Haiii yu ollsssss ! Ehem. Haiiiii. *lambai2 tangan* I'm back !!
Back kejadahnya bukan ke baru hapdet blog nya haa? Okayy chill chill. Ini kan kawasan di bawah kekuasaan aku. Suka hati aku lah nak update banyak2 pun. Haha. Tak tak. Main2 je. Sebab ada benda nak ditulis, maka aku tulis lah. Kalau tak, memang lah nasib blog ni tak terbela. Tsk tsk.
Okayy, kalau the previous post was about my classmate, this time, it is again about a classmate of mine, yet another person. Haha. Rosak betul penggunaan bahasa aku. Memang dah macam rojak -,- Aku cuba lah sedaya upaya untuk tulis dalam bahasa ibunda tercinta :D
Lepas habis final exam kira2 sebulan yang lalu, aku dah buat keputusan nak sambung balik la menulis blog setelah 'berpuasa' berbulan-bulan lamanya. Jadi aku nyatakanlah hasrat ini kepada seorang mamat ni merangkap kawan baik hidup mati aku la kononnya kat kolej tu. Tambahan pula, pada waktu tersebut aku tak tahu nak tulis pasal apa. Dan skill menulis macam dah berkarat. Ye lah, lama tak tekan papan kekunci kan. Dan jawapan dia mudah je. "Tulis pasal aku :D" Eh eh. Dah blog aku ni jadi tempat promote dia pulak. Haha. Tapi aku taklah dah lama tak tulis tetiba nak tulis pasal dia kan. Buang tebiat benor.
Jadi setelah memikirkan dan menimbangkan beberapa aspek, cewahh, aku buat keputusan untuk penuhi hasrat beliau sempena hari jadi beliau yang ke-20 ni. Haa. Anggaplah ni hadiah daripada aku. Tsk tsk. Akhirnya sebaya pun kita. Ohh, ni bukan kali pertama beliau dipromote dalam blog. Dulu pernah juga dirinya dipromote dalam blog ibu saudara beliau. Hehe. Google sendiri kalau nak tahu sangat.
Ye lah, budak hensem, pandai, rajin, star sukan, alim pun boleh tahan, kan?
Apa yang aku nak tulis pasal dia ni sebenarnya? Well, banyak. Banyak sangat kalau ikutkan. Tapi aku pun tak tahu sebenarnya bahagian mana yang aku nak tulis. Hmm. Baik aku straight to the point dulu. Ye dak?
Ehem.
A 'happy 20th birthday' shoutout to my bestfriend Muhammad Syahiran bin Noor Azman, there in metropolitan Labis. *insert ayat2 klise ucapan untuk hari jadi*
Sempena hari berbahagia ini, aku ada benda special sikit untuk ko. Sikit je la. Tak banyak pun.
Setelah puas menggodeh laptop dan pendrive aku, akhirnya aku terjumpa la khazanah yang dah berkurun ni. Tak tahu la masa kau godeh laptop aku suatu ketika dahulu jumpa ke tak ;p
p/s: Jangan risau, aku pilih yang comel-comel je, macam permintaan kau tu.
Semester 1
Fokus utama : Beba yang comel, kucing Teacher Mazrah.
Semester 2
WISPI ni dah tak jadi kelas kan? :'D
Karyotyping !
Semester 3
Haha, sem 3 punya gambar ni aku amek dari orang.
Gambar kau yang ada pun masa KASUKMA.
Semester 4
Gambar bajet comel xD
Well, ko tengok la sendiri apa-apa perubahan based on semua gambar yang aku letak ni. Tsk tsk. Besar dah anak umi ni.
Oh, ada jugak benda ni.
Dipetik daripada account Twitter si Azam. Tapi jangan risau. Aku punya dah lama deactivate. Ni sebab dia tak private, boleh aku amek gambar ni. Katanya, GENTLEMEN WEAR THIS.
Somehow macam,
Ke tak? Tapi macam ye. Oh, tahniah la. Anda telah berjaya berpakaian seperti seorang gentleman ! *tepuk tangan*
Haha. Apa benda banyaknya aku membebel ni.
Okayy. Last one,
aku rasa, kau paling stail dalam gambar ni.
Terima kasih Ipin bagi aku selongkar album dia untuk gambar ni.
Haha, Syahi, aku rasa aku tak perlu nak cakap banyak dah. Nanti keluar ucapan2 klise. Tak best. Kau dah besar, dah boleh fikir dan agak apa aku nak pesan. Kan?
Benda paling significant yang kau ada is your smile. Yang ni aku tak tipu. Haha. Gaya macam selalu menipu je aku ni -.- Jadi selalu2 la senyum eh. Jangan nak buat muka ketat sangat. Nanti ada la yang takut nak tegur ;p
Again, a happy 20th birthday to you. May Allah bless you always :)
kakak wedges cantik,
nadi
2 comments:
OMG! I cried reading this! Cehh tak lah. Happy birthday syahiran!
awesome la syahiran.. semakin berstail la geng kita ni
Post a Comment