Malam minggu itu sungguh pekat hitamnya, gelita tanpa bintang dan bulan bersinaran seperti pertengahan taqwim qamari. Dan dalam kegelapan itu, seorang gadis kecil, kecil pada saiz tubuhnya namun tidak pada jiwanya, sedang berusaha menyiapkan perisai perak, seperti lagenda, kerana dia ingin menjadi seorang perwira yang memakai perisai perak yang berkilau, dan menempa nama sebagai seorang lagenda di bumi itu.
Dia tahu, onak dan ranjau yang bakal dihadapinya bukan mudah, tidak semudah menangis seperti anak kecil yang mahukan sesuatu daripada ibu bapanya, kerana itu adalah senjata mereka. Si gadis tahu bahawa pedangnya harus tajam, lebih tajam daripada kata-kata perwira yang kecundang yang mempertikaikan usahanya dan pedang peraknya itu mampu membelah segala yang menghalang pertualangannya untuk menyelamatkan sang putera. Sang putera yang telah lama berada di puncak menara itu, dipenuhi belukar dan juga ahli sihir yang kejam.
Kekuasaan dan kehebatan si ahli sihir juga perlu ditangkis kerana dia tahu ramai yang telah kecundang di tangan wanita itu, pulang hampa. Oleh itu, zirah peraknya ini perlu kukuh, sekukuh berlian, seteguh karang di lautan. Dia harus bertahan agar impiannya menjadi suatu kenyataan, kenyataan yang manis, kenyataan yang menggembirakan hati sekalian rakyat jelata, lebih-lebih lagi sang raja di istana.
Si gadis mendongak ke langit, matanya berkilauan penuh cahaya, berharap agar usahanya tidak akan sia-sia, kerana dia punya keyakinan bahawa dia mampu, mampu untuk menewaskan segala anasir yang akan menghalang jalannya untuk menyelamatkan sang putera. Dan semoga harapan yang menggunung itu berjaya menjadi sebuah kenyataan yang paling manis, semanis madu lebah tualang.
p/s: Kisah ini merupakan satu perlambangan oleh penulis sempena peperiksaan Bahasa Melayu esok.
Sunday, November 20, 2011
Sunday, November 13, 2011
Badai Semalam
Yesterday I went to watch the theater entitled Badai Semalam. It was an adaptation from a famous novel with the same title written by Khadijah Hashim. The story line really touched my heart,on how a girl called Mazni endured those obstacles and marrying other man, not the man she loved. And the props, the stage, they were awesome ! Congratulations to the actors and actress, the director and the team. Not to forget, the author herself :)
By the way, it was my first time watching theater at Istana Budaya :D and I will watch another theater some other day, insyaALLAH
By the way, it was my first time watching theater at Istana Budaya :D and I will watch another theater some other day, insyaALLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)