan, hiruk pikuk manusia yang memenuhi stadium.


"Pernah sekali saya pergi tengok di stadium. Orang atas baling mercun ke bawah, meletup betul-betul tepi telinga kawan saya. Pergh, berdosing", sambung beliau. "Nak tengok tu, tengok je lah. Tak payah sampai nak baling-baling mercun".


Aku terus diam. Hanya mampu senyum, tanda aku mendengar setiap butir bicara beliau.


Terus teringat cerita Ali kepadaku suatu masa dahulu. Dia ke Stadium Paroi menonton perlawanan bola sepak, antara Negeri Sembilan dan... ah, tak ingat pasukan apa lawannya itu. Ketika seronok menyokong, tiba-tiba seorang budak, dalam lingkungan usia 16 tahun terjatuh dari bahagian atas stadium. Jatuh pula berhampiran dengan tempat duduk dia dan rakan-rakan. Ngeri juga apabila cuba membayangkan.


Malam nanti Kelantan lawan ATM. Agak2, siapa yang menang? Adakah insiden bakar dan baling mercun akan berulang? Tepuk dada, tanya iman.



p/s: tahniah pasukan Red Warriors kerana menjadi juara dalam perlawanan semalam, walaupun drama swasta tetap berulang. You know what I mean.






Monday, October 15, 2012

Everything is new !



السلام عليكم


A new header, a new template, a new URL, a new name. Everything is brand new. Like furnishing my own house with latest furniture available in market. Oh, wait. Why did I change everything about this blog in the first place?

Well, referring to my old header, yeah, the strawberry sundae and wedges which had been decorating this one and only personal space of mine to write anything that crossed my mind, I found out it was quite unsuitable for me to post Quran verses in my blog with that footwear on top of it. *kindly refer to my last post*

Before this, I used the Malacca Sultanate hierarchy statuses to address these fellow followers, previous post, etc. It was kinda boring actually. Stereotype. Typical. Lame. Yeah, big L for me ! In the eyes of an artist, well, I guess, though I only sketched using my pencil instead of producing those awesome majestic paints that were produced during Renaissance era, I took terms that were usually used in this field, instead. And I liked them very well.

The background, ehem, it's not that I didn't want to go to Amsterdam anymore ! Nay ! It will always be on my wish-list *future husband please take note* But after seeing it for a long period of time, I realized that, SERABUT JUGA MATA MEMANDANG BACKGROUND AKU NI -.- So, a plain one was the best alternative :D

In order to keep my privacy private *only after a year and ten months* I changed the URL. Sorry for the inconvenience. Sometimes, I need to secure my details, even my name *bajet retis*

So, it's quite simple, the new face of my site here, but yeah, who cares? :)




Thursday, October 11, 2012

47 : 7







Terjemahan : Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kejayaan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Translation : O ye who believe ! If ye will aid (the cause of) Allah, He will aid you, and plant your feet firmly.





Saturday, October 6, 2012

0610



7 years and still counting :)

It was 12.01.2006 when we first met. Yes, I still remember the date. You're so not familiar to me. Indeed. Yet, we became closer and closer, day by day. Many things were done together. Ah, what a beautiful life we had.

Grew up together, changes could be seen, although it's so slight, but yes, we're turning into an adult. But, that didn't make any difference. I loved you and vice versa. Need not to say it verbally, we knew it by ourselves.

It was the day when we parted. After 5 years living together, under one roof. Memories created were so dear to me, until today. You taught me a lot of things. Being the second eldest, most of the times you were acting more matured than me. Not denying, I was a little bit childish, up until now. We completed each other, that's why you're always in my heart !



HAPPY BIRTHDAY HERMANAS0610 !











I love you guys, really, I treasure our moments together, forever and always.



p/s: Sorry yang tak ada dalam gambar ye.




#002
ilhamnadia






Kantoi

Eh, rasa macam baru je update blog, haha, suka hati aku lah, blog aku. Okay, bak kata Cikgu Adha, mulalah nak meroyan.

Apa khabar anda, anda, dan anda hari ini? :)

Ehem, terharu rasanya bila ada yang menjadikan blog aku sebagai rujukan nak buat karangan Bahasa Inggeris, padahal ayat aku guna semua terabur-terabur bersepah, sesedap rasa sesuka hati je nak tulis. Terima kasih ye *tunduk gaya pelakon teater selepas buat persembahan*

Sebenarnya, aku boleh katakan hari ini HARI KANTOI PALING TERUK pernah aku alami dalam hidup aku. HAHA- sakit dah perut kalau nak gelak lepas tu taip HAHA tu panjang-panjang. Ehem, menggunakan CAPS LOCK pada perkataan yang nak di highlight, sekalung apresiasi ditujukan kepada hamba ALLAH yang menjadikan blog aku sebagai rujukan itu. Idea highlight ini diambil sempena Writing Assignment beliau :D Silalah terasa dan terharu. Hewhewhew.

Apa yang aku kantoi? Cerita bermula apabila Zairi SMS aku tentang kekantoian aku, waktu tu aku dah tidur. Haa, memang aku baca sejam selepas tu sebab terjaga. Aku ingatkan kantoi dengan Zairi je, bukan dengan orang yang aku tujukan post-post sebelum ni. Sangkaan aku meleset, rupanya dia yang mengkantoikan aku kepada Zairi. Heh. Blame the writing assignment or else I won't be caught red handed ! *tak nak mengaku salah sendiri, nak salahkan benda lain*

Sebab nak tengok macam mana format blog, dan beliau teringat bahawasanya aku ada sebuah blog yang cantik cun melecun lagi meletupsss, oh, hiperbola pula, maka dia membuka link blog ini. Dan poof ! Segala tulisan aku yang dah masuk arkib ni menjadi bahan bacaan beliau. Sabar je lah. Segan aku memang dah tahap dewa lah bak kata peminat-peminat komik Pedang Setiawan. Fuhh. Nasib baik member.

Kemudian beliau minta tolong periksa grammar dan edit sikit essay beliau. Maka, laptop beliau yang berjenama ACER tu di bawah kekuasaan aku. Muahahaha *sila masukkan gaya gelak watak jahat dari mana-mana filem* Tapi disebabkan aku baik, aku tak godeh laptop beliau sebagaimana beliau menggodeh isi perut laptop aku ! Oh, kesian LENOVO beta T-T Dan aku rasa mungkin beliau boleh dapat six-packs sebab gelakkan aku kaw-kaw. Sheesh. Dah kantoi blog, kantoi folder pulak. Lepas ni memang, aku kena kosongkan folder daripada sebarang perkara yang membolehkan budak-budak ni jadikan bahan untuk kenakan aku. Bahaya. Dah kau jangan nak hebah macam stesen radio apa kau gelakkan aku tadi.

Aku tak kisah sangat pun kena gelak, takat budak-budak ni, dah lali, dah kebal dah. Tak payah nak pakai bulletproof jacket semua. Kalau kantoi depan crush, apa aku rasa? Well, sincerely saying, aku tak ada crush-mrush ni. Haa :D Semua itu telah menjadi lipatan sejarah. Baik Lahuma, Ali Ketopi, Hanaoka Seishu, Salim Alwan, Abbas Hillu, Hamida *eh?* Syed Hasan mahupun Syed Hairi. Sekarang tinggal Izham Basyeer seorang sahaja :) Itu pun nak minta putus tahun depan :D

Oh, memandangkan dah terang-terangan kantoi, Syahiran, memang aku tuju post yang kali ini untuk kau ! Puas hati? :D

*A woman on search for everything*


:p





not Elizabeth Gilbert,
'cause I'm
ilhamnadia 

Tuesday, October 2, 2012

2 weekends not in college

Assalamualaikum *gaya Anwar Hadi*

Awhhh, lamanya tak menjenguk daerah ni. Hikhik. Ehh, dah baru la blogger.com ni. Banyak cerita nak dikongsi tapi semua panjang, maka akan saya pendekkan. Heh heh.

2 minggu yang lepas, perasaan tak tenang tu masih menguasai diri, boleh la ye rujuk post2 yang sebelum ni. Sampai tak tahu apa yang perlu dibuat, apa yang perlu didahulukan, semua jadi huru hara. Pergi latihan bola jaring pun hari tak tenteram. Maka hari Khamis tu masa tengah dinner lepas training, tetiba je rasa nak melarikan diri dari kolej itu membuak-buak. Haaa. Terus tanya captain yang makan depan aku. Katanya, balik lah. Latihan esok dia boleh tolong cover. Bila fikir2 balik, tak sempat dah aku nak beli tiket nak balik malam tu juga, lagipun ada kelas Tasawwuf di surau. Tak apa. Esok ada. Jumaat tapi tak ada kelas. Untung jadi budak IB ni :3

Hari Jumaat tu, masa tengah jalan nak pergi kelas, telefon berbunyi. Cikgu Adha suruh jadi M.C untuk majlis bersama-sama delegates dari Indonesia. Ayyy, dah la emosi celaru. Terima je lah. Tak tenteram aku sepanjang majlis tu. Asyik tengok jam pada laptop depan aku. Haha. Bas pukul 10.30 pagi. 10.35 pagi baru majlis habis. Aduyaii. Tak nak balik malam, terus aku ajak Zairi merangkap classmate mulut tak ada insurans aku pergi Stesen Putra. Kebetulan dia pun nak balik, turun di Kuantan. Sampai pukul 1.30 petang, tiket yang ada pukul 3.45 petang. Tak nak ! Naik LRT pergi Puduraya. Dalam pukul 2.15 petang sampai. Terus beli tiket 2.30 petang. Haha. Determine gila cari tiket sebab tak nak sampai lambat. Sampai di Kuantan, adik yang jemput. Sebab balik ni pun senyap2. Beberapa orang je yang tahu. Punyalah ibu terkejut. Kehkeh. Collegemates semua mcm risau bila tahu aku bukan di kolej :') Tapi ada seorang manusia ni memang terer betul -.- boleh teka kat mana aku berada dengan tepat. Siap bagi sebab lagi. Kembar aku pun tak tahu aku ke mana. Aku cuma katakan, aku pergi mencari ketenangan. Cewahhh. Kemudian berkajang SMS aku terima daripada budak2 kolej. Hehe. Thanks ! Dan aku tanya la kembar aku, nak apa2 tak dari Terengganu,  dan dia balas,

" semangat kau yang dulu. Tu je. "

Terharu aku bila baca :')

Ok dah, kemudian semangat aku telah kembali selepas beristirahat di rumah, keh keh. Khamis minggu depannya aku dan atlet2 KMS pergi ke Kulim. Karnival Sukan MARA atau lebih dikenali sebagai KASUKMA ! First time jejak Kedah, tapi Kulim ni dekat2 dengan Penang. Tak nampak la sawah padi indah terbentang luas :( Tak apa. Lain kali la jalan2 Kedah. Hewhew. Bas gerak hari Rabu, 10.30 malam, sampai sana Khamis dalam 5.00 pagi. Skip to the activities. Ada sukan badminton, catur, ping pong, bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, petanque, bowling dan tennis. Tahniah buat atlet2 KMS dengan keputusan : 

catur (P) - emas 
catur (L) - perak
badminton - gangsa
tennis - gangsa

Banyak lah cerita di sebalik KASUKMA ke-5 ni, tapi semua tu dah jadi lipatan sejarah. Kecewa sebab bola jaring tak menang? Haha, agak lah. Ditambah dengan kecederaan yang aku alami. Kihkih. Tak apa, bukan rezeki kami :) Oh, tak dilupa muka seorang demi seorang yang sunburn. Haha. Semua kulit tanned ala-ala mat salleh berjemur tepi pantai. Paling penting, aku dapat rasakan semangat kolej tu. Awwww ! Ok, dah penat aku bebel. Nah tengok gambar. Ni sikit je. Nanti kalau dah dapat banyak2, insyaALLAH aku letak.



dua atlet catur yang menang emas :D bukan yang pegang bendera dan sepanduk tu

some of the boys

some of the girls




till then, toodles !