Sunday, February 27, 2011

otak-otak

ohkayy sayang-sayang sekalian! maaf lama tak update blog ini. saya kekeringan idea dan kekangan masa.




sila rujuk tajuk.



OTAK-OTAK?



yeahhhhh, itulah diaaaa.... ini bukan cerita Zombie Kampung Pisang yang zombie-zombie semua gila buru nak makan otak orang kampung.



INI SEJENIS MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT TERENGGANU <3





dah lama tak makan benda alah ni, kira-kira 5 tahun semenjak bergelar penghuni asrama nun jauh di Selangor. Namun, hasrat itu terlaksana kelmarin, ouhhh, alhamdulillah.

Tak tahu apa itu otak-otak? Mari saya terangkan.




"It can be eaten as a snack or with bread or rice as part of a meal. Otak-otak is made by mixing fish paste (usually mackerel) with a mixture of spices including chillies, garlic, shallots, turmeric, lemon grass and coconut milk. The mixture is then wrapped in a banana leaf that has been softened by steaming, then grilled or steamed.While fish otak-otak is most common, otak-otak is also commonly made with prawns, often resulting in a more textured variety."




Okay, saya copy dan paste sahaja. Malas nak alih bahasa. Maaf.







Sunday, February 6, 2011

hari jadi Fauzan!

eheh. Hari ni 6Feb. Jadi kawan aku yang ni dah genap 19 tahun. Wuhhuuu.. Kita dah tak sebaya la Pojan. Haha. Sekurang-kurangnya sempat la merasa sebaya dengan hang walaupun sebulan. Cehh. Semoga segala cita-cita hang yang melangit tinggi tu dapat dipenuhi :) dan juga impian si gossipgirl.





Kyaaaaaaaaaaaahhhhhh~~~~~~ ni muka dia zaman muda-mudi dulu dan percayalah, sampai sekarang muka dia tetap macam ni. Maintain cute XD Aku tak tahu dah nak tulis apa Pojan oi, maaf, maaf, maaf, dan tak payah dah nak cemburu dengan Chup. Aku tulis pasal dia sebab aku termimpi dia dan aku tulis pasal kau sebab ini realiti ^^

SELAMAT HARI JADI, ENCIK FAUZAN



p/s: saje je tulis BM skema2 sebab hang kan pendebat Bahasa Inggeris :P





xoxo,
ilhamnadia

Wednesday, February 2, 2011

antara mimpi



Semalam termimpi kena bacakan buku cerita kat bebudak Set A :) Kejadah alam ni? -.- Dan aku bacakan buku Rapunzel versi Disney - Tangled. Mungkin sebab aku suka cerita tu atau sebab Flynn Rider tu comel dan Rapunzel tu lawa? Tak tahu. Tapi teacher suruh baca juga, walhal kami sebaya. Apa kes dah macam kelas tadika ni??




Sebabnya, si Ashraf Muslim tu nak datang melawat. Tapi kenapa? Aku tak tahu. Mungkin sebab adik aku tergila-gila si Ashraf tu sampai termasuk dalam mimpi aku. Haihhhh. Parah. Parah.

JENG! JENG! JENG!




Muncullah si Ashraf Muslim dan teacher suruh aku baca. Kawan-kawan aku dah pandang dan buat muka macam budak tak cukup umur sambil sengih macam kerang busuk. Aku rasa depa sengih sebab dapat tengok Ashraf Muslim yang sangatlah kacak tu, kot. Dan aku terus membaca dengan intonasi bercerita macam zaman sekolah rendah dulu kala. Mentang-mentang aku dah lama berkecimpung dalam bidang story-telling ni kan. Aparaaaa...


Tetiba Ms. Raja masuk dalam mimpi aku. Beliau tanya mana aku dapat buku tu. Aku cakap, Ms Adzu passkan tadi. Junior punya. Tak semena-mena beliau ambil buku tu daripada tangan aku dan cakap, " Teacher pinjam eh. Bagi anak teacher baca. Awak bagitahu Ms. Adzu. Nanti teacher pulangkan." Aku terkebil-kebil dan jawab, " Okay teacher."


Merepek punya mimpi. Dalam mimpi tu ada juga aku kena pergi Bilik SAC sekolah rendah dan tolong cikgu hias bilik tu macam program lepas UPSR. Emm, apakah ini petanda bahawa aku rindu sekolah? Mungkin.