Thursday, February 7, 2013

Doa



السلام عليكم



Pernah tak rasa hati gundah-gulana, rasa tak tenteram, rasa macam kehilangan sesuatu?

Pernah saya diberitahu oleh seorang rakan, kami panggil beliau Aloy.

"Kalau rasa hati tak tenang, bukalah al-Quran. InsyaALLAH, kita akan terbuka pada halaman yang ada jawapan kepada kita."

Pernah semasa di sekolah dulu, kali pertama aku mencuba petua ini. Betul. Memang betul kata Aloy. Ajaib kan? Inilah bukti, sebenarnya, bahawa al-Quran itu kalam Allah, mukjizat teragung kepada Rasulullah S.A.W. 

Dan tadi, luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran, hinggalah sampai ke ayat;


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadaMu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." 

Al-Baqarah : ayat 186




Jadi, apa alasan untuk tidak terus-menerus berdoa kehadrat Ilahi? Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dan Dia begitu dekat kepada kita, lebih dekat daripada urat di tengkuk kita.



Sebenarnya, semenjak dua ni aku ada perasaan cuak nak exam, takut assignments tak siap, kena moderate, yada-yada. Sampai kadang2 rasa tak larat dah nak teruskan IB ni. Dan aku selalu memikirkan kebarangkalian, kalau tak lepas final exam. :x Tapi alhamdulillah, selepas aku berjumpa ayat ni, aku seperti telah disedarkan. *PANG!*


Saturday, February 2, 2013

Manis



Macam mana orang boleh telan benda-benda manis?

Maksud aku, manis melampau. Macam Big Apple, Krispy Kreme.

First time aku cuba makan Krispy Kreme tadi, satu je. 
Tu pun susah nak habiskan, tapi terpaksa juga.

Kurang tertarik aku. Nampak artificial. Gambar hiasan.

Menangis juga aku nak telan tadi.
Tsk tsk.
Bukan aku tak suka benda manis, tapi
ni melampau lah!

Boleh lah kau kahwin dengan orang negeri Kelantan.
Stok makan manis semua.

Tsk. Tsk.
Tersiksa jiwa ragaku.

Cantik? Ini lagi aku tak layan. Kalau versi Malaysia, icing je lebih. Isi dia...


Jadi, aku tak berapa nak faham macam mana korang boleh telan benda-benda ni?
Macam takda apa je.

MANIS!


Biar manis muka dan ada senyuman yang manis. 
Bermanis mulut itu o.k. tapi jangan berlebihan. 
Paling penting, jangan terlebih gula dalam darah, nanti kena kencing manis! 
*put on sunglasses* *Biology student mode*