Wahhh... sebulan aku menyepi xD sorry guys. Bukan sengaja nak senyap tanpa berita. Kan ramai kawan dah pergi sambung belajar kat universiti, jadi aku ni dah mati kutu nak buat apa kat rumah, hari-hari duk ulang benda sama;
- bangun,
- mandi,
- basuh baju,
- sidai kain,
- kemas rumah,
- tanak nasi,
- masak kadang-kadang,
- hantar&amek adik dari sekolah,
- tidur,
- lepak,
- game
dan paling penting,
FB!
Sebab bila dah ramai sambung belajar maka sikitlah member yang online hari2 kan. Asal online je muka dia, asal online je muka dia, sape tak jemu, Ooops!! Maksud aku, takkan hari2 kita nak chatting, nanti takde story lah kan. Biar la berguni dulu story tu baru fun nak cerita.
Apa aku buat sekarang?
Yes! Kerja.
Kenapa? Tak percaya ahh?
Betul aku kerja. Tak tipu.
Jadi hari ni nak cerita la pasal pekerjaan aku sikit2.
Yes! Kerja.
Kenapa? Tak percaya ahh?
Betul aku kerja. Tak tipu.
Jadi hari ni nak cerita la pasal pekerjaan aku sikit2.
Ehem, aku kerja sebagai part time promoter, department baby and children, tapi aku handle baby punya bahagian. Haha. Kerja aku senang, nampak customer, tengok dia nak pilih baju apa, bila rasa perlu atau dia minta tolong, baru tolong carikan saiz sambil tu promote2 la supaya dia beli jugak barang2 lain >< Dan bila baju dah bersepah, aku la tukang lipat. Kenapa bila perlu je aku pergi hulurkan tangan ringankan beban? Sebab aku faham la sesetengah manusia ni, tak suka ada orang mengendeng tepi dia masa dia tengah nak pilih2, betul tak?
Oh, bila kerja kat sini, baru la terbuka mata aku. Aku tengok pengkid - real punya. Lantak la korang nak cakap aku kolot sebab tak pernah tengok pengkid ke hapa. Macam2 lagi la. Perempuan macam lelaki, lelaki macam perempuan. Sampai kadang2 aku ngan kawan2 aku kena main teka2 pulak dia tu lelaki ke perempuan. Yang tak cukup kain, yang terketat sana sini. Kiranya, cuci mata la aku. Astaghfirullahalazim. Nasib aku perempuan, kalau aku lelaki, memang sah-sah dapat dosa percuma. Inilah antara tanda2 kiamat semakin hampir. Ya Allah, Kau lindungilah akidahku, kaum keluargaku, dan rakan-rakanku serta saudara seagamaku. Amin.
Hari Jumaat aku kerja. Part paling bestnya, aku boleh tengok la muka-muka yang tak pergi solat Jumaat walaupun masjid tu dekat je dengan tempat aku kerja. Tak tipu, aku pernah jumpa, orang pergi solat, dia pergi karaoke -__- Jadi kawan2ku, jangan la buat benda tak senonoh mcm ni, memalukan! Takde awek nak korg nanti. Dapat dosa pulak tu.
Sejak kerja ni jugak la, hari2 aku nampak, Melayu yang dah tak Melayu. Sedih bila aku kenang balik kata-kata Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang di dunia". Yang rambut berkarat memang tak boleh nak kira, yang dah macam bulu ayam warna dia pun ada, bajet funky, dia warna sana sikit sini sikit. Nak kata bukan Melayu, terang tang2 muka Melayu cakap bahasa Melayu. Dan aku pernah jumpa dia bawak anak dia, kecik lagi, belum tadika, tapi rambut budak tu dah warna coklat perang dah. Macam mana? Kecik2 dah ajar macam tu. Persoalan aku sekarang ni kan, diorang warna rambut ni, solat ke tak? Boleh je nak jawab, pakai pewarna yang boleh basuh, tapi kalau dah setiap kali aku jumpa, warna and shading tu sama, sikit pun tak berbeza, betul ke guna yang boleh basuh punya???
Kat tempat kerja ni jugak la aku jumpa macam2 jenis manusia, tapi customers are always right walau pun aku tak berapa nak setuju dengan slogan tu. Apa boleh buat, senyum je lah, buat macam xde apa2 yang terjadi. Part paling penting aku nak highlight ialah,
KALAU KORANG PERGI SHOPPING, TOLONG LA LIPAT BAJU TU ELOK2 BALIK SUPAYA KORANG TAK DICACI MAKI DI BELAKANG OLEH TUKANG LIPAT BAJU TU !!
Kenapa? Sebab tukang lipat baju ni penat kerja dia, ingat tak penat ke? Sakit hati pulak tu bila baju tu baru je lipat lawa2 dalam sekelip mata dah jadi roti kirai. Arghhh. Jadi tolong la jangan tambahkan dosa mereka untuk mencaci korang><
p/s: best jugak kerja kat bahagian ni sebab boleh tengok and
dukung baby yang comel lote tu plus main ngan budak2 kecik xD
dukung baby yang comel lote tu plus main ngan budak2 kecik xD