Thursday, April 7, 2011

SBP perempuan melahirkan pengkid?

Oh, hai, hello. Hari ni, maksud saya, tadi, kawan saya tengok Wanita Hari Ini (WHI). Topik hari ni,


jeng!


jeng!


jeng!



CINTA PENGKID !!

Ohohohohoho, topik hangat, bukan? Ye lah, zaman sekarang ni, kita kena hati-hati, betul tak? Nak-nak dengan gejala songsang yang makin menular dalam masyarakat kita. Nauzubillahiminzalik.

Tapi perkara yang saya nak cakap tulis hari ni bukan la pasal benda-benda kat atas tu, tapi ada la kaitannya.

Hey, apa kaitan WHI dengan kau?

Hah. Nak tahu apa? Mari sini aku nak cerita. Memang aku takde kaitan dengan pengacara rancangan tu atau sesiapa yang mereka jemput tapi tentang topik hari ni, ye lah, topik yang aku BOLD kan kat atas tu.

ayat salah seorang daripada mereka, " sekolah berasrama penuh PEREMPUAN salah satu tempat melahirkan pengkid".

Sekolah berasrama penuh tu SBP la, kan?


Sekolah berasrama penuh perempuan dalam Malaysia ni boleh bilang dengan jari, ada 5 je. Kiranya lebih kurang 10% je daripada jumlah seluruh SBP.

Dan, kenyataan tu sedikit sebanyak menggores hati budak2 bekas murid all girl SBP ni. Kami yang belajar kat sana, kami yang tahu keadaan sebenarnya. Setakat ni, tak pernah lagi ada antara senior2 saya atau batchmate saya yang jadi pengkid. Atau mana2 kawan kat sekolah lain yang satu jantina macam sekolah saya terjebak dalam kancah macam tu. Kami ni alhamdulillah mendapat didikan yang sempurna daripada ibu bapa dan guru-guru kami. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih cikgu :)

Oh, nak bukti jugak bagi mengukuhkan kenyataan SBP perempuan ni melahirkan pengkid. Kalau bukti pun takde, tak payah la pandai2 nak buat spekulasi sendiri berdasarkan fakta SEKOLAH ASRAMA SEMUA PEREMPUAN. Mungkin ada adegan cium pipi, pegang tangan, mungkin la tu sebab yang cakap budak pengkid lahir daripada sekolah macam ni.



Adakah saya seorang pengkid apabila mencium pipi kawan saya ini? Oh, saya rasa tidak. Anda bagaimana?