Tadi pagi pergi panjat Bukit Broga dengan budak2 IB yang belum panjat lagi minggu lepas. Semangat? Semestinya! Azrul selaku batch leader cakap masa meeting hari tu,
"Bas bertolak pukul 4. Kita tak nak ada yang lambat, nanti lambat panjat, lambat sampai atas, tak sempat nak tengok matahari naik. Kalau lambat, tinggal."
Fuhh, berderau darah dengar perkataan TINGGAL tu. Dan memang betul, semua cuak nak kena tinggal sampai ada yang tak tidur.
Aku? Tak boleh la tak tidur. Petang Jumaat tu dah penat mencangkul tanah, buat batas bagai. Dalam nak tidur, nak tidur tu, pukul 2.30 pagi juga baru tertidur. 3.15 pagi roommate dah kejut suruh siap. Alahh, siapa nak mandi pagi2 macam ni, nak pergi panjat bukit, peluh2 nanti. Sia2 je mandi. Sambung tidur, 3.45 pagi baru lah bangun siap2 :D
Pukul 4 lebih sikit tunggu bas. Eh, tak sampai lagi. Last2 pukul 4.30 pagi jugak. Tak kesah lah. Dan pagi tu kitorang makan megi kari goreng. Perghhh. Skip cerita perjalanan dalam bas.Sekejap sangat.
Pukul 5 mula mendaki Bukit Broga yang femes
Pukul 6 sampai dekat tanah lapang, sebelum first peak. Berhenti rehat sementara tunggu masuk waktu Subuh. Tengok bawah, wow, Penuh lampu. Lawa :)
Ambil wudu' , teringat masa nadwah, lebih kurang macam ni la kitorg kena, waktu explorace. Duduk lepak2, mata memandang ke langit lagi. Tetiba terlintas di fikiran.
Kalau lah ada orang propose sambil tengok bintang macam ni, perghh, boleh pengsan.
tiba-tiba terdengar Shu cakap,
" JANGAN DEKAT. ADA WUDHU' "
*dengan nada macam inspektor polis ckp kat penjenayah*
Semua terus toleh dan tergelak sebab Ipin jawab,
"Eleh, macam lah aku takda."
Okay dah. Masuk waktu, kitorg solat. Syahdu sangat rasanya :')
Dah, sambung jalan sampai first peak. Alang2 tu, naik terus la sampai second peak. Sini la jalan paling mencabar. Fuhh. Tapi bila sampai puncak tu, memang tak tergambar la perasaan dia. *over*
Jadi sementara menunggu sang mentari terbit, apa lagi, cari la spot yang best2 nak tengok panorama tu, sambil tu boleh ambil gambar. Hehe. Sambil menyelam minum air, ye dak?
Jadi ini hasilnya. Spot elok, gambar pun jelas. Hehe.
Sambil tu buat community service, bagi air mineral dekat pengunjung lain sambil tolong kutip sampah.
Nah, landskap di atas sana :D
dan,
cover HEROES :) eheh.
atau Power Rangers?
Oh, yang pakai tudung putih paling kanan tu Shu, yang lelaki tak pakai spek tu la Ipin. Hehe.
Ni lah muka2 antara yang sanggup tak tidur semata-mata nak panjat Broga
dan kain tu silent campaign kami. Let's Go Green!
Terima kasih IBSB c:
memo: tadi lalu depan Notts, oh dekat je dengan Broga.
Tempat si Fazri tu belajar. Boleh tahan lawa.
3 comments:
act, seminggu lepas bkt. broga dah terbakar separuh..
tp, entah camno..boleh cepat menghijau balik bkt tu. sbb kwsan lembab kowt.
btw, minum air teh'o panas tu lagi feeling :)
fuiyooo..teringat fazri ke ? haha
D-SIM, aku baru perasan yg comment kau 26 Feb tu ada kat spam. Baru approve. Teehee. Uuuu, teh o' panas sedap weh ! And aku nak je tulis tempat belajar Fazri ngan Qhassimi tapi takkan ah masa tu aku tak taw malu nak tulis nama kau. Belum add Fesbuk lagi ;p
Post a Comment