Thursday, February 7, 2013

Doa



السلام عليكم



Pernah tak rasa hati gundah-gulana, rasa tak tenteram, rasa macam kehilangan sesuatu?

Pernah saya diberitahu oleh seorang rakan, kami panggil beliau Aloy.

"Kalau rasa hati tak tenang, bukalah al-Quran. InsyaALLAH, kita akan terbuka pada halaman yang ada jawapan kepada kita."

Pernah semasa di sekolah dulu, kali pertama aku mencuba petua ini. Betul. Memang betul kata Aloy. Ajaib kan? Inilah bukti, sebenarnya, bahawa al-Quran itu kalam Allah, mukjizat teragung kepada Rasulullah S.A.W. 

Dan tadi, luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran, hinggalah sampai ke ayat;


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadaMu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." 

Al-Baqarah : ayat 186




Jadi, apa alasan untuk tidak terus-menerus berdoa kehadrat Ilahi? Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dan Dia begitu dekat kepada kita, lebih dekat daripada urat di tengkuk kita.



Sebenarnya, semenjak dua ni aku ada perasaan cuak nak exam, takut assignments tak siap, kena moderate, yada-yada. Sampai kadang2 rasa tak larat dah nak teruskan IB ni. Dan aku selalu memikirkan kebarangkalian, kalau tak lepas final exam. :x Tapi alhamdulillah, selepas aku berjumpa ayat ni, aku seperti telah disedarkan. *PANG!*


2 comments:

D-SIM said...

xlepas xpe, Nottingham sedia menyambut kejatuhanmu B)

okay okay, semoga berjaya dalam cerita kisah hidup anda bersama IB. 2 tahun belajar, jangan sia sia kan :)

nadi said...

*kesat air mata* Thanks D-Sim :) Nanti datanglah melawat aku kat Aussie dgn isteri kau taw.