Lagi satu entry merepek. Panjang pula. Kalau tak nak buang masa, tak payah baca.
Seperti semua sedia maklum, sekarang kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia sedang dilanda banjir yang teruk. Dan yeah, dalam negeri Terengganu, daerah aku paling teruk terjejas. Bayangkan pusat pemindahan mangsa banjir yg dekat dgn rumah aku ni, mangsa banjir yang berdaftar hampir mencecah 6000 orang. Bukan sikit tu.
pusat pemindahan banjir kawasan aku
sehingga tengah hari tadi
Aku rasa bila banjir ni mak bapak mesti duk kalut nak selamatkan kereta, nak selamatkan itu ini barang berharga. Ye lah, nama pun barang berharga, confirm harga mahal. Tapi kalau budak2, tang main air tu lah paling dia suka. Kemain aku tengok budak2 ni. Enjoy sakan. Ye lah. Kawasan aku ni banjir pun masa aku umur 8 tahun dulu. Diorg ni sama ada belum lahir ataupun masa tu baby. Tak tahu lagi. Hewhew. Tapi dalam gembira diorg main air, dah 3 org jugak meninggal kat kawasan ni. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Sebab tak tahu tempat mana dalam, mana cetek. Ye lah, kalau air dah paras paha/pinggang org dewasa, mcm mana lagi nak nampak dasar tu? Dah la arus kuat. Yeap, sangat kuat. Macam kat sungai. Sebab kata ibu, tu air dari sungai.
Cerita pasal tak nampak dasar dan jatuh ke tempat yang lebih dalam, longkang la biasanya ni. Aku sendiri dah kena. Tadi. Korang bayang depan sekolah, mesti ada longkang dan tempat bersimen untuk tunggu mak ayah datang jemput kan. Kalau tak boleh bayang, cubalah cari. Maka aku nak la jalan ke tempat tu, sebab tinggi sikit. Tak la aku terendam dalam air banjir tu. Jalan punya jalan, aku dengan yakin melangkah. Dan tak ingat langsung ada longkang. Okay ni sebab aku jarang ada kat rumah. Lalu situ pun sekali sekala je. Dan untuk langkah yang seterusnya, aku tak berpijak pada apa2. ZAPP ! terus termasuk dalam longkang. Pergh. Waktu tu aku rasa apa perasaan orang yang hampir2 lemas atau dalam situasi macam tu. Astaghfirullahalazim. Bayangkan, air paras paha terus jadi paras dada atau lebih sebenarnya. Aku dah la pendek. Cepat2 aku panjat kat tempat tunggu parents tu. Alhamdulillah Allah beri izin aku bernafas lagi.
Tapi aku heran, acano la budak2 ni boleh duk buat summersault la berenang bagai. Aku lepas jatuh tu, rasa mcm nak pengsan bau diri sendiri. Loya weh bau air banjir melekat satu badan. Blergh. Nak je lari balik rumah tapi adik aku cakap, air takde sebab ada paip pecah. Pulak dah. Takpa lah. Tunggu je lah kat situ. Orang kata Timbalan Perdana Menteri nak datang. Boleh ah jadi penyambut tetamu duduk kat gate sekolah. Hewhew.
Dan, jeng jeng jeng ! Tidak sia2 penantianku. Cewah.
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Menteri Belia dan Sukan selaku Ahli Parlimen Kemaman
Lagi satu, dalam air banjir ni, korang tak nampak apa2. Ular ke hapa ke. Serious tadi ada seekor ular. Bahaya nong ular, nak2 ular air. Dah la mmg area paya ni, macam2 ada. Tengok dalam TV lagi teruk, ada kampung kat Kelantan tu, buaya terus masuk dalam rumah. Haaa. Ekau jangan buek main jang.
Sebenarnya rumah aku tak banjir sebab kawasan dia tinggi sikit. Air masuk takat depan gate je tapi tadi dah kering. Kesan dia? Banyak lumpur. Aku tak tahu macam mana nasib rumah yang masuk air tu. Kesian. Jenuh nak mencuci tu. Dengan barang rosak, dengan anak nak masuk sekolah. Tak apa lah kak, redha je lah :) Allah tak akan uji hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu.
Dan dan tadi, aku menyaksikan abang JPAM menjadi hero. Hehe. Mungkin korang rasa mcm biasa je, tapi bagi aku itu luar biasa. Ada seorang akak ni, ngarung air paras paha. Kiri kanan ada anak kecik. Belum sampai 5 tahun pun budak2 tu. Dua2 perempuan. Dan abang ni terus berlari pergi dukung adik2 ni. Kiri kanan. Whoa ! Lepas budak2 tu selamat ada kat gate sekolah, ada pulak lagi dua orang budak. Yang ni abang dia mcm dah sekolah rendah. Adik dia tu kecik lagi. Abang JPAM ni sekali lagi berlari then terus dukung adik tu. Yang abang dia, abang JPAM tu pimpin. Bukan senang nak jalan ngarung air melawan arus deras. Haa. Dah la kena cepat. Takut budak tu hanyut. Dan dia tak rehat pun. Dia tak mengeluh pun. Dia tak bising pun kenapa member2 dia tak tolong. Memang aku tengok dia paling dedikasi bertugas. Semoga Allah merahmati beliau dan semua sukarelawan atau sesiapa sahaja yang telah menghulurkan bantuan dari segi tenaga fizikal, kewangan, etc kepada mangsa2 banjir ni :)
Heroic abang JPAM !
Entah kenapa aku merepek pasal banjir kat sini -,-" Mungkin sebab badan aku sakit2 sebab gedik nak ngarung banjir dan kesan jatuh longkang. Atau mungkin, tak apalah. Lupakan. Hahaha.
Oh, kalau rumah korang banjir, pastikan main switch ditutup. Pesanan abang bomba. Heks !
4 comments:
hah, kan aku dah cakap, duduk diam2 atas rakit. xdelaa sampai jatuh longkang
Rakit pun tak ada. Haha. Tapi ada orang kayak dgn bawa surfboard. Bot tak payah cakap la berapa banyak.
bole la jadi datin rosmah ni..muehehe
Aiyo Juon. Nda maw ku jadi gitu. Tedalah. Ku adaptasi IB learner profile. Caring, balance, etc.
Post a Comment