Friday, September 7, 2012

Hey you !

Hari ni kelas satu masa je sebab ada CAS. Oh, Jumaat minggu kedua dan keempat memang kegemaran budak2 IB. Kelas terpisah antara Math HL dengan English HL, maksudnya aku tak jumpa hampir kesemua budak kelas aku lah. Tapi duit kena kutip. Nak tak nak, kena juga menapak mencari seorang demi seorang.

Dan bertembung dengan budak tu di tangga. Ah, macam mana ni. Kat tengah-tengah tangga juga nak bertembung. Aku pandang bawah sebab ada orang panggil dengan harapan cepatlah budak tu blah. Tak tahu macam mana nak lalu sebelah dia sebab dah 2 hari seperti ada perang dingin. Aduhai !

Bila dah habis cakap, toleh, lahhhh, buat apa tak gerak lagi ! Esyhh. Hati dah tak keruan. Bukan tak nak jumpa, cuma aku sedih, boleh tahap nak menangis bila kau buat macam tu. Dah la tanpa notis apa-apa terus kena perang dingin. Alih-alih kau pandang aku, tiba-tiba senyum sambil panggil nama aku.

Keliru ada, sedih ada, gembira ada. Aku tak tahu nak cakap apa. Rupanya kau ambil serius benda aku cakap main-main. Heh. Tinggi juga ego kau ! Sampai terduduk aku kat tangga sebab terkejut, gembira tu orang kata tahap tertinggi. Ye lah, kau boleh diibaratkan sebagai bestfriend aku kat kolej, antara orang yang paling aku percaya ! Lepas ni tolong la jangan buat macam tu dah. Aku tak nak dah cakap main2 dengan kau. Takut kau ambil serius lagi sekali. Tak sanggup nak perang dingin dengan kau.

Kalau kau baca blog ni, faham2 lah ye memang aku tuju kat kau :D Dan 'kau' dalam post semalam tu merujuk kat kau !


Thursday, September 6, 2012

Hanya 6 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak menjenguk ke daerah ini, sebuah daerah luahan rasa, apa-apa yang terlintas di hati atau fikiran.

Maaf. Keadaan emosi yang kurang stabil kini tidak mungkin membenarkan daku menulis seperti biasa. Terkadang aku berfikir untuk berhenti, terkadang terlintas untuk melarikan diri, tapi sampai bila? Perkara ini harus jua kuhadapi dengan tabah dan berani, sehingga ke penghabisan. Ini jalan yang aku pilih dulu, bukan caraku berhenti separuh jalan.

International Baccalaureate

Satu nama yang mungkin indah pada sebutannya, murni hasrat penubuhannya namun hanya mereka yang melalui mampu memahami. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama-sama berjuang menyempurnakan Mathematics Higher Level. Ah, sungguh, biarlah aku berterus terang di sini.

Di tambah pula tekanan dari luar, meruntun hati apabila kau berbuat begitu. Mengapakah ? Harapnya keadaan akan kembali normal secepat mungkin, pintaku agar dapat ku langsaikan segala kerja ini, agar boleh ku menghirup udara segar sehingga penuh kesemua alveolus ku !

Ah, sungguh, tiap kali usai solat, air mata menjadi peneman. Tidak pernah ku lalui saat sesukar dan sekeliru ini. Hanya pada-Nya tempat aku mengadu, tatkala kau, kau yang senantiasa di sisi tiada lagi di situ. Ku mengharap kau kan kembali, tapi apakan daya, itu bukan dalam kekuasaanku :')

Aiming for Australia 2013, though I can apply for UK but somehow my heart is already been very attached to this county unlike before.


p/s: happy birthday to my lovely mom, Natasha Fairuz the awesome batchleader and Azam Ariff the cool collegemate ! May Allah bless all of you.