Thursday, June 6, 2013

Selepas IB, sebelum meninggalkan Seremban


Hai yu olssssssssssssss. Hahahaha. Malam ni baru datang aura rajin nak menulis blog. Fuhh fuhh. Sorry la macam dah berhabuk sikit. Ye la, sekarang dah bekerjaya, dah busy banyak, bukan sikit.

Sila bersabar dan baca entry merepek hasil bebelan aku secara bertulis, ya? Hihihi. Okayy perangai aku memang macam terencat sikit ala-ala terlebih glukosa ataupun terlebih excited macam terambil dos extacy berlebihan.

Mula2 tu macam malas je nak tulis pasal dinner batch hari tu, tapi ada lah member aku ni tanya, maka aku tulis lah ye. Memandangkan aku dah kutip sini sikit, sana sikit gambar. Al-maklumlah budak2 zaman sekarang, kamera semua canggih2. Aku je telefon Nokia buat baling anjing tu ha.

So, our grand dinner was on 22nd of May 2013 which was held at Thistle Port Dickson Resort. The theme colour was blue-green. Oh, baiklah aku beralih kepada bahasa ibunda. Bukan mood untuk poyo2 berbahasa kedua. Maka, begitulah. Aku dan hampir kesemua budak2 ni tak pernah pun sampai hotel ni. Lobi dia, subhanallah, cantik ! Biasalah dah hotel taraf 5 bintang kan. Tapi, ish, memang cantik. Kalau datang malam la. Kalau siang mungkin biasa je. Nampak tak penataan pencahayaan itu penting. Hewhew.

Maka majlis diteruskan dengan kehadiran pensyarah2 dan aktiviti makan2, pemberian hadiah kenang-kenangan, serta menangkap gambar satu batch. Haa gitu. Dalam pukul 10.30 malam, berangkat pulanglah pensyarah2 kerana esoknya hari Khamis. Ada kelas okayy. Ehem. Pensyarah dah balik. It's the time to partyyy !! Yeah ! Maka disambung dengan majlis tak rasmi antara students je. Biasalah kalau majlis gini mesti ada award winning ceremony ke hapa entah nama dia, tak gitu?

Maka, majlis diserahkan kepada Zairi dan Faiq. Dan anugerah yang memang tak pernah nak terfikir dek akal. Haha.


  • Anugerah Electroshock : Pemenang berdasarkan karakter yang ibarat terkena renjatan elektrik, otak tak berapa nak center. Hehe.
  • Anugerah Ironlady : Anugerah untuk perempuan, obviously, yang gagah perkasa, boleh buat semua benda sendiri :3
  • Anugerah Ibu tunggal : Sekali lagi anugerah untuk perempuan. Pemenang berdasarkan sifat keibuan, orang selalu datang mengadu nasib. Kenapa ibu tunggal? Tanya Zairi.
  • Anugerah Suami Mithali : Haa, yang ni khas untuk boys. Memiliki ciri2 sebagai seorang bakal suami mithali. Haaa.
  • Anugerah Lebai Malang Bertimpa-timpa : Perlu ke aku terang kriteria dia? Rasanya nama anugerah tu dah menyeluruh.
  • Anugerah Penglipur Lara Panjang Berjela-jela : Anugerah untuk seseorang yang kalau nak bercerita mesti panjang berjela, padahal point dia tu sikit je. Pusing2 dulu cerita baru sampai main topic.
  • Anugerah Guardian Angels : Penjaga kitorg selama kat KMS. Special untuk batch leader dan assisstant beliau :D

Maka kemudiannya adalah sesi bergambar sesama sendiri. Kedua-dua kelas BT macam nak up sikit kan, pergi la tangkap gambar kat pentas. Kelas kau jahh. Haa. Aku tak nak cerita panjang. Masing2 ingat la akan apa aktiviti sendiri buat. Nak2 aktiviti menyiapkan cenderamata cikgu dalam bas. Ekekekeke. Memang dasar batch spaghetti bridge

Oh, paling aku tak tahan kat hotel ni surau dia. "Surau paling jahil pernah aku jumpa", bak kata roommate aku. Mana tak, dah la 1 pintu, lelaki dan perempuan sebelah2, pemidang dia berlubang2. Konon la kreatif. Konon. Aku pun tak faham kenapa macam tu surau dia. Hmm. Penyelesaian? Kitorg gantung je baju2 dinner ni kat pemidang tu, biar tertutup sikit. Tsk tsk. 

Haa, nah nah tengok la gambar aku yang aku dah kutip2 ni :D


 Ehem, the banner :3

 I always love to see pictures of desserts. Nampak cantik tapi manis !

 The ballroom

My beloved batchmates and lecturers, though some of them couldn't join us :'(

BT72; nampak tak bergambar kat pentas tu

BT71; 16/21

my Hermanas0610 :)


Ni lah seba sedikit gambar yang boleh nak letak. Yang lain buat kenangan dalam hati je. Ihiks. Terima kasih Mama Peah kerana sudi menyumbangkan gambar untuk dimuatkan ke dalam blog saya yang agak simple tapi cantik ni. Hahahahaha.


*****


Moh la kita beralih kepada aktiviti seterusnya, Bito Tata Negara, atau lebih dikenali sebagai BTN. Haa gitu. So, kem kami dia Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Sepang. Masa dapat tahu kem kami dipindahkan dari KLIA ke Sepang, lebih spesifik, Sungai Pelek, aku macam, duhh, Sungai Pelek. Sepang. Aku akan kembali ke daerah itu sekali lagi. 5 tahun bermukim di sana. Tidak tahu rindu atau apa. Yang pasti aku maklum akan suhu tinggi di kawasan tersebut. Amat maklum.

Jadi, aku dan Elia memulakan perjalanan kami dengan menaiki KTM ke Bandar Tasik Selatan untuk ke rumah Syara. Dari rumah Syara, ada si Tiha sekali, abangnya Syara hantar kami ke Tanjung Rhu. Oh maiii, dalam gila kem tu. Maksudnya, macam pedalaman. Haaa. Paling best, sampai2 tu orang dah dekat2 nak taklimat. Kitorg pakai la jeans apa semua, rupanya kena pakai baju kurung. Bilik tak dapat lagi. Gelabah la kau nak salin baju semua. Mujur ada baju kurung tak payah gosok :3 Sarung je la walaupun selekeh. Aku tak boleh terima hakikat aku berpakaian selekeh pada hari tersebut. Tsk tsk.

Kem kami turut disertai oleh pelajar2 dari Taylor's dan MSU. *lambai2* Tapi budak2 KMS la dominant, 95 orang. Terus kepada penghulu, yeahhh, Ashmeer !! xD Salam sebagai timbalan dan Jiha penolong. Haa. Jangan main2 :3 Walaupun secara paksa rela, mereka dah jalankan tugas sebaik mungkin. Give a big clap to them :D

Okay, pagi dan petang mesti ada kawad kaki. Alamak lahai lama bonar dah den tak kawad semua ni. Zaman sekolah dulu je. Tu pun kadang2. Sebab memang tak la muka aku masuk perbarisan hari sukan. Saja sebok2 tu betul.

Okayy, sepertimana beberapa blog, konon, padahal 2 je, yang aku baca tentang BTN ni, memang betul tak ada langsung sesi brainwash bak kata mat salleh. Serious tak tipu. Tapi satu la pesanan aku, pergi mesti dengan fikiran terbuka dan niat untuk menuntut ilmu. Kalau tak, mungkin akan ada sesetengah pihak yang akan menolak input2 yang diberikan oleh fasilitator.

Aktiviti2 yang dijalankan? Mantap meletup oh wow ! Haha. Tak cliche. Sangat berbeza dengan kem2 yang aku pernah pergi. Oh, kalau awak awak dan awak pernah pergi BTN semasa zaman sekolah, sila lupakan. BTN kali ini memang tak sama. Bak kata kawan2 yg pernah pergi waktu sekolah menengah dulu la. Banyak pengajaran yang aku dapat. Banyak juga benda2 yang membuka mata aku. Terutama tentang Malaysia. Kata orang, "Saya dah tahu tentang Malaysia, saya cintakan negara ini." Tapi sebenarnya TAK! Banyak yang aku tak tahu tentang Malaysia. Banyak sebenarnya. Banyak.

Sebenarnya aku malas nak tulis apa aktiviti yang dah dijalankan, iyolah, nanti kantoi la dengan bebudak yang bakal ke BTN. Sikit2 boleh la, yang aku rasa kem lain tak boleh nak buat. Macam jejalan ambil angin tepi pantai Tanjung Rhu petang2, haaa, gitu, takpun, main hoki terbang dengan Pak Ajis. Itu LEGEND !

Apa-apa pun, terima kasih kepada penyelaras program, jurulatih-jurulatih dan fasilitator-fasilitator serta semua yang terlibat dalam kem BTN yang saya sertai. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada memori dalam hidup saya. :')

p/s: kepada rakan2, selamat maju jaya. InsyaALLAH semua fly. Oh, jangan lupa untuk kembali berkhidmat di tanah air tercinta ini :D



my groupmates and I :')

wait ! Tasha tak nampak dalam gambar di atas.

Cik Tasha Manshahar, eh tak. Tasha je :D satu-satunya pelajar MSU dalam kumpulan 3


Inilah Cik Tiha yang selalu sponsor gambar untuk blog ini. Hekhek.


my red gang :)

entah bila nak jumpa lagi budak kecik ni :')




Biar kenangan kali ini tersemat di hati, ihiks. Ini lah entri paling lama aku nak siapkan. Dah berhari2 menulis. Ish ish. Terima kasih kepada Nanad Donat, eh, tak tak, Nanad cun atas kesudian berkongsi 2 keping gambar di atas. Yang lain guna telefon aku. Walaupun telefon aku darjat boleh baling anjing, tapi boleh la nak ambil gambar sikit2.





anak Malaysia,
nadi



No comments: