Tuesday, May 21, 2013

Merdeka !


Assalamualaikum and good evening yu olls. Haha. *sila baca post kali ini dengan nada yang gembira tahap umphhhh !! *

Alhamdulillah, tepat jam 3.05 petang, 21 Mei 2013, saya telah selamat bergelar bekas calon International Baccalaureate (IB). *sujud syukur* Kalau tak tahu apa itu IB, mohon Google ya :D Yeah, setelah begitu lama, err, tak lah lama mana, tapi lama la juga 2 tahun tu, mengharungi perit jerih penat lelah berhempas pulas menyiapkan assignments yang due setiap minggu belum bercampur dengan aktiviti segala benda yang diperlukan bawah komponen IB, akhirnya saya dan rakan-rakan bebas. Dalam erti kata, buat sementara waktu, bebas daripada menghadiri kelas, menelaah buku-buku pelajaran dan yang seangkatan dengannya.

Tapi, belum bebas sepenuhnya daripada cengkaman IB ni. Tunggulah sehingga keputusan keluar pada 5 Julai nanti. Err. Hanya mampu berdoa dan bertawakal. Usaha dah usaha. Sekarang kita serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa. InsyaALLAH.


Muka-muka gembira dah habis exam !

Jadi untuk 'meraikan' kebebasan kami ini petang tadi, sebaik sahaja tamat peperiksaan terakhir, terus ke AEON Seremban 2. Nak buat cemana, geng2 Math HL exam petang, budak2 Business dah keluar lepas habis exam pagi tu. Ahh, tak kisah lah.

Aktiviti? Bermain bowling. Haha. Penat bermain bowling sambil tergelak-gelak besar. Kata Tiha, "Nasib baik dah habis exam, habis ilmu keluar gelak macam ni." Baru 8 orang pemain, seorang tukang ambil gambar dah penat gelak je, macam mana? 

Team A : Salam, Azim, Ashmeer, Puteri


Team B : Sofia, Tiha, Jazz, Nadi



Oh, Sofia tu anak lecturer kami, Puan Hindon xD Coolio ! Entah kenapa, magis Ash bagai tidak menjadi kali ini. Hewhew. So, kalau perseorangan, aku juara, Salam second, Azim third. Tapi kalau berpasukan, team aku kalah. Hahaha. Datang pukul 3.30 petang, itu ini, pukul 6.00 petang habis main. Tengoklah gelagat merepek mereka bermain bowling.


 Majlis penyerahan bola bowling? Err.


 Coach Azim :)

Tapi last-last dia yang pergi baling -,- dah la gaya epik habis.


The winning team :D


So, pergilah solat. Then, makan. Nak decide makan apa pun payah. Haihhh budak2 ni. Dah tu, orang suruh pergi cari nak makan kat mana, terlekat kat virtual bowling for kids. Haha. Oh, waktu tu ada exhibition untuk kanak-kanak.


 Ash terpaksa follow idea gila budak2 ni


Rawrrr


Jadi, pergi food court je lah senang. Dah kat situ, makan sambil borak-borak, lepas tu gelak-gelak. Buat macam kedai sendiri, macam kat kedai mamak juga gayanya. Mujur tak ramai orang. Iyalah, bukan hari minggu.


Konspirasi untuk menjatuhkan nama baik YB Azim

Kemudian, kami berpecah untuk cari barang masing-masing. Part paling tak tahan, bila mana si Azim dan si Salam pergi tunjuk sambil mendongak ke atas memandang lampu dalam pusat beli-belah tersebut. Agak la kelakar apabila ada yang berhenti dan turut dongak sekali. Hahahahaha. Balik tu memang penat tak terkata tapi sebab dengan budak2 ni, apa pun boleh :)



p/s: pictures credit to Tiha Rosidi


xoxo,
nadi


1 comment:

Anonymous said...

Bowling is fun!