Wednesday, November 30, 2011

#7



Pertarungan si gadis hari ini :) Agak mudah. Ada ketika dia terluka juga. 
Konsentrasinya agak terganggu tatkala bunyi-bunyi bingit itu muncul.

Tuesday, November 29, 2011

#6

Perisai perak si gadis rosak teruk dalam pertarungannya pada kali ini.

Ternyata Chemistry HL merupakan  pahlawan gelap paling kuat antara kesemua pahlawan gelap.

Hampir si gadis tersungkur namun dia perlu bangkit untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Dia tidak perlu menoleh lagi, kerana masa semakin suntuk.

Sunday, November 27, 2011

Ai di Beijing














salam maal hijrah :)

selamat hari lahir juga buat Nadzirah Mohd Zaidi.

best kan hadiah hari jadi, pergi Beijing xD

Saturday, November 26, 2011

spring







nice huh? Subhanallah :)


pictures were taken somewhere in Seremban.


Yeah, in my homeland Malaysia.



Friday, November 25, 2011

#5

Matahari semakin menampakkan dirinya. Pengembaraan si gadis diteruskan dengan melalui  hutan yang sungguh tenteram. Langsung tidak menakutkan dirinya. Menyusuri denai sehingga tiba di tebing sungai, si gadis lantas berehat, melepaskan penat dan lelah.

Walaupun begitu, matanya tidak pernah lari daripada memerhatikan keadaan sekitar. Dia perlu waspada kerana dia tahu bahawa bahaya akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Dia memang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada sebarang ketika.

Jangkaannya tepat. Musuhnya kali ini bukan sembarangan musuh. 5 ekor makhluk muncul daripada sungai itu, mereka kelihatan seperti manusia, namun bersisik dan bersirip. Namun, nasibnya baik kerana dia hanya perlu bertarung dengan salah seorang daripada mereka.

Mereka ialah adik beradik English B. Dan si gadis memilih untuk bertarung dengan anak ke-2 kerana dia berasa dia mampu untuk menang. Jangkaannya meleset. Apalah sangat pedang perak miliknya untuk bertarung dengan makhluk air, dan sudah tentu mempunyai kelebihan di tebing sungai itu.

Makhluk itu terus menerus menghentam si gadis dengan bola-bola air pada kelajuan maksimum. Dan makhluk itu juga tidak lut dek pedang peraknya. Usahanya sia-sia. Dia berhenti menyerang kerana tidak mahu membazirkan tenaganya. Lantas si gadis berlari ke dalam hutan diikuti makhluk air #2 itu.

Sumber air sudah jauh, makhluk itu semakin lemah. Si gadis melumurkan tanah pada pedang peraknya dan


ZAPP!!


Dia membelah makhluk itu. Dengan mencemarkan kesucian air yang membentuk makhluk itu, dia tahu dia telah menang. Makhluk itu menjadi titisan-titisan air dan menyerap masuk ke dalam bumi. Si gadis kembali ke tebing sungai dan kesemua makhluk air itu telah lenyap daripada pandangan. Dia kembali ke tempat rehatnya tadi dan tertidur.

Thursday, November 24, 2011

a new fresh look

Well, hi hello everybody. These past few days I've been posting about the journey of a girl in a silver shining armor . It is quite imaginary as I posted about a real life story in fairy tale way. It sounds cool, isn't it? To have you yourself as the main character, dangerous monster ahead, prince of illusion, adventurous journey, and so on.

Well, I change my blog header and layout. Sometimes we do need a new fresh look, or else it will be boring. I repeat, sometimes. What is the significant of putting footwear and strawberry sundae as header and what's with the layout?

What I want to express is that, this life is REAL. Standing on your feet, walking on the earth, migrating from one place to another. You're not a ghost that floating all the way wherever you go. Strawberry sundae is a complementary thing(s) that will exert positive externalities to you. Oops, I sound so Economics there. Well, we do need things that make ourselves happy in order to lead a better life, resulting in unregrettable self satisfaction.

Guess where on earth is that place in my layout? Hmm, hmm, keep guessing people. I'm waiting :D

Amsterdam? Bingo! I give you 5 marks for that. Why Amsterdam? I am planning to go there someday in the future, insyaALLAH. You can read one of my previous posts about where I want to go, if and only if you still don't believe this. Teehee. People say that we must have a target and ALWAYS put the target in front of our eyes so that we can see it everyday, always trying very hard to achieve the target.

All in all, I like the new face of my blog. How about you?


p/s: happy birthday to you dear best friend :) Proud to be the first to wish through phone call

#4

Sememangnya dari dahulu lagi si gadis telah mencintai Biology, 

dan tadi,

ketika bertarung dengan si kembar Biology HL

dia mampu tersenyum kerana baginya,

dia ibarat sedang berjumpa dengan kekasih hatinya.

Namun, apakah dia mampu untuk mendapatkan 7 bintang daripada si kembar itu,

dia hanya mampu berdoa dan berserah kepada Tuhan yang Maha Esa.

Wednesday, November 23, 2011

#3

Hari ini tiada musuh yang menghalang perjalanan si gadis berbaju perak :)

Dia bergembira bersamaa rakan-rakannya, menimba lebih ilmu, selok-belok untuk menumpaskan lawan yang akan datang kerana dia tahu, lawannya selepas ini ialah, pahlawan gelap berkembar, Biology HL



Tuesday, November 22, 2011

#2

Kesatria hitam Math HL. 

Antara kesatria tertinggi darjat dalam kerajaan ini. Namun, tiga kesatria tertinggi telah berpaling tadah pada raja dan mula menentang. Dalam diam mereka berpakat dengan ahli sihir untuk menculik putera mahkota. Inilah antara musuh yang mencabar si gadis dalam misi menyelamatkan sang putera. Pertarungan sengit berlaku selama satu jam setengah dan si gadis hampir-hampir kecundang, namun dia telah memasang tekad untuk mencapai impiannya. Terkedu si gadis pada awal pertemuan mereka kerana wajah kesatria hitam ini tidak ubah seperti sahabat lamanya, Add Math yang merupakan adik kepada kesatria pembelot gagah itu.

Monday, November 21, 2011

#1

si gadis cilik berjaya melepasi halangan hari pertama;



ranjau Malay A1

ular berselirat Econs generasi ke 2



Semoga ketemu Putera ke-7 :)

:)

Sunday, November 20, 2011

Perwira Berbaju Perak

Malam minggu itu sungguh pekat hitamnya, gelita tanpa bintang dan bulan bersinaran seperti pertengahan taqwim qamari. Dan dalam kegelapan itu, seorang gadis kecil, kecil pada saiz tubuhnya namun tidak pada jiwanya, sedang berusaha menyiapkan perisai perak, seperti lagenda, kerana dia ingin menjadi seorang perwira yang memakai perisai perak yang berkilau, dan menempa nama sebagai seorang lagenda di bumi itu.

Dia tahu, onak dan ranjau yang bakal dihadapinya bukan mudah, tidak semudah menangis seperti anak kecil yang mahukan sesuatu daripada ibu bapanya, kerana itu adalah senjata mereka. Si gadis tahu bahawa pedangnya harus tajam, lebih tajam daripada kata-kata perwira yang kecundang yang mempertikaikan usahanya dan pedang peraknya itu mampu membelah segala yang menghalang pertualangannya untuk menyelamatkan sang putera. Sang putera yang telah lama berada di puncak menara itu, dipenuhi belukar dan juga ahli sihir yang kejam.

Kekuasaan dan kehebatan si ahli sihir juga perlu ditangkis kerana dia tahu ramai yang telah kecundang di tangan wanita itu, pulang hampa. Oleh itu, zirah peraknya ini perlu kukuh, sekukuh berlian, seteguh karang di lautan. Dia harus bertahan agar impiannya menjadi suatu kenyataan, kenyataan yang manis, kenyataan yang menggembirakan hati sekalian rakyat jelata, lebih-lebih lagi sang raja di istana.

Si gadis mendongak ke langit, matanya berkilauan penuh cahaya, berharap agar usahanya tidak akan sia-sia, kerana dia punya keyakinan bahawa dia mampu, mampu untuk menewaskan segala anasir yang akan menghalang jalannya untuk menyelamatkan sang putera. Dan semoga harapan yang menggunung itu berjaya menjadi sebuah kenyataan yang paling manis, semanis madu lebah tualang.

p/s: Kisah ini merupakan satu perlambangan oleh penulis sempena peperiksaan Bahasa Melayu esok.

Sunday, November 13, 2011

Badai Semalam

Yesterday I went to watch the theater entitled Badai Semalam. It was an adaptation from a famous novel with the same title written by Khadijah Hashim. The story line really touched my heart,on how a girl called Mazni endured those obstacles and marrying other man, not the man she loved. And the props, the stage, they were awesome ! Congratulations to the actors and actress, the director and the team. Not to forget, the author herself :)

By the way, it was my first time watching theater at Istana Budaya :D and I will watch another theater some other day, insyaALLAH

Monday, November 7, 2011

sesak

dalam bas.
telefon bimbit kekurangan kredit.
sejuk.
rasa nak pergi tandas.
tapi jalan sesak.
lapar.
nasib baik laptop ada bateri.
nasib baik bawa broadband.
boleh order kat kawan2 yang dah sampai kolej.

I wanna go to

Someone asked me which place in the world I want to go most. So, here you go.

5. Malaysia

I know this is my motherland yet I don't travel all around it yet. There are several places in Malaysia I would like to go :)


4. Japan

Yeah, I've been there once, and I want to go there again. I am really in love with Japan, for its culture, for its uniqueness, for the people. Of course, to visit my foster parent there in Hokkaido is in the list!


3. Amsterdam, the Netherlands

A place, full with tulips, after all not the flowers that I look forward, it's the windmill. Through the pictures, I can see the classic between modern architecture, the water canals are awesome, I guess, yeah, they must be!

2. Granada, Spain

The main reason is, yes, Alhambra. It is the most renowned building of the Andalusian Islamic historical legacy. And, I want to witness the greatness of Andalusia!

1. Makkah

It's my, the Muslims qiblat. :')