Semalam termimpi kena bacakan buku cerita kat bebudak Set A :) Kejadah alam ni? -.- Dan aku bacakan buku Rapunzel versi Disney - Tangled. Mungkin sebab aku suka cerita tu atau sebab Flynn Rider tu comel dan Rapunzel tu lawa? Tak tahu. Tapi teacher suruh baca juga, walhal kami sebaya. Apa kes dah macam kelas tadika ni??
Sebabnya, si Ashraf Muslim tu nak datang melawat. Tapi kenapa? Aku tak tahu. Mungkin sebab adik aku tergila-gila si Ashraf tu sampai termasuk dalam mimpi aku. Haihhhh. Parah. Parah.
JENG! JENG! JENG!
Muncullah si Ashraf Muslim dan teacher suruh aku baca. Kawan-kawan aku dah pandang dan buat muka macam budak tak cukup umur sambil sengih macam kerang busuk. Aku rasa depa sengih sebab dapat tengok Ashraf Muslim yang sangatlah kacak tu, kot. Dan aku terus membaca dengan intonasi bercerita macam zaman sekolah rendah dulu kala. Mentang-mentang aku dah lama berkecimpung dalam bidang story-telling ni kan. Aparaaaa...
Tetiba Ms. Raja masuk dalam mimpi aku. Beliau tanya mana aku dapat buku tu. Aku cakap, Ms Adzu passkan tadi. Junior punya. Tak semena-mena beliau ambil buku tu daripada tangan aku dan cakap, " Teacher pinjam eh. Bagi anak teacher baca. Awak bagitahu Ms. Adzu. Nanti teacher pulangkan." Aku terkebil-kebil dan jawab, " Okay teacher."
Merepek punya mimpi. Dalam mimpi tu ada juga aku kena pergi Bilik SAC sekolah rendah dan tolong cikgu hias bilik tu macam program lepas UPSR. Emm, apakah ini petanda bahawa aku rindu sekolah? Mungkin.
1 comment:
best ah mimpi kau :) brother Ashraf pn bleh ade haha
Post a Comment