Friday, May 20, 2011

of YT and MARA result

Walaweeehh, lama tak jenguk sini. Kalau la blog ni wujud kat alam nyata, confirm la dah berhabuk tebal 6 inci, bersarang labah-labah bagai, nasiblah cuma ada kat alam maya. Tak payah risau tentang habuk xD

Hah. Hari ni tetibe la datang aura kerajinan yang jarang-jarang sekali muncul untuk meng-update blog.

Apa aku nak cite kat korang ek? Okay la, meh aku flashback banyak-banyak memandangkan dekat sebulan tak menulis, tapi aku cuba la buat ringkasan sebab takut nanti korang terbeban pulak nak baca cerita yang panjang lebar sampai 14 muka surat. Oh, hiperbola sungguh -__-

Mari kita mulakan dengan cerita aku dan Yayasan Terengganu yang berlaku kira-kira 2 minggu lalu.

Ahha, betul. Aku kena pergi lagi Kuala Terengganu hari Khamis tu, berapa hari bulan entah tak ingat dah, kalau tengok kalendar, 5 Mei, sebab ada IQ test untuk program berkembar atau lebih dikenal sebagai twinning kat Malaysia ni. Pergi la bertolak pagi-pagi macam nak interview MARA tu sebab test tu mula pukul 8 pagi, mengikut orang yang telefon aku tu. Tapi aku taw sangat la, takkannya betul-betul pukul 8 pagi. Jadi aku pun daftar dan masuk, amek seat yang agak2 macam belakang sikit sebab depan2 dah penuh. Duduk la sebelah Cik Alia Delaila dan lagi 2 orang kawan aku. Haha. Pendek cerita, aku berjaya la siapkan IQ test tu dan 2 buah karangan. Pastu aku sembang2 la ngan member2 aku termasuk la si Syakir yang lama aku tak jumpa tu. Tak pergi memane, penat otak, aku balik Kemaman terus :D

Oh, mase buat IQ test tu, diorang ada bagi surat untuk interview, jadi aku kena 8 Mei, hari Ahad, jam 11 pagi. Lega la sikit tak payah nak keluar rumah sebelum Subuh kan. Jadi aku pergi la Kuala Terengganu yang jauh tu buat kali ketiga dalam tempoh tak sampai sebulan. Rekod wehh, aku ni susah nak pergi KT tu, nah Allah bagi. Sumpah lepas ni taknak dah komen banyak2. Tapi aku sampai pukul 11.30pagi. Lepak aa. Aku naik atas, daftar, buat muka selamber tunggu turn. Nasib la ade kawan satu sekolah rendah dengan aku. Jadi aku masuk ngan budak2 ni pukul 12. Semua panel lelaki and group aku semua perempuan. Kitorg punye interview sekejap je sebab dah masa makan tengah hari.

Lepas tu pergi melepak rumah Chmal. Diy si comel lote pun join sebab aku dah lama sangat tak nampak dia. Okay, bajet nak duduk kejap je, alih2 jadi 2jam lepak rumah Chmal. Ahha. Memang tak boleh nak lepak sekejap la kat rumah kau Chmal oii :)

Semua orang maklum yang MARA nak announce result dia 16 Mei. Jadi aku pun pergi la check. Mestilah nak tahu kan dapat ke tak, penat2 aku pergi interview, takkan la tak nak taw. Eh, MARA tak update lagi la website dia. Hmm, Sambung la main game ngan facebook. Haha.

Then, ake dengar la ade message masuk kat phone, tapi aku buat bodo je. Pastu phone aku berbunyi la ringtone yang aku pasang, lagu, tak payah la tahu. Member aku telefon suruh check.

Aku dengan penuh keyakinan cakap,

"Mana MARA update lagi. Aku dah tengok tadi."

Dia balas,

"Dah la. Baru je. Cepat check! Pastu bagitaw aku!"

--Talian putus--

Aku baca message td tu, oh, lagi sorg member suruh check MARA jugak.

Dengan menggunakan kuasa veto aku halau adik aku daripada komputer sebab aku nak check MARA. Haha. Sekali satu keluarga datang kerumun PC. Ohhh, cuak cuak cuak ;X

Menggigil tangan aku nak taip nombor I/C yang memang aku dah hafal dari darjah6 tu. Konon2 nak buat2 lupa la, tapi nampak la menipunya kan.

Aku tekan enter, tunggu loading. Sambil dalam hati doa la dapat ;D

Jeng!

Jeng!

Jeng!




Alhamdulillah :) Terima kasih Ya Allah


Jadi, byebye UIA, hello KMS;D