Saturday, February 9, 2013

Bas lagi

Assalamualaikum.

Haa, kali ni aku nak menglipur lara kisah bas. Selagi aku tak habis belajar kat kolej ni, korang tahan je la kisah aku dan bas. Haha. Boleh buat novel tahu.

Ohkay macam ni cerita dia, ehem. Cuti Maulidur Rasul bersambung dengan cuti Thaipusam yang lepas, aku tak balik. Duduk di kolej tatkala orang lain bergembira di rumah masing-masing selama lima hari. Lama tu. Maka pada hari terakhir cuti tu, aku dan kawan-kawan pun pergilah berjalan-jalan makan-makan di shopping complex Terminal 1. Saja-saja buat gila sebab budak-budak ni semua pun otak tak berapa nak betul xD Maka masa on the way balik, tatkala menunggu budak2 perempuan habis membeli barang, aku pun lepak2 lah dengan budak2 lelaki kat Dunkin' Doughnut stesen bas tu. Bukan makan pun. Sembang punya sembang, aku pun cakap la pasal tiket nak balik CNY tak beli lagi. Maka dipaksanya mereka supaya aku pergi membeli. Guess what? Tiket bas tinggal 6 je. Itu pun bas tambahan. Tanpa membuang masa aku terus beli, walaupun harga dia RM55. Mahal daripada biasa. *menangis tengok purse waktu tu - literally*

Dan malam semalam, aku pun bergegas lah ke stesen bas Terminal 1, nak kejar ke bas pukul 9.30 malam. Mungkin korang boleh saksikan side athletic aku bila turun teksi pukul 9.28 malam. Berlari bagai nak gila, dah la platform aku paling hujung, dengan sesak nak mampus nya stesen tu. Beg pun kawan tolong bawakkan. Sebab nak suruh aku pergi tahan bas kot-kot dah nak gerak. Aku pun nampak la bas yang terang-jelas-nyata bas tambahan. Aku pun tanya lah abang tu, "Bang, bas ke mana ni?" "Kelantan dik" "Oh, okay" Lepas tu aku macam cuak la takut tertinggal bas. Ini gara-gara aku dibayangi kejadian si S tertinggal bas cuti Maulidur Rasul tu. Nama beliau terpaksa di censored kan atau nahas aku.

Tiba-tiba, ada junior dari Terengganu tengah duduk menunggu, aku pandang dia. Dia mcm nak tegur aku, jadi aku pun pergi lah kat dia. Dia tanya, "Kak Nadi tiket pukul 9 malam jugak, eh?" "Ha'ah" Lepas tu baru aku sedar, eh, eh, apa? TIKET BAS PUKUL 9 MALAM? Aku mati-mati ingat pukul 9.30 malam! Tapi alhamdulillah, memang rezeki aku, bas tak sampai lagi. Maka bila si Tiha, Najwa dan Mira yang sama-sama naik teksi tadi sampai, aku cakap la bas tak sampai lagi, dan aku baru perasan tiket pukul 9 malam. Lepas tu, aku rasa korang boleh agak apa yang jadi.

Lepas tu si Najwa dan Mira blah, diorg temankan kitorg je. Tiha pergi tunggu bas balik Perlis kat platform lain. Dan aku tinggal sorang2 kat situ. Boleh gila rasa. 3 kali pergi beli makanan kat kedai yang sama. Makan banyak semasa dinner konon2 tak nak lapar dalam bas tak menjadi nampaknya. Tsk tsk. Ada 3 orang junior dengan aku, tapi semua jenis tak banyak cakap. Sepatah aku tanya, sepatah la diorg jawab. Bila diorg tanya, berpatah-patah aku jawab. Lantas, laju je aku menaip mesej kepada S merangkap kawan baik aku. 

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkorban kredit dan masa sehingga bas sampai :)

Teka la bas sampai pukul berapa. Teka la. Hah. Tertulis pada tiket, 9 malam. Aku datang, 9.30 malam. Bas datang? 12 malam! Gila terminal tu dah kosong, tak ada orang daripada pada macam sardin awal2 tu. Heish. Naik je bas, alhamdulillah bas tak ada masalah. Ok je. Tak ada aircond bocor atau apa2 yang boleh menyebabkan perjalanan aku menjadi tension dan lebih tension. Paling best, masa bas tu gerak, kitorg pusing sikit bandar Seremban, mak oihh, kosong naa bandar. Tak ada kereta! Best boleh nak baring atas jalan. Racing apatah lagi. Ye lah, aku mana pernah keluar malam tengok bandar ni. Siang2 je sesak.

Sebab aku sememangnya penat menahan ngantuk di terminal, naik bas tu memang tak mampu nak menahan mata. Terus je terlelap. Tapi adalah terbangun-bangun sekejap. Takut juga terlepas stesen yang aku nak turun. Sampai Cherating, aku dah terbangun. Konon-konon nak tahan mata sampai Kemaman. Bukan jauh sangat pun. Entah la aku pun tak sedar bila aku tertidur balik.

"Kak Nadi, Kak Nadi". Emm. Terpisat-pisat aku buka mata. "Kita kat mana ni Kak Nadi?" tanya Yaya, junior yang nak turun sama stesen dengan aku. Terus aku toleh ke kiri. Kat mana ni? Tetiba daftar otak jadi mereng sikit. Ni macam jambatan tengah bina, :O Bukit Kuang! Dah terlepas stesen ni. Terlajak sikit. Terus aku jalan pergi kat pak cik driver tu. "Pak Cik, kita kat Bukit Kuang ni kan?" "Bukit Kuang... err" Hmm, dalam hati aku, memang sah ni bas tambahan. Pak cik ni tak cakap loghat orang kite pun. Bukit Kuang pun tak tahu. "Okay, pak cik berhenti kat depan tu. Ada Petronas." Sebenarnya aku bersyukur terlajak sikit je. Cuba kalau terlajak sampai Dungun macam hari tu.

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Lantas kaki melangkah ke arah surau. Apa-apa pun solat kena dahulukan. Usai solat, aku mula2 cadang nak tumpang Yaya je. Tapi family dia ada kenduri pulak kat area Bukit Kuang. Aku pun call adik dan mak aku. So, aku pun jadilah penunggu di stesen tu sampai pukul 7.30 pagi. Then, hello home :) 















xoxo,
nadi




Thursday, February 7, 2013

Doa



السلام عليكم



Pernah tak rasa hati gundah-gulana, rasa tak tenteram, rasa macam kehilangan sesuatu?

Pernah saya diberitahu oleh seorang rakan, kami panggil beliau Aloy.

"Kalau rasa hati tak tenang, bukalah al-Quran. InsyaALLAH, kita akan terbuka pada halaman yang ada jawapan kepada kita."

Pernah semasa di sekolah dulu, kali pertama aku mencuba petua ini. Betul. Memang betul kata Aloy. Ajaib kan? Inilah bukti, sebenarnya, bahawa al-Quran itu kalam Allah, mukjizat teragung kepada Rasulullah S.A.W. 

Dan tadi, luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran, hinggalah sampai ke ayat;


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadaMu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." 

Al-Baqarah : ayat 186




Jadi, apa alasan untuk tidak terus-menerus berdoa kehadrat Ilahi? Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dan Dia begitu dekat kepada kita, lebih dekat daripada urat di tengkuk kita.



Sebenarnya, semenjak dua ni aku ada perasaan cuak nak exam, takut assignments tak siap, kena moderate, yada-yada. Sampai kadang2 rasa tak larat dah nak teruskan IB ni. Dan aku selalu memikirkan kebarangkalian, kalau tak lepas final exam. :x Tapi alhamdulillah, selepas aku berjumpa ayat ni, aku seperti telah disedarkan. *PANG!*


Saturday, February 2, 2013

Manis



Macam mana orang boleh telan benda-benda manis?

Maksud aku, manis melampau. Macam Big Apple, Krispy Kreme.

First time aku cuba makan Krispy Kreme tadi, satu je. 
Tu pun susah nak habiskan, tapi terpaksa juga.

Kurang tertarik aku. Nampak artificial. Gambar hiasan.

Menangis juga aku nak telan tadi.
Tsk tsk.
Bukan aku tak suka benda manis, tapi
ni melampau lah!

Boleh lah kau kahwin dengan orang negeri Kelantan.
Stok makan manis semua.

Tsk. Tsk.
Tersiksa jiwa ragaku.

Cantik? Ini lagi aku tak layan. Kalau versi Malaysia, icing je lebih. Isi dia...


Jadi, aku tak berapa nak faham macam mana korang boleh telan benda-benda ni?
Macam takda apa je.

MANIS!


Biar manis muka dan ada senyuman yang manis. 
Bermanis mulut itu o.k. tapi jangan berlebihan. 
Paling penting, jangan terlebih gula dalam darah, nanti kena kencing manis! 
*put on sunglasses* *Biology student mode*