Malam itu, bas akan bertolak ke Seremban. Angah dapat gaji, maka Angah belanja makan tom yam kelapa kat pantai Chendor. Macam mana tom yam kelapa?
gambar dirembat daripada Encik Google semata-mata |
tapi semalam makan tom yam ayam sebab Kak Lang perlu pantang seafood. Eczema dia makin teruk. Semoga cepat sembuh ya, insyaALLAH.
Maka malam itu pergi naik bas, ditemani Along dan Angah. My two brothers. Ibu tak ikut. Tunggu punya tunggu bas tak sampai2. Jam sudah melepasi angka 12. Dan hujan pun turun membasahi bumi. Dan bila tiba sahaja bas SP Bumi 2 tingkat, kaki ini terus melangkah naik, menghulurkan tiket. Tidak pasti mengapa tidak bertanya ke mana destinasi bas itu meskipun bas-bas sebelum ini memang ditanya ke mana destinasi di tuju. Mungkin yakin konduktor bas itu telah meneliti tiket dengan betul. Jika tidak, masakan diceraikan bahagian yang perlu dia simpan daripada tiketku itu?
Naik bas, seat 33 kosong, terus duduk, Along dan Angah dah gerak balik, belum pun bas bertolak. Dan pabila bas mula bergerak, doa dibaca, lalu mata mula terlena dek kesejukkan pengdingin hawa dan hujan di luar.
Setibanya di destinasi, bas berhenti. Terpisat-pisat diri ini bangun melihat ke luar, di manakan tempat ini? Yang pasti, bukan Terminal 1, Seremban. Toleh belakang, KOSONG ! Lantas berpaling ke kanan, si ibu sedang mengejutkan anak kecilnya, mengatakan mereka sudah sampai, tapi di mana ini? Dan aku memberanikan diri bertanya,
"Kak, ni dekat mana ni?"
"Larkin, dik."
"Hah? LARKIN?"
"Kenapa, adik nak turun kat mana?"
Tidak mahu memanjangkan cerita, lantas aku berkata,
"Betullah kak, saya nak balik kampung",
Beg dicapai, kaki terus melangkah turun dari bas, surau kucari bagi menunaikan kewajipan seorang Muslim.
Ini kali ketiga aku berada di Terminal Bas Larkin, kali pertama untuk ke Singapura, kali kedua setelah pulang dari Singapura. Itu pun 2 tahun yang lalu, bersama-sama nenek dan bapa saudaraku.
juga ihsan Encik Google |
Telefon ibu di rumah, cakap sampai di Larkin, tahulah lepas tu apa kan. Tapi dah tanya pak cik dekat kaunter tu, katanya 7.30 pagi ada bas ke Seremban.
Usai solat, berehat-rehat sementara menunggu pukul 7.00 pagi. Sempat juga update status di Facebook dan Twitter. Supaya rakan2 boleh beritahu warden andai lambat sampai ke kolej. Tiba-tiba, telefon berdering, ibu cakap dah bagitahu Mak Cik Ti. Tunggu sampai dia datang. Letak je telefon, bunyi lagi sekali, kali ni Mak Cik Ti yang telefon. Dan aku terus menunggu sehingga beliau datang.
Sementara menunggu, ada seorang mak cik ini menegur. Berdasarkan uniform yang dipakai olehnya, aku menganggak beliau merupakan pekerja di situ. Seperti biasa tanya dari mana, nak ke mana, sekolah kat mana, dan yang sewaktu dengannya. Sebelum pergi, beliau sempat berpesan supaya aku belajar elok-elok dan kata-katanya terakhirnya ini membuatkan aku terkesima seketika.
"Banyakkan berdoa dik, insyaALLAH makbul suatu hari nanti."
Ya, doa itu senjata umat Islam. Masakan aku terlupa itu. Ya Allah. terima kasih kerana mengingatkan aku semula tatkala diri ini terleka dan terlupa :') Sungguh, Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Bila Mak Cik Ti dengan Abah (ini suami beliau) sampai, kita cari tiket dulu. Tu penting ! Ada yang bas pukul 9.00 pagi, 9.30 pagi, err, setiap setengah jam lah senang cakap, tapi kami decided nak beli yang pukul 12.30 tengah hari sebab aku cakap nak melawat nenek dengan atuk dulu. Lama sangat tak jumpa. Last sekali, raya tahun lepas. Betul, raya. Setiap tahun pun macam tu.
Setibanya di rumah atuk dan nenek, aku dapat lihat riak terkejut pada muka mereka. Manakan tidak, cucunya yang seorang ini muncul entah dari mana, tiba-tiba je. Hehe. Keadaan nenek boleh dikatakan lebih uzur berbanding atuk. Mungkin gara-gara penyakit yang dihidapi beliau. Apa yang aku mampu ialah, mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Kemudian, datang Mak Uda dan sepupuku, Kak Ied.
Mereka beriya mahu menghantarku ke Terminal Larkin kerana tidak mahu menyusahkan Mak Cik Ti yang ingin pulang ke Tiram. Dugaan Allah kepada kami kemudiannya, tayar kereta Kak Ied pancit. Tercucuk skru. Ya, aku pasti itu bukan paku tetapi skru. Yakin ! Dan ada anak muda yang baik hati tolong tukarkan tayar. Bila dihulur duit sebagai upah, katanya, "saya ikhlas kak" dan berlalu pergi. Mak Uda terus berdoa agar anak muda itu dimurahkan rezekinya. Mana nak jumpa manusia zaman sekarang yang tolong tapi tak mahu balasan? Agak susah, boleh saya katakan. Lagi-lagi orang yang tidak dikenali.
Alhamdulillah, sempat juga naik bas untuk pulang ke Seremban pada jam 12.20 tengah hari. Tapi bas bergerak pukul 1 petang. Setengah jam lewat dari waktu sebenar. Pukul 5 petang kaki berpijak di Bumi Seremban kembali :D Menuju ke surau KTM lalu pulang ke kolej.
Setibanya di kolej, aku merasakan diri ini seperti mangsa banjir. Ada je yang datang tanya keadaan, macam mana boleh sampai Johor, etc. Hihi. Tapi itu tanda mereka sayang. Terima kasih semuaaa. Love you all.
Kata orang, setiap kejadian pasti ada hikmahnya, dan ya, saya setuju. Kejadian yang menimpa saya ini, saya dapat berjumpa dengan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa terutama atuk dan nenek, witnessed kindness of a stranger, or should I say, strangers? Dah reti macam mana nak tukar tayar kereta :3 Dah tahu jalan kat Johor ni sikit2, dan juga jalan pintas ke Terminal Bas Larkin untuk elak jalan sesak.
Oh, skemanya bahasa, tapi pedulilah. Saya tak suka ejaan rempit2. Cintailah bahasa ibunda kita :)
p/s: thanks Alia, A'isyah, Ilham, Memey, Arif Mukhriz for your concern.
Not to forget Ibu and all my family members. Thank you so much <3
Not to forget Ibu and all my family members. Thank you so much <3
No comments:
Post a Comment