Wednesday, August 31, 2011

Merdeka raya XD

Hai, salam 1Malaysia (:

Hari ni 31 Ogos 2011, bermakna hari ni ulang tahun hari kemederkaan Malaysia Semenanjung Tanah Melayu yang ke-54, bersamaan 2 Syawal 1432 Hijrah. Kita masih lagi dalam mood hari raya, kan?

Kenapa potong nama Malaysia tu?

Oh, berbalik kepada sejarah penubuhan Malaysia, sewaktu laungan keramat MERDEKA sebanyak tujuh kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 54 tahun yang lalu, Sabah dan Sarawak masih lagi belum menjadi sebahagian daripada negara kita. Ingat tu. Kita bergabung pada 16 September 1963 dan hari tersebut telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia oleh Y.A.B Perdana menteri kita pada tahun lalu dan dijadikan cuti umum senegara ;D

Dewasa ini, kita sering terbaca atau terdengar atau terlihat atau apa-apa yang sewaktu dengannya tentang cubaan beberapa pihak untuk menggugat ketenteramaan dan keharmonian rakyat di negara kita. Jati diri kita haruslah kukuh dan berpeganglah kepada Rukun Negara yang 5 prinsipnya itu, insyaALLAH kita mampu untuk kekal bebas walaupun hakikatnya, minda sesetengah rakyat kita masih dibelunggu pemikiran penjajah. Tepuk dada, tanya iman, tak perlulah saya menaip dengan lebih panjang lebar tentang hal ini. Kita semua sedia maklum.

Bunyi macam serius je kan? Haha, sebab saya menekankan perihal kemerdekaan di sini dan kita sepatutnya menghargai kemakmuran yang dikecapi ini. Datuk nenek kita semua telah melalui zaman perit sebelum kemerdekaan dan sudah tentu mereka tidak mahu hal ini berulang kambali kepada mereka atau setidak-tidaknya kepada anak cucu mereka. Saya pernah mendengar atuk bercerita tentang kehidupannya semasa zaman penjajahan Jepun. Sungguh, perit, kamu tahu? Yang mendengar ini pun takut, apatah lagi yang melalui. Jadi, saya menyeru kepada anak bangsa, cintailah negara kita, Malaysia dan pertahankan kedamaian ini (: kerana kita ANAK MALAYSIA!



Ok done with the merdeka part, now it's raya.

Hee, raya raya raya. Semua orang ternanti2 akan kehadiran Syawal terutama budak-budak kecik sebab diorang boleh pergi beraya, kumpul duit raya banyak2, nanti boleh lawan dengan sepupu, dengan kawan sekelas, duit raya sapa lagi banyak. Ummph, seronoknya zaman kanak-kanak :')

Raya tahun ni, raya pertama sebagai budak kolej, raya pertama sebagai bukan lagi budak sekolah. Tapi tapi sambutannya sama je. Cuma mungkin kurang keseronokkan mengutip duit raya, lebih kepada keseronokkan nak jumpa saudara-mara dan kawan-kawan setelah merantau di negeri orang untuk menuntut ilmu. Dalam pada kita berseronok menyambut kehadiran Syawal, ingatlah akan kesusahan saudara kita di luar sana, yang Syawalnya tiada makanan untuk dijamah, yang Syawalnya dihujani peluru, yang Syawalnya merupakan Syawal berdarah. Maka, marilah sama-sama kita berganding bahu, agar Syawal kita akan sentiasa makmur, agar anak-anak kita dan generasi yang akan datang dapat merasai Syawal sebagaimana yang kita rasai :)



Salam aidilfitri dalam kemerdekaan, maaf zahir dan batin.



love,
ilhamnadia

Saturday, August 27, 2011

refleksi

Ramadhan masih bersisa, 
Tatkala sekalian manusia menghitung angka, 
Menanti detik Syawal tiba, 
Apakah kita telah memanfaatkan bulan mulia, 
Bulan umat Muhammad sepenuhnya?

:)

Thursday, August 18, 2011

Awas! Pembunuh di dalam bilik air anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;D


Berjaya jugak akhirnya menekan enter pada URL www.blogger.com setelah beberapa kali hajat itu terpaksa dibatalkan pasa saat-saat akhir ><


Jadi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita memanfaatkan baki lagi 13 hari dengan sebaik-baiknya sebelum melangkah ke bulan Syawal.


Entry kali ini, nak kongsi something sesuatu dengan awak, awak, dan awak! Baca tajuk okay :) Mesti rasa macam, haih, apsal la pompuan ni cakap dalam bilik air aku ada pembunuh, tak siuman ke hapa -.- Ke minah ni kaki skodeng sampai taw dalam bilik air ada pembunuh.


Eh, eh, aku tak skodeng la orang mandi, takde kelas awww -.- Ok ok joking. Tak buat la kerja tak senonoh macam tu.


Siapa pembunuh yang dimaksudkan? :O


JENG!  JENG! JENG!

Teruskan baca. Saje je nak buat saspens ;p




Sila ambil segala syampu, sabun mandi, ubat gigi, pencuci muka, pencuci lantai, eh, yang tu tak payah dan check bahagian ingredients nya. Wujud atau tidak perkataan ini - SODIUM LAURYL SULPHATE (SLS) atau SODIUM LAURETH SULFATE (SLES).









Jika ya, sila baling benda itu sejauh mungkin tapi jangan tuang ke dalam sungai kerana anda akan menyebabkan pencemaran air.


Kenapa?

 KENAPA ??????????????????


SLS dan SLES ini adalah ester kepasa Asid Sulfurik a.k.a Sulphuric Acid, yang kita semua tahu apabila Asid Sulfurik bergabung dengan hujan maka terhasil lah hujan asid yang akan menghakis bangunan kan? Sama lah dengan SLS dan SLES sebab mak dia tu asid maka mestilah anak-anak dia ni ada waris sifat2 menghakis tu jugak - inheritance ;D


SLS ni ada nama lain, Sulfuric acid monododecyl ester sodium salt dan si SLES ni biasanya contaminated with dioxane, sejenis bahan yang bersifat carcinogen - menyumbang kepada kanser. SLES ni kurang mengakibatkan kegatalan berbanding SLS tapi SLES tak dapat di-metabolis oleh hati dan kesannya mempunyai jangka masa yang lebih panjang.


Dah tahu bahaya, kenapa nak guna jugak bahan2 ni dalam syampu dan seangkatan dengannya? Senang je, sebab MURAH, maka kos penghasilan dan pembuatan dapat dikurangkan.


Nak tahu lebih lanjut tentang SLS dan SLES ni, boleh la pergi ke website http://www.natural-health-information-centre.com/sodium-lauryl-sulfate.html atau Google je :)









p/s: Sekali-sekala, gunakan internet tu untuk cari maklumat demi 
kebaikan sejagat, jangan asyik nak fesbuk je ^^

Wednesday, August 3, 2011

ihya' Ramadhan

Assalamualaikum, salam sejahtera.





Alhamdulillah dipanjangkan umur kita sekali lagi dapat bertemu dengan bulan penuh keberkatan Ramadhan al-Mubarak. Ada yang tidak sempat untuk menikmati keindahan Ramadhan kerana Allah lebih menyayangi mereka, al-fatihah.

Tiada apa yang hendak diperkatakan. Mungkin bahasa pada kandungan kali ini sedikit 'skema' kerana penulis tidak ber'mood' setelah menghadap kerja rumahnya yang begitu rumit dan membuatkan si penulis berasa mahu tidur ;D

Akhir kata, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya dan semoga kita dapat memperbaik diri. Harap-harap perubahan pada Ramadhan ini akan berkekalan, insyaALLAH ;)