Friday, September 7, 2012

Hey you !

Hari ni kelas satu masa je sebab ada CAS. Oh, Jumaat minggu kedua dan keempat memang kegemaran budak2 IB. Kelas terpisah antara Math HL dengan English HL, maksudnya aku tak jumpa hampir kesemua budak kelas aku lah. Tapi duit kena kutip. Nak tak nak, kena juga menapak mencari seorang demi seorang.

Dan bertembung dengan budak tu di tangga. Ah, macam mana ni. Kat tengah-tengah tangga juga nak bertembung. Aku pandang bawah sebab ada orang panggil dengan harapan cepatlah budak tu blah. Tak tahu macam mana nak lalu sebelah dia sebab dah 2 hari seperti ada perang dingin. Aduhai !

Bila dah habis cakap, toleh, lahhhh, buat apa tak gerak lagi ! Esyhh. Hati dah tak keruan. Bukan tak nak jumpa, cuma aku sedih, boleh tahap nak menangis bila kau buat macam tu. Dah la tanpa notis apa-apa terus kena perang dingin. Alih-alih kau pandang aku, tiba-tiba senyum sambil panggil nama aku.

Keliru ada, sedih ada, gembira ada. Aku tak tahu nak cakap apa. Rupanya kau ambil serius benda aku cakap main-main. Heh. Tinggi juga ego kau ! Sampai terduduk aku kat tangga sebab terkejut, gembira tu orang kata tahap tertinggi. Ye lah, kau boleh diibaratkan sebagai bestfriend aku kat kolej, antara orang yang paling aku percaya ! Lepas ni tolong la jangan buat macam tu dah. Aku tak nak dah cakap main2 dengan kau. Takut kau ambil serius lagi sekali. Tak sanggup nak perang dingin dengan kau.

Kalau kau baca blog ni, faham2 lah ye memang aku tuju kat kau :D Dan 'kau' dalam post semalam tu merujuk kat kau !


No comments: