Monday, April 16, 2012

inspeksi

Banyak cikgu tak puas hati dengan - kesnya rahsia - tapi berkaitan dengan hostel. Bukan banyak, semua, betul, semua, SEMUA ! Lantas Pak Lan beritahu pada Jumaat lepas nak pergi hostel kami dan periksa kekemasan setiap bilik. Siapa tak cuak oi. Dan perkara itu akan berlaku sesuka hati, sesedap rasa beliau.

Maka, tadi sesi mentor mentee, sesuatu yang mengejutkan kami telah berlaku. SEMUA MENTOR pergi ke hostel untuk periksa bilik mentee-mentee. Wuuuuu. Semua dah cuak. Jantung berdebar2. Muka kalau toreh dengan pisau maw tak berdarah. Maka, barulah cikgu2 ini tahu akan keadaan hostel anak2 didik mereka. Kihkihkih. Maka mentee-mentee ini ibarat pengawas2 yang kena bawak pelawat2 datang melawat hostel, kalau masa sekolah dulu. Hahahaha. Lawak. Tapi tu tanda cikgu sayang. Cikgu masih ambil berat. Dan, aku punya katil dan loker lepas. Hewhew. Alhamdulillah.

2 comments:

D-SIM said...

erk ?
kalau x lepas ?

nadi said...

Ini lagi satu komen aku baru perasan masuk kat spam. Hewhew. Kalau tak lepas? Kena bebel la dengan cikgu. HAAHAHAHA. Tapi bebel sayang aa.