Sunday, February 19, 2012

Karnival Belia Negeri Sembilan

Lama tidak menulis dalam bahasa ibunda tercinta.

Semalam, hari membuat keputusan
antara seminar Bioteknologi di Taylor's
atau Karnival Belia Negeri Sembilan?

Akhirnya, daku memilih untuk
mengeluarkan peluh
di tengah-tengah bandar Seremban,
berbekalkan jersi bernombor 10.

Wakil kolej untuk pertandingan
bola jaring 4 lawan 4.
Terkejut? Haha.
Ramai kawan kolej terkejut bila tahu saya sertai
bola jaring daripada futsal,
atau bola keranjang.
Kata mereka,
"Tak macho lah kau macam ni." "Apa girlish sangat ni?"
Saya hanya mampu tersenyum simpul :)

Kami berjaya sehingga ke peringkat suku akhir.
Alhamdulillah. Satu pencapaian yang boleh dikatakan
baik, untuk satu minggu latihan dan TANPA jurulatih.






















Selepas kecundang, semangat disalurkan kepada
pemain futsal lelaki. Tumpas kepada sepakan penalti.
Tapi tidak apa, bukan rezeki kami.

Peluang menonton WAKAKA Crew secara langsung,
serta pertandingan Streetdance,
Bounce Stepperz juga menjadi peserta.

[WAKAKA crew]





















Berjalan kaki dari Padang MPS Seremban
untuk makan cendol Hj Shariff
Sekarang dah tahu jalan untuk ke sana
Dari kolej tercinta.

Bila kembali ke padang, pertandingan streetdance
masih berjalan, pesertanya, HMC Phlow Junior.
Oh wow. Saya minat HMC Phlow. Tidak apa.
Layan sahaja junior mereka. Mantap, mantap!

Menunggu seseorang, dan berjalan bersama-sama ke bas,
Disertai kembar tercinta *ewwww*
Tidak pasal-pasal dikatakan
ada affair dengan kembar sendiri -.-"

Dalam perjalanan pulang ke Beranang,
tersenyum sampai tertidur,
mungkin masih senyum semasa tidur, mungkin.

Penat, tapi seronok. Muka berbelang, tak apa, tak kisah.
Saya dapat jumpa crew-crew tu semua,
dapat main atas padang, dapat jumpa dia,
paling penting,
dapat eratkan ukhuwah antara kami,
kawan sekolej. Alhamdulillah.

p/s: terima kasih ye :)



No comments: